09/02/2023
Assalamualaikum..ok hari ni sy nk kongsi ilmu..Apa itu agreed value dan market value?
Tiba masa nak renew, kita pun gelabah cari ejen utk renewkan insurans kereta kita. Dan ejen pun tanya nak insured ikut agreed value atau market value?
Hurm, so Apa beza antara dua ni?
Market value/nilai pasaran bererti kereta anda diinsurankan mengikut harga pasaran. Ini juga bermakna anda akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan atau kecurian.
Agreed value/nilai dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga pengendali takaful/insurans terlebih dahulu semasa proses renewal dibuat. Ini bererti jika berlaku kemalangan/kecurian, pengendali takaful/insurans bersetuju untuk membayar pampasan mengikut nilai yang dipersetujui.
Ok jom saya bagi contoh situasi sikit.
Kereta Ahmad kini cecah usianya 1 tahun dan sum insured kereta Ahmad ialah RM 55,000. Jika Ahmad memilih agreed value, apabila berlaku kemalangan/kecurian, Ahmad akan dibayar pampasan exactly RM 55,000. Tetapi jika Ahmad memilih market value, pengendali takaful akan membayar pampasan kurang dari RM 55,000 dek kerana kereta Ahmad berlaku susut nilai setelah beberapa bulan membeli insurans kereta.
Insurans mengikut nilai dipersetujui (agreed value) dianggap lebih adil. Kenapa? kerana polisi dibayar adalah mengikut jumlah diinsuranskan (sum insured) yang sama dengan pampasan yang akan diperolehi.
So apa yang terbaik untuk kita sebagai pengguna ?
Malang sekali tiada jawapan untuk ini. Yang penting kita faham beza antara market value and agreed value supaya dapat membantu kita membuat pilihan yang sesuai dengan keperluan.
Bilakah market value bersesuaian bagi anda?
Jika Ahmad mempunyai kereta yang tidak lagi dianggap baru, maka Ahmad disarankan untuk mengambil takaful mengikut nilai pasaran/market value. Jila berlaku kecurian, pampasan pada nilai pasaran masih boleh membantu Ahmad utk mendapatkan kereta yang lebih kurang sama keadaannya dengan kereta miliknya yang dicuri.
Bilakah agreed value bersesuaian bagi anda?
Jika Ahmad memiliki kereta yang baru dibeli, dan mungkin telah membelanjakan wang ringgit yang lumayan utk mengubah suai kereta nya, maka disarankan untuk mengambil insurans mengikut agreed value. Dengan cara ini, jika berlaku total loss/kecurian., ini membolehkan Ahmad untuk membeli kereta baru yang sama dan masih mempunyai wang lebihan untuk mengubah suai semula kereta nya.
Jika masih terdapat kekeliruan, dapatkan keterangan daripada pakcik. Whatsapp pakcik untuk percuma sebutharga insurans kereta anda!!
>>> Tips bandingkan harga untuk penjimatan
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.