08/10/2018
PMB INVESTMENT BERHAD
=======================
PMB Investment Berhad merupakan sebuah syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, Syarikat Pengurusan Kewangan 100% milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi utama di tadbir dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Kabinet Kerajaan Malaysia Mei 2018.
MARA merupakan sebuah agensi kerajaan yang sangat besar dan terlibat aktif dalam aktiviti PENDIDIKAN, KEUSHAWANAN, PELABURAN & PERKHIDMATAN.
Kumpulan Pelaburan MARA Bhd merupakan salah satu daripada 19 anak syarikat MARA yang menjalankan peranan khusus dalam bidang perkhidmatan kewangan dan pelaburan, dan salah satu sumbangan Pelaburan MARA kepada masyarakat adalah mewujudkan dana-dana Amanah Saham/Unit Amanah yg di kendalikan oleh PMB investment Bhd.
Pelaburan MARA Bhd Di iktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai syarikat pengurusan Amanah Saham paling lama beroperasi di Malaysia sejak 1967 hingga kini.. (lebih 50 tahun)
PELBAGAI PILIHAN DANA
=====================
PMB Investment Bhd memberikan pelbagai pilihan dana kepada masyarakat mengikut keperluan pelaburan dan keupayaan simpanan masing2. Untuk tujuan itu, PMB investment menyediakan 15 pilihan dana amanah saham dgn pelbagai strategi pelaburan mengikut kesesuaian tahap toleransi risiko pelabur. Pelaburan boleh dilakukan melalui pelaburan tunai dgn pelaburan minimum RM100 ataupun pelaburan menggunakan akaun 1 KWSP yang diluluskan.
PENGIKTIRAFAN
==============
4 daripada 15 dana yg di uruskan oleh PMB investment telah di iktiraf oleh The Edge Lipper dan Morningstar Inc, badan-badan pengiktirafan bebas Syarikat-syarikat Pengurusan Dana di dunia, sebagai dana terbaik (kategori dana ekuiti patuh syariah di Malaysia) dgn memberikan pulangan tertinggi untuk tempoh 3 dan 5 tahun di Malaysia.
PMB Shariah Premier fund, telah memenangi anugerah Morningstar 2018 untuk Dana Equity Shariah terbaik Keseluruhan bagi tahun 2017. Dana PMB Shariah Aggresive Fund, PMB Shariah Growth Fund & PMB Shariah Dividend Fund, masing2 telah memenangi anugerah Lipper untuk dana terbaik patuh syariah bagi tempoh 3 & 5 tahun untuk kategori Ekuiti Patuh Shariah bagi tahun berakhir 31 Dec 2017.
Terbaru pada awal Julai 2018, PMB Shariah Premier Fund telah di pilih oleh Fundsupermart sebagai salah satu pemenang anugerah Unit Trusts Recommended award 2018/2019.
Selain itu, PMB Investment juga mempunyai dana PMB Shariah Small-Cap fund yang juga tersenarai sebagai dana dengan pulangan hebat melebihi 20% untuk pulangan tahun 2017 dan mengetuai dalam kelasnya yang tersendiri.
Yang pastinya pulangan tersebut adalah untuk pelabur yang telah memulakan simpanan pelaburan sejak 3 atau 5 tahun lepas yang mana jumlah pelanggan dan pelabur keseluruhan PMB investment hanya berjumlah 18 ribu ++ shj daripada lebih 33juta rakyat Malaysia... Hanya kurang 1% rakyat Malaysia yang memiliki kesedaran menyimpan dan melabur telah menjana pulangan hebat untuk 3 & 5 tahun lepas.
Jadi pilihan anda sendiri samada mahu tergolong dlm golongan 99% yang hanya menunggu dan melihat peluang menjana pulangan pelaburan ini terlepas, atau memilih bersama dengan mereka golongan kurang 1% yang membuat pilihan bijak dengan dengan memulakan simpanan pelaburan dlm dana-dana PMB investment/Pelaburan MARA.
Pelancaran PMB Asean Star Fund pada Mac 2018 merupakan mercu tanda rasmi pembabitan PMB Investment ke dalam pasaran global, Asean Star Equity Fund yg merupakan dana multi currency, melabur dlm negera2 Asia Tenggara yang sgt berpotensi.
PMB Investment Berhad akan terus melangkah kedepan dengan menyediakan dana dan pulangan-pulangan terbaik untuk pelabur kami.
MANAFAAT TAMBAHAN
====================
Demi memberi manafaat dan nilai tambah kepada para pelabur PMB Investment,
9 dana kami di datangkan dgn PERLINDUNGAN TAKAFUL KEMATIAN DAN KEILATAN KEKAL secara PERCUMA untuk setiap dana sehingga RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu). Takaful ini adalah nilai tambah kepada pelabur dana tersebut TANPA PERLU MELAKUKAN sebarang pemeriksaan kesihatan.
Pilihan di tangan anda, yang pastinya PMB Investment adalah sebuah Syarikat Pengurus Dana Unit Amanah berstatus 100% Patuh Syariah yang di ikhtiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Pada masa kini PMB Investment mempunyai 6 Pejabat Wilayah (Utara : Pulau Pinang, Tengah : Kuala Lumpur, Selatan : Johor Bharu, Pantai Timur : Kuantan, Sabah : Kota Kinabalu dan Sarawak : Kuching) dan dalam proses membuka pejabat di setiap negeri di Malaysia.
PELUANG KERJAYA
================
PMB Investment juga membuka peluang kepada mereka yg berminat untuk membina kerjaya sepenuh masa atau separuh masa dgn menjadi sebahagian keluarga besar Perunding Unit Amanah di bawah platform PMB Investment | Pelaburan MARA. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut...