23/04/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,
Kepada;
Penduduk Perumahan Seri Damai Perdana,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Dato’/Datin/Tuan/Puan
MOHON SUMBANGAN ORANG RAMAI PERMOHONAN
BEKALAN BAHARU ELEKTRIK SURAU
Pihak surau sedang dalam usaha mendapatkan bekalan elektrik baharu demi keselesaan dan kelancaran aktiviti ibadah para jemaah. Justeru itu, kami memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menampung kos yang terlibat.
Sebutharga Kos Elektrik (Keutamaan):
1. Caj kontraktor (kemasukan borang TNB online) – RM650.00
2. Caj contribution/sambungan – RM750.00
3. Deposit TNB – RM1,000.00
4. Kerja menaiktaraf DB 1 Phase ke 3 Phase serta pemasangan meter dan kerja berkaitan – RM2,100.00
Jumlah keseluruhan: RM4,500.00
Di samping itu, pihak surau juga merancang untuk pemasangan mozek lantai bagi menambah keselesaan jemaah.
Anggaran kos mozek: RM2,000.00
(Walau bagaimanapun, keutamaan utama ketika ini adalah bekalan elektrik terlebih dahulu)
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga."
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.
Segala sumbangan boleh disalurkan kepada akaun rasmi surau/QR surau
No. Akaun Maybank:
556226506739
QR surau kami share dalam group Whatsapp/Facebook
Pesanan Mesra:
Selepas transfer Acc/QR transfer sila tulis 'Infaq bekalan Elektrik Surau’ atau ‘Infaq Mozek Surau' serta hantar bukti resit kepada nombor Whatsapp Setiausaha dan Penolong Bendahari Surau:
Encik Wan Johari bin Wan Mahmud 010-7915439 untuk rekod.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“Sedikit daripada kita, besar maknanya untuk ummah.”
Sekian. Terimakasih.
Jawatankuasa Surau Al-Ikhtiar
Perumahan Seri Damai Perdana, Kuantan