25/09/2025
Beberapa hari lagi genap 2 tahun sejak perang besar di 🍉 bermula. Dua tahun penuh darah dan air mata. Dua tahun hospital runtuh, sekolah musnah, anak-anak kehilangan keluarga.
Namun dari penderitaan itu, lahir satu gelombang baharu: gelombang pengiktirafan 🍉
Kini, lebih 150 negara dunia berdiri bersama dari Belgium, Perancis, Luxembourg, Malta, San Marino, Andorra… hingga ke UK, Kanada, Australia dan Portugal yang baru sahaja mengubah haluan.
Bagaimana dengan Jepun?
Jepun masih belum mengambil langkah sama. Sebuah negara yang pernah merasai peritnya peperangan dan kesan bom atom, kini memilih untuk tidak mengiktiraf. Selain Jepun, negara Asia Pasifik yang belum mengiktiraf 🍉 termasuk Korea Selatan, Singapura.
Keputusan itu menurut penganalisis, berpunca daripada strategi Tokyo untuk mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat.
📌 Kenapa pengiktirafan ini penting?
1. Memberi 🍉 kedudukan rasmi di PBB dan WHO, agar suara kesihatan dan kemanusiaan mereka didengar.
2. Membolehkan perlindungan undang-undang antarabangsa bagi hospital, doktor, dan kanak-kanak yang menjadi mangsa perang.
3. Membuka jalan bantuan ubat, makanan dan air bersih tanpa sekatan politik.
4. Menjadi simbol solidariti moral dunia mengiktiraf bahawa 🍉 berhak hidup merdeka..
Sejarah kini sedang bergerak.
Satu demi satu negara sudah berani mengiktiraf 🍉. Dan bila dunia akhirnya bersatu, bukan sahaja bendera 🍉 akan berkibar tetapi harapan untuk kesihatan sejagat akan kembali bersinar.