Takaful Malaysia Pilihan Utama Anda

Takaful Malaysia Pilihan Utama Anda Page ini dimiliki oleh SN DALYANUN ENTERPRISE yang beroperasi di Kuantan.

Perkihidmatan perbaharui Perlindungan Takaful kenderaan dan roadtax secara online dan kami akan hantar roadtax kenderaan anda menggunakan poslaju.

Kongsi LKM
05/01/2024

Kongsi LKM

10/02/2023

Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;

1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.

Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.

Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.

Terima kasih!

  Panduan untuk buat tuntutan bagi pemegang polisi takaful dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.Semoga Allah menggant...
22/12/2021



Panduan untuk buat tuntutan bagi pemegang polisi takaful dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Semoga Allah menggantikan yg lebih baik dan dipermudahkan segala urusan.

31/10/2021

Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Korang tahu tak, hampir mustahil untuk korang bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?

Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.

Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama korang mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!

Bila kereta korang tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan korang takkan boleh bukak pintu kereta.

Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out

Andai kata korang gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta

"Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?"
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.

"Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!"
Sekiranya korang tak ada glass breaker, korang boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.

Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?

Sebab kalau korang tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan korang dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.

Sama juga kalau korang nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar kau baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.

Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Korang kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni p**a, sekali pecah hancur berderai.

Kredit: carputapp

PEMBAHARUAN LMM DAN LKM SEBELUM 30 SEPTEMBER 2021Pemandu dan pemilik kenderan diingatkan untuk memperbaharui Lesen Kende...
05/08/2021

PEMBAHARUAN LMM DAN LKM SEBELUM 30 SEPTEMBER 2021

Pemandu dan pemilik kenderan diingatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.

Info
30/06/2021

Info

Pengoperasian kaunter JPJ dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara mulai 1 Julai 2021

Address

Darul Takaful
Kuantan
25150

Telephone

+60139288678

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Takaful Malaysia Pilihan Utama Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Takaful Malaysia Pilihan Utama Anda:

Share