Takaful Sarina

Takaful Sarina Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Takaful Sarina, Insurance Company, Kuantan.

‘Sakit betul kepala, keliru dah ni antara Hibah dan Medical card.’ Bebel Aziz sendirian.  Lastnya Aziz tak ambil apa-apa...
13/01/2022

‘Sakit betul kepala, keliru dah ni antara Hibah dan Medical card.’

Bebel Aziz sendirian. Lastnya Aziz tak ambil apa-apa untuk perlindungan diri.

Ok, kat sini Kak Ina nak jelaskan perbezaan hibah dan medical card.

Apa fungsi Medical card ?

Medical card p**a adalah jaminan kos rawatan yang ditanggung oleh syarikat takaful jika orang yang dilindungi ditimpa sakit.

Medical card tidak akan melindungi seseorang jika meninggal dunia atau mengalami hilang upaya (lumpuh)
Ia hanya menanggung kos rawatan dan lain-lain kos berkaitan.

Jadi, medical card yang mempunyai had limit berjuta-juta tidak dapat membeli beras

Apa yang sesuai untuk “Bapa” ?


Produk yang paling penting bagi ketua keluarga adalah hibah takaful.

Ini bagi menggantikan pendapatan keluarga yang hilang disebabkan oleh berlaku musibah kematian kepada ketua keluarga sebagai pencari nafkah.

Medical card bukan tak penting, tetapi masih ada pilihan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Tapi jika mampu, ambil lah kedua-dua hibah takaful dan medical card.

Saranan Kak Ina, ambil perlindungan yang tinggi, sebaik-baiknya bersamaan 10 tahun pendapatan.

Contoh berpendapatan RM3000 sebulan, dapatkan produk hibah takaful RM360,000.

Apa itu Hibah Takaful ?

Hibah adalah hadiah atau pemberian kepada seseorang.
Hak milik hibah adalah mutlak dan tak boleh dilawan.

Dalam aspek takaful, hibah adalah pemberian pampasan setelah orang dilindungi itu meninggal dunia kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
Pampasan hibah takaful hanya layak diperoleh apabila orang yang dilindungi meninggal dunia.

Hibah takaful tidak akan menanggung kos rawatan di hospital.

Diharap penjelasan dari Kak Ina ni membuka minda ketua keluarga dan mereka yang memerlukan perlindungan diri dan mahu menguruskan harta dengan bijak.
Sebarang pertanyaan, terus hubungi Kak Ina.

Semoga bermanfaat

Sarina Nour
Takaful Advisor




9 Individu WAJIB ada HIBAH 1. Pasangan yang tiada  anakJika suami meninggal dunia, menurut sistem Faraid, isteri berhak ...
24/09/2021

9 Individu WAJIB ada HIBAH

1. Pasangan yang tiada anak

Jika suami meninggal dunia, menurut sistem Faraid, isteri berhak menerima 1/4 dari harta pusaka si mati. Baki 3/4 harta si mati akan diberikan kepada waris-waris yang lain. Sekiranya isteri hanya seorang surirumahtangga, mungkin suami ingin memberikan lebih untuk isteri melangsaikan hidup selepas kematian.

2. Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja

Pembahagian Faraid mengkehendaki adanya Asabah dalam nisbah pembahagian. Asabah adalah lebih mengutamakan bahagian lelaki dan keturunannya. Sekiranya bapa meninggal dunia, Asabah akan menjadi Datuk, Pakcik Lelaki, Anak Buah Lelaki dan sebagainya. Tetapi sekiranya tiada waris lelaki langsung dalam keluarga itu, hak Asabah akan diberikan kepada Baitulmal. Adakalanya, nilai Asabah akan lebih besar dan adakalanya nilainya adalah kecil kerana tiada nisbah tetap yang akan diberikan kepada Asabah. Asabah berhak menerima lebihan harta Faraid setelah ditolak bahagian waris-waris yang berhak menerima mengikut nisbah yang ditetapkan. Masalah yang seringkali timbul apabila anak-anak perempuan ini masih kecil dan isteri lebih memerlukan wang untuk membesarkan anak-anak.

3. Pasangan yang mempunyai anak angkat sahaja

Anak angkat tidak mempunyai hak dalam Faraid. Sekiranya sayangkan anak angkat yang telah dibela dan diberi kasih sayang, sudah tentu kita tidak mahu melihat mereka merana setelah kita tiada nanti.

4. Pasangan yang mempunyai ramai anak

Adakalanya bukan mudah untuk menguruskan anak yang ramai. Mungkin juga setiap anak mempunyai pendapat yang tidak sehaluan kerana melihat situasi dalam keadaan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, anak yang sulung sanggup untuk tidak belajar tinggi dan bekerja di ladang getah bapa kerana memberi laluan agar adik-adik lebih berjaya. Apabila anak-anak lain telah berjaya, mungkin kita mahu memberi lebih sedikit bahagian kepada si abang kerana pengorbanannya untuk adik-adik.

5. Individu yang berpoligami

Semua isteri mempunyai hak yang sama walaupun hanya sah berkahwin selama beberapa bulan. Namun demikian, adakalanya, isteri pertama telah bersama-sama mengharungi susah senang dengan suami sebelum dia bernikah seorang lagi. Perkahwinan poligami pasti ada sebabnya sendiri. Tetapi, bagaimana jika suami ingin memberi anugerah yang lebih kepada isteri pertama yang telah berkorban diri dan merestui perkahwinan keduanya? Atau mungkin sekiranya terdapat masalah ketika pembahagian harta antara isteri-isteri dan anak-anak si mati?

6. Pembahagian harta samarata kepada anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan

Kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak selama dibesarkan adalah samarata. Menurut pembahagian Sistem Faraid, nisbah anak lelaki adalah 2 kali lebih banyak dari nisbah anak perempuan. Sekiranya ibubapa ingin memberikan harta-harta mereka samarata kepada anak-anak tanpa perlu meminta persetujuan waris-waris nanti, hibah adalah jalan penyelesaiannya.

7. Individu yang tidak berkahwin

Bagi individu yang tidak berkahwin, sekiranya kedua ibubapa masih hidup, pembahagian sistem Faraid adalah sangat mudah. Tapi seringkali dilihat bahawa kebanyakan individu yang tidak berkahwin sangat rapat bersama anak buah mereka dan adakalanya ingin memberikan sedikit sebanyak harta mereka kepada anak-anak buah mereka. Mungkin juga individu ini ingin memberi wakaf harta yang sedia ada sebagai saham akhirat kepada institusi-institusi yang berlandaskan hukup syarak.

8. Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan asal

Perkahwinan individu selepas kematian pasangan berkemungkinan besar adalah untuk melengkapi sesama sendiri dan menjaga sesama sendiri apabila semakin berusia. Masalah yang seringkali terjadi adalah sekiranya perkahwinan dengan isteri muda yang tidak berapa disukai oleh anak-anak masing-masing. Adakalanya harta-harta arwah ibu mereka mempunyai sentimen peribadi anak-anak ini ketika hayatnya. Kebarangkalian pembahagian harta untuk dicabar sangat tinggi lebih-lebih lagi jika isteri baru sangat muda dan dianggap inginkan bapa mereka hanya kerana harta.

9. Suami Isteri yang membeli harta secara bersama

Kebanyakan pasangan membeli rumah dan mengambil loan secara joint-name. Apabila suami meninggal dunia, 50% bahagian suami akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Isteri hanya berhak mendapat 1/4 atau 1/8 bahagian sahaja dari nilai harta pusaka ini. Masalah yang seringkali timbul adalah apabila waris lain tidak mahu melepaskan bahagian masing-masing dari 50% nilai rumah ini. Adakah isteri mampu untuk membayar pampasan kepada waris lain? Apa p**a yang akan terjadi sekiranya rumah ini masih belum habis bayar?

Semoga bermanfaat untuk semua✨

Sarina Nour
Family Takaful Advisor



Apakah WAIVER dalam term takaful?WAIVER adalah PENGECUALIAN BAYARAN sekiranya, orang yang dilindungi atau pemilik sijil ...
25/08/2021

Apakah WAIVER dalam term takaful?

WAIVER adalah PENGECUALIAN BAYARAN sekiranya, orang yang dilindungi atau pemilik sijil disahkan kene sakit kritikal atau TPD( total permanent disable) atau cacat kekal.

- contoh pemilik sijil untuk bayi adalah bapa,
apabila bapa itu mencarum di takaful untuk anak
yang berumur 18 tahun kebawah, hanya si bapa
yang layak berurusan dengan pihak syarikat, dan
segala tuntutan akan ke akaun pemilik sijil.
Atau
- pemilik sijil adalah isteri, dan orang yang
dilindungi ialah suami.
( sebabnya suami tak nak ambik takaful, tetapi
si isteri nak suami ada pelan takaful dan si isteri
juga yang bayarkan caruman itu )

Bukan semua pelan boleh dimasukkan WAIVER ini,
Tetapi kebanyakkan pelan dari Great Eastern Takaful menawarkan WAIVER. Dan ia adalah optional atau pilihan, dan ia akan meningkatkan premium jika ditambah ( boleh banding kan harga nya ada atau tiada )

Contoh pelan yang tiada WAIVER ialah pelan Stand Alone. Kebiasaan features pelan stand alone ni ialah
- murah,
- ada kenaikkan harga setiap beberapa tahun,
- tiada manafaat tambahan yang boleh di masukkan
dalam pelan tersebut.

WAIVER ini boleh dipilih untuk aktif semasa:
1) tempoh masa bayaran caruman perlindungan.
2) tempoh masa perlindungan.
(dan ia bergantung kepada pelan yang ditawarkan)

Ianya ada, bergantung kepada anda untuk memilih atau tidak, dan perbezaan harganya tidak ketara sangat. Dan ia boleh di Include atau Exclude pada bila-bila masa sahaja, bergantung kepada keadaan kesihatan pada masa itu.

Keterangan lanjut tekan link di https://watsap.my/0123415659/waiver



KHAS BUAT ASET TERBESAR DALAM KELUARGASiapa??YES AWAK‼️YAA  AWAK‼️Awak laa yang bergelar SUAMI..💜💜PELAN GANTI GAJIJika d...
12/08/2021

KHAS BUAT ASET TERBESAR DALAM KELUARGA

Siapa??
YES AWAK‼️

YAA AWAK‼️

Awak laa yang bergelar SUAMI..💜💜

PELAN GANTI GAJI

Jika ditakdirkan berlaku salah satu di bawah

✅Sakit Kritikal (45 jenis)
✅Hilang Upaya Kekal
✅Kematian

Wang bantuan segera minimum R.M250,000 akan diterima oleh keluarga anda sebagai gantian pendapatan anda.

Nyawa dan kesihatan anda tidak boleh diganti tetapi takaful mampu menggantikan pendapatan anda supaya segala perbelanjaan boleh di teruskan seperti biasa walaupun anda sudah tiada di dunia ni atau tidak berupaya untuk bekerja.

~Sarina Nour-






10/08/2021
Murahh ⁉️ Murah ‼️ Murah ‼️Rebutlah peluang untuk memilik Hibah murah dan perlindungan tinggi di abad ini.⭐️Lelaki tidak...
30/07/2021

Murahh ⁉️ Murah ‼️ Murah ‼️

Rebutlah peluang untuk memilik Hibah murah dan perlindungan tinggi di abad ini.

⭐️Lelaki tidak merokok umur 32 tahun

✅ Hibah *RM250,000*

✅Hibah meningkat 10% setiap 5 tahun benefit dan harga TETAP SAMA.

✅Kecacatan kekal : *RM250,000*

✅Kematian semasa Umrah/Haji :
*RM250,000*+ *RM250,000*

✅Kematian kemalangan dalam Malaysia *RM100,000* + *RM250,000*

✅Kematian Kemalangan dalam pengangkutan awam contoh keretapi bas dan kapal terbang: *RM200,000*+ *RM250,000*

✅Kematian di Luar Negara : *RM300,000* + *RM250,000*

✅Perlindungan sakit kritikal : *RM100,000*

✅Ada duit di simpanan apabila pelan matang.

✅WAJVER : Plan jadi PERCUMA sekiranya berlaku cacat kekal atau sakit kritikal

✅ RM110* sebulan sahaja ‼️‼️

Murah Gila! ⁉️

☎️ www.wasap.my/60123415659/hibahmurah

☎️ www.wasap.my/60123415659/hibahmurah

☎️ www.wasap.my/60123415659/hibahmurah

Sarina Nour
Family Takaful Advisor

Sebelum kak ina berhenti kerja sebagai pramugari MAS dulu, kak ina memang kurang cakna pasal medikad kad asbab company d...
24/07/2021

Sebelum kak ina berhenti kerja sebagai pramugari MAS dulu, kak ina memang kurang cakna pasal medikad kad asbab company dah bagi perlindungan medikal kad untuk keluarga dan pekerja sekali.

Kak ina ada ambik perlindungan medikal kad untuk peribadi tetapi kak ina terminate policy sebab cakap rugi kerana setiap kali masuk hospital guna medikal kad company.

Tapi kak ina lupa, yang kak ina takkan selamanya bersama MAS dan apabila masanya tiba kak ina berhenti kerja.

Kerana kak ina kurang cakna dan kurang ilmu pada ketika itu sekarang kak ina terpaksa ambik medikal kad pada harga yang tinggi dan ada exclusions pada penyakit berkaitan dengan tulang belakang.

Ambiklah pengalaman dari kak ina sebagai pedoman untuk ambik medikal kad.

Ambik ketika korang sihat dan muda. Tiada petua atau tip untuk ambik medikal kad murah.

Ketika korang muda semua penyakit
Korang akan di cover oleh syarikat takaful.

Jom wasap kak ina.. kita boleh sembang santai

☎️ www.wasap.my/60123415659/medikalkad

☎️ www.wasap.my/60123415659/hibahmurah

☎️ www.wasap.my/60123415659/perlindungankemalangan

Sarina Nour
Family Takaful Advisor

Hibah Hibah HibahMesti korang pon bosan dengan perkataan hibah kecuali korang dah paham kepentingan hibah.Hibah ni ibara...
15/07/2021

Hibah Hibah Hibah

Mesti korang pon bosan dengan perkataan hibah kecuali korang dah paham kepentingan hibah.

Hibah ni ibarat kita mencipta harta 1 Juta dalam sekelip mata. Dengar macam magic kan.

Tapi itu lah konsep hibah. Hibah adalah harta yang wujud selepas kematian kita atau pon berlaku cacat kekal.

Untuk penerangan lebih lanjut boleh wasap
Kak ina

☎️ www.wasap.my/60123415659/hibahmurah

☎️ www.wasap.my/60123415659/penyakitkritikal

☎️ www.wasap.my/60123415659/medikalkad

Sarina Nour
Family Takaful Advisor

Pasangan yang sangat prihatin dan sayang kepada pasangan masing2 boleh membuat ‘cross hibah’ atau ‘hibah silang’.Untuk k...
14/07/2021

Pasangan yang sangat prihatin dan sayang kepada pasangan masing2 boleh membuat ‘cross hibah’ atau ‘hibah silang’.

Untuk keterangan lebih lanjut dan free consultation boleh wasap kak ina www.wasap.my/60123415659/hibahmurah

Sarina Nour
Family Takaful Advisor

Pilihan yang mana adalah pilihan yang bijak. Kita selalu lupa untuk melindungi pendapatan kita kerana kita beranggapan k...
12/07/2021

Pilihan yang mana adalah pilihan yang bijak. Kita selalu lupa untuk melindungi pendapatan kita kerana kita beranggapan kita akan selalu sihat.

Kita sentiasa beranggapan musibah tidak akan terjadi kepada diri kita.

Kita tidak menidakkan qada qadar Allah kita hanya membuat persediaan atas perkara yang tidak diingini berlaku.

Sediakan payung sebelum hujan.

Free consultation www.wasap.my./60123415659/hibahmurah

Sarina Nour
Family Takaful Advisor

Hibah adalah pilihan yang tepat. Hibah tak perlu di faraidkan. Hibah adalah pilihan yang bijak .Untuk free consultation ...
10/07/2021

Hibah adalah pilihan yang tepat. Hibah tak perlu di faraidkan. Hibah adalah pilihan yang bijak .

Untuk free consultation boleh tekan link www.wasap.my/+60123415659/hibahmurah

Sarina Nour
Family Takaful Advisor

10/07/2021

Address

Kuantan

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60123415659

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Takaful Sarina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share