18/05/2023
Antara soalan yang biasa ditanya oleh pelabur dan juga bakal pelabur..
➡️Macam mana nak tau melabur dalam pelaburan unit trust ni boleh menjana keuntungan berbanding platform simpanan @ pelaburan yang lain???..
➡️Lepas tu bila boleh untung???..
➡️Banyak mana untungnya???..
Mencabar sungguh soalan soalan ni😂..
Personally..Sya cuma boleh share berkenaan jangkaan @ potensi keuntungan..
Pelaburan unit trust ni bersifat naik turun..Tetapi dengan ilmu dan strategi yang betul, Insya Allah anda boleh menjana keuntungan yang optima..
BAGAIMANA MENJANA KEUNTUNGAN MELALUI PELABURAN UNIT TRUST???..
Contohnya..
🔹Anda melabur sebanyak RM10K didalam Fund A pada 1 Januari 2021 pada harga RM0.50 sen seunit & service charges 6%..
✅Service Charges
➡️RM10K ÷ 1.06 = RM9,4333.96
➡️RM10K - RM9,433.96 = RM566.04
✅Jumlah Unit
➡️RM9,433.96 ÷ RM0.50 =18,867.92 Unit
🔹Katakan untuk tahun 2021, FUND A declare income distribution @ dividend 5 sen seunit..
➡️18,867.92 Unit × 0.05 = RM943.40
🔹RM943.40 tersebut akan dilaburkan semula secara automatik untuk menjana unit tambahan kepada pelabur berdasarkan harga seunit selepas pelarasan harga..
🔹Contoh harga seunit selepas pelarasan harga : RM0.45 sen seunit..
➡️RM943.40 ÷ RM0.45 = 2,096.44 Unit
🔹Jumlah unit terkini..
➡️18,867.92 + 2,096.44 = 20,964.36 Unit
🔹Secara tak langsung, jumlah unit yang ada dalam pegangan pelabur sudah bertambah..
🔹Contoh dalam tempoh 1 - 3 tahun harga seunit meningkat menjadi RM0.65 seunit..
🔹Nilai semasa pelaburan..
➡️20,964.36 Unit × RM0.65 = RM13,626.83
🔹Pulangan pelaburan..
➡️RM13,626.83 - RM10K = RM3,626.83 @ 36.27%
🔹Calculation ini based jika sekali sahaja iaitu pada tahun 2021 declare income distribution @ dividend..Jika setiap tahun declare, Insya Allah potensi pulangan pelaburan akan lebih tinggi..
🔹Ini disebabkan jumlah unit pegangan pelabur bertambah & disumbangkan dengan kenaikan harga seunit..
🔹Contoh dalam tempoh 5 - 7 tahun, harga seunit meningkat menjadi RM1.00 seunit & tiada declaration income distribution @ dividend dalam tempoh tersebut (Tahun 2021 sahaja declare)..
🔹Nilai semasa pelaburan..
➡️20,964.36 Unit × RM1.00 = RM20,964.35
🔹Pulangan pelaburan..
➡️RM20,964.35 - RM10,000.00 = RM10,964.36 @ 109.64%
Dalam pelaburan unit unit trust, antara elemen yang paling penting adalah JUMLAH UNIT..
Jika ada declaration income distribution @ dividend, ianya berdasarkan jumlah unit pegangan pelabur..Bukan berdasarkan jumlah modal @ RM..
Disebabkan itu, inilah juga antara kelebihan bagi pelabur yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli Kwsp - Pindahan Akaun 1..
Ini kerana anda boleh melabur secara berkala setiap 3 bulan sekali..Secara tidak langsung jumlah unit akan sentiasa bertambah..
Selain itu, dalam tempoh pelaburan, anda juga tidak digalakkan mengeluarkan nilai income distribution @ dividend yang diterima..
Ini bertujuan supaya jumlah unit pegangan pelabur bertambah dan seterusnya menjana potensi pulangan yang optima bila harga seunit meningkat selepas satu tempoh..
Dan yang menariknya berkaitan jumlah unit dalam pelaburan unit trust adalah..
✅Ianya tidak akan hilang sampai bila bila..
Sama seperti jumlah berat emas..
Yang turun naik adalah value berdasarkan harga semasa..
Cuma..
Beza engan emas adalah jumlah unit dalam pelaburan unit trust ada potensi untuk bertambah @ meningkat apabila ada declaration income distribution @ dividend..
Sahabat sahabat pelabur hebat..
Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, pastikan anda dapatkan ilmu & informasi yang jelas dan menyeluruh..
Rujuklah pihak @ individu yang arif dan ahli dalam pelaburan tersebut..
Selamat Melabur😊..