Hafiza AIA Takaful Keluarga

Hafiza AIA Takaful Keluarga Antara Pelan yang AIA Takaful tawarkan untuk anda:
� Kad Perubatan Pakej
� Kad Perubatan Premium
� Hibah Kasih Famili
� Legasi Builder

01/08/2026
28/07/2026

Pernah periksa warna air kencing sendiri?

Walaupun nampak seperti perkara kecil, warna air kencing boleh memberikan petunjuk awal sama ada badan menerima cecair yang mencukupi.

Jernih

Anda mungkin minum air dengan banyak. Ia tidak semestinya lebih baik. Sasarkan warna kuning pucat.

Kuning muda

Ini biasanya menunjukkan tahap hidrasi yang baik. Teruskan pengambilan air secara berkala.

Kuning

Masih boleh dianggap normal, terutama selepas bangun tidur. Namun, minumlah jika berasa haus atau warna semakin gelap.

Kuning pekat

Badan mungkin kekurangan cecair. Tambahkan pengambilan air, terutama selepas bersenam, berada dalam cuaca panas, demam, muntah atau cirit-birit.

Coklat

Ini bukan warna air kencing yang normal dan bukan semestinya disebabkan oleh dehidrasi.

Dapatkan pemeriksaan jika warna tersebut berterusan, terutama jika air kencing kelihatan seperti teh atau cola, atau disertai:

• Sakit ketika membuang air kecil
• Demam atau menggigil
• Darah dalam air kencing
• Mata atau kulit menjadi kuning
• Air kencing sangat sedikit atau tidak keluar
• Sakit belakang atau sakit di bahagian sisi badan

Warna air kencing boleh dipengaruhi oleh makanan, ubat dan suplemen tertentu. Oleh itu, ia hanya boleh digunakan sebagai petunjuk, bukan untuk menentukan diagnosis penyakit.

Tip mudah untuk kekal terhidrat:

Minum secara berkala sepanjang hari dan sasarkan air kencing berwarna kuning pucat.

Keperluan air setiap individu tidak sama. Ia bergantung pada saiz badan, aktiviti fizikal, cuaca dan keadaan kesihatan. Keperluan juga meningkat ketika cuaca panas, bersenam, demam, muntah atau cirit-birit.

Jangan tunggu sehingga terlalu haus.

Kadangkala, air kencing yang semakin gelap ialah isyarat awal bahawa badan memerlukan lebih banyak air.

28/07/2026

KOPI MUNGKIN BAIK UNTUK JANTUNG — TAPI BUKAN KOPI MANIS

Pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, strok dan kegagalan jantung yang lebih rendah bagi sesetengah individu.

Tetapi kopi yang dimaksudkan dalam kajian ialah terutamanya:

✅ Kopi hitam tanpa gula
✅ Kopi bancuhan biasa atau filtered coffee
✅ Americano tanpa sirap
✅ Espresso tanpa gula
✅ Kopi dengan sedikit susu tanpa gula tambahan
✅ Kopi tanpa krimer manis atau susu pekat

Bukan ini:

❌ Kopi ais susu pekat
❌ Kopi 3-dalam-1
❌ Kopi kaw penuh gula
❌ Caramel latte, frappe atau kopi bersirap
❌ Kopi dengan whipped cream dan krimer berlebihan

Kopi mengandungi polifenol serta sebatian bioaktif yang mungkin membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menyokong fungsi salur darah dan memperbaiki kesihatan metabolik.

Namun, apabila kopi dicampur dengan banyak gula, susu pekat, krimer dan sirap, jumlah kalori serta gula turut meningkat.

Akhirnya, perkara yang sepatutnya berpotensi memberi manfaat boleh bertukar menjadi minuman yang menyumbang kepada kenaikan berat badan, diabetes dan penyakit jantung.

Bagi kebanyakan orang dewasa, sehingga 400 mg kafein sehari secara umum dianggap selamat. Tetapi jumlah kafein setiap cawan sangat berbeza mengikut saiz, jenis biji dan cara penyediaan. Jadi, “lima cawan” bukan lesen untuk minum lima gelas kopi kaw bersaiz besar.

Kurangkan atau elakkan kopi jika ia menyebabkan:

— Jantung berdebar
— Gelisah atau anxiety bertambah
— Tangan menggigil
— Pedih ulu hati
— Sukar tidur
— Tekanan darah meningkat

Kesimp**annya:

Manfaat itu dikaitkan dengan kopi, bukannya gula, susu pekat atau krimer di dalamnya.

Kalau mahu minum kopi setiap hari, pilihlah:

KOPI KURANG MANIS. LEBIH BAIK, TANPA GULA.

Kopi bukan ubat untuk mencegah penyakit jantung. Ia hanya boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat bersama pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, tidur mencukupi dan tidak merokok.

Public Health Malaysia

23/07/2026

“Doktor… pesakit katil 12 tu tekanan darah dia makin turun.”

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Sejam yang lalu dia masih berbual dengan isterinya.

Masih sempat bergurau.

Malah sempat bertanya, “Esok saya boleh balik tak, doktor?”

Tetapi sekarang…

Jururawat datang dengan keputusan tekanan darah yang semakin menurun.

Nadinya semakin laju.

Air kencing semakin sedikit.

Keputusan darah yang baru siap p**a menunjukkan hematokrit semakin meningkat.

Seluruh pasukan rawatan terus bergerak.

Kadar air drip diubah.

Darah diambil semula.

Pemeriksaan dibuat berulang kali.

Semua orang berharap satu perkara.

Jangan biar pesakit ini masuk ke fasa renjatan.

Inilah realiti yang jarang dilihat orang ramai.

“DENGGI TIADA UBAT. TIADA ANTIBIOTIK. TAPI IA ANTARA PENYAKIT YANG PALING MEMBUAT DOKTOR TAK SENANG HATI.”

Ramai menyangka pesakit yang paling membimbangkan di hospital ialah mereka yang menggunakan ventilator atau berada di ICU.

Hakikatnya…

Seorang pesakit denggi yang sedang memasuki fasa kritikal juga boleh membuat seluruh pasukan rawatan sentiasa berjaga-jaga.

Kerana kami tahu…

Pesakit ini boleh berubah daripada stabil kepada renjatan hanya dalam beberapa jam.

Inilah yang membuatkan denggi berbeza.

Tiada ubat antivirus khusus.

Tiada antibiotik yang boleh membunuh virus denggi.

Tiada suntikan ajaib yang boleh menghentikan penyakit ini.

Rawatan yang ada hanyalah menyokong tubuh sementara sistem imun melawan virus.

Tetapi tempoh menunggu itulah yang paling mendebarkan.

Apa yang kami risaukan bukan sekadar platelet yang semakin rendah.

Yang lebih membimbangkan ialah apabila salur darah mula menjadi lebih telap.

Plasma keluar sedikit demi sedikit.

Tekanan darah mula jatuh.

Nadi semakin laju.

Bekalan darah ke organ semakin berkurang.

Dan jika tidak dikenali lebih awal…

Pesakit boleh mengalami Dengue Shock Syndrome, kegagalan organ, malah kehilangan nyawa.

Sebab itulah ramai bekas pesakit masih ingat pengalaman mereka di wad.

“Kenapa asyik ambil darah?”

“Baru tadi ambil, sekarang ambil lagi.”

Ada yang menjalani ujian darah setiap 4 hingga 6 jam.

Ada yang diperiksa doktor setiap 4 jam, malah lebih kerap jika keadaan berubah.

Tekanan darah diperiksa berulang kali.

Nadi dipantau.

Jumlah air kencing dicatat.

Setiap perubahan kecil boleh mengubah keputusan rawatan.

Pemberian cecair juga memerlukan keseimbangan yang sangat teliti.

Terlalu sedikit, pesakit boleh mengalami renjatan.

Terlalu banyak p**a, apabila kebocoran plasma mula pulih, cecair boleh memenuhi paru-paru dan menyebabkan sesak nafas.

Sebab itu doktor dan jururawat kerap datang ke katil anda, walaupun ketika anda sedang lena.

Bukan kerana kami mahu mengganggu tidur.

Tetapi kerana dalam denggi…

Beberapa jam boleh menjadi perbezaan antara seorang pesakit yang p**ang ke rumah… atau seorang pesakit yang terpaksa bertarung untuk terus hidup.

Alhamdulillah untuk bulan Jun dapat masuk carta ✨
15/07/2026

Alhamdulillah untuk bulan Jun dapat masuk carta ✨


09/07/2026
05/07/2026

110 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap hari.

Statistik seperti ini bukan bertujuan menakutkan kita, tetapi untuk menyedarkan bahawa penyakit kritikal boleh berlaku kepada sesiapa sahaja — tanpa mengira umur, gaya hidup atau tahap kecergasan.

Ramai sangka simpanan sudah mencukupi. Hakikatnya, apabila diuji dengan penyakit serius, kos rawatan, kehilangan pendapatan dan komitmen bulanan boleh memberi tekanan yang besar kepada seluruh keluarga.

Sebab itu, insurans/takaful bukan sekadar tentang kematian. Ia adalah pelan kewangan untuk menghadapi hari yang kita tidak pernah jangka.

✔️ Medical Card – membantu menampung kos rawatan.
✔️ Critical Illness – memberi tunai apabila didiagnosis penyakit kritikal.
✔️ Hibah/Takaful Hayat – melindungi insan tersayang jika kita tiada lagi.

Jangan tunggu sakit baru cari perlindungan. Bila diagnosis keluar, selalunya sudah terlambat untuk memohon.

Kesihatan adalah nikmat. Perlindungan adalah ikhtiar.

01/07/2026
31/05/2026

🚭 Sambutan Hari Tanpa Tembakau diadakan pada 31 Mei setiap tahun sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang bahaya tembakau terhadap kesihatan.

Setiap individu mempunyai peranan dalam mewujudkan persekitaran yang bebas daripada asap rokok dan melindungi masyarakat daripada risiko penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau

Bersama-sama kita memperkukuh usaha pencegahan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian kesihatan negara.

Dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik-klinik berhenti merokok di seluruh Malaysia.

Address

Menara Zenith, Jalan Putra Square
Kuantan
25200

Telephone

+60189099766

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hafiza AIA Takaful Keluarga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share