07/08/2023
💡Melabur awal, dan dalam tempoh yang lama💡
Salah satu strategi pelaburan yang berkesan adalah mula lebih awal dan melabur dalam tempoh yang lebih lama, walaupun anda bermula dengan jumlah yang lebih kecil. Tempoh yang lama memberikan pulangan dari kompaun yang baik. Pulangan dari hasil kompaun amat berkesan kerana ia dapat memberi pulangan pendapatan yang baik
Jika anda masih baharu dalam kerjaya anda, jangan jadikannya penghalang untuk anda melabur. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Dalam jangka masa panjang, anda berpotensi untuk menikmati pulangan yang baik
Secara umummyna, saham adalah perkongsian hak milik dalam sesebuah syarikat atau
dengan mudah anda boleh fahami dengan formula di bawah 〽️
🔸Saham = Ekuiti🔸
Contohnya, analogi yang boleh di bawakan akan cuba kami kongsikan dalam bentuk penceritaan.
Razali – seorang usahawan muda dalam perniagaan pisang goreng. Beliau mempunyai bakat, ilmu, dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan kerana latar belakang pendidikannya adalah Ijazah Sarjana Muda dalam Pernigaan. Walaupun perniagaannya masih setahun jagung tetapi beliau mempunyai visi dan misi yang sangat kuat untuk masa hadapan yang lebih cerah.
Peminjam – ahli keluarga dan sahabat Razali yang yakin dan percaya kepada perniagaan yang dijalankan Razali. Mereka akan mendapat pulangan setiap tahun bergantung kepada keuntungan atau kerugian daripada perniagaan Razali.
Jadi ringkasnya, Razali akan meminjam dari segi kewangan daripada ahli keluarga dan sahabatnya. Peminjam yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat Razali akan melabur atau membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang dimiliki📊