28/08/2026
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN JUAL BELI
FOMEMA HAEMODIALYSIS & PUSAT DIALISIS MUIP
Kuala Lumpur | 28 Ogos 2026, Jumaat
Setinggi-tinggi Tahniah: Detik Permulaan Sinergi Baharu
Satu lagi langkah penting ke hadapan buat MUIP Holdings Group dan Pusat Dialisis MUIP.
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara FOMEMA Haemodialysis dan Pusat Dialisis MUIP, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan serta rangkaian Pusat Dialisis MUIP di seluruh negeri Pahang.
Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YH. Datoβ Shahrul Nizam bin Abdul Aziz, Pengerusi Divisyen Kesihatan; YH. Tok Muda Datoβ Haji Ahmad Hairi bin Hussain, Pengarah Pusat Dialisis MUIP yang juga merupakan wakil rasmi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP); serta YBrs. Dr. Mohd Afiq Farhan bin Md. Hanif, Pengarah FHSB dan YBrs. Dr. Ungku Naim Akhtar bin Ungku Mohsin, Pengurus Besar FHSB.
Majlis turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Rizal Hj Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, MUIP Holdings, dan YBrs. Mr. Jack Yau, Ketua Pegawai Kewangan FHSB.
Kerjasama strategik ini bukan sekadar termeterainya sebuah perjanjian, tetapi menjadi titik tolak kepada satu sinergi baharu dengan visi yang lebih besar dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan haemodialisis yang berkualiti, memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan serta membuka ruang kepada peluang pertumbuhan dan perkembangan yang lebih luas.
Pengambilalihan ini mencerminkan komitmen berterusan MUIP dan MUIP Holdings untuk membangunkan portfolio kesihatan yang lebih kukuh, mampan dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi untuk terus memberikan nilai dan manfaat kepada masyarakat, khususnya rakyat Pahang.
Semoga kerjasama dan langkah strategik ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan yang lebih mampan, peluasan perkhidmatan serta impak yang lebih besar kepada masyarakat, di samping membuka lembaran baharu kejayaan buat Pusat Dialisis MUIP dan semua pihak yang terlibat.
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian tercipta.
Insya-Allah, lebih banyak kejayaan menanti di hadapan.