Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas

Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas Kulliyyah Pengurusan dan Informatik UNIQSAAS

๐Ÿ“Œ SEMINAR CELIK KEWANGAN ISLAM: PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN MERENTAS GENERASIKuantan, 9 Mei 2026 โ€“ Pelajar program Sarjan...
12/05/2026

๐Ÿ“Œ SEMINAR CELIK KEWANGAN ISLAM: PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN MERENTAS GENERASI

Kuantan, 9 Mei 2026 โ€“ Pelajar program Sarjana Kewangan Islam (MIF), Kuliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) telah berjaya menganjurkan Seminar Celik Kewangan Islam: Membentuk Budaya Pengurusan Harta Pusaka Merentas Generasi yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Perkim, Bangunan PERKIM, cawangan Ktn.

Penganjuran seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan kewangan Islam serta perancangan harta pusaka yang sistematik, berhemah dan mematuhi prinsip syariah. Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu kepada peserta berkaitan kepentingan perancangan kewangan dalam menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat pada masa hadapan.

Seminar ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para peserta yang terdiri daripada golongan mualaf dan saudara baharu serta masyarakat setempat. Pelbagai pengisian ilmiah telah diketengahkan sepanjang program berlangsung melalui sesi ceramah dan perkongsian oleh pelajar Sarjana Kewangan Islam Semester 4 dalam bidang kewangan Islam dan pengurusan pusaka.

Program ini merupakan hasil inisiatif dan komitmen pelajar Sarjana dalam menjayakan aktiviti akademik dan kemasyarakatan yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada rakan kolaborasi iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), PERKIM Kuantan serta Kelab Belia Muafakat Islam atas sokongan Dari bentuk Kewangan, kerjasama dan penglibatan yang diberikan dalam menjayakan seminar ini.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memperkasakan kefahaman masyarakat terhadap pengurusan kewangan Islam dan pengurusan harta pusaka yang lebih efektif demi kesejahteraan ummah disamping memperkenalkan UnIPSAS yg kini dikenali sebagai Universiti Al Quran Al sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. (UNIQSAAS).

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahteraโœจAdakah kita sudah bersedia menghadapi risiko kewangan yang boleh berlaku pada ...
08/05/2026

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahteraโœจ

Adakah kita sudah bersedia menghadapi risiko kewangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan adakah pengurusan harta dan kewangan kita menurut syariat Islam?

Justeru itu, anda dijemput untuk menyertai:

SEMINAR CELIK KEWANGAN ISLAM: Pengurusan Risiko Kewangan Merentas Generasi

๐Ÿ—ฃ๏ธ Bersama Panelis :
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ Mohamad Hanifah bin Haris, IFP
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป Nur Syafila bt. Mohd Azman

Pelajar Sarjana Kewangan Islam, UNIQSAAS.

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 09 Mei 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Tingkat 2, Bangunan PERKIM, Jalan Gambut, Kuantan
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 80 peserta sahaja

โœจ Antara pengisian seminar:
โœ”๏ธ Pengenalan kewangan Islam
โœ”๏ธ Kepentingan pengurusan risiko kewangan
โœ”๏ธ Kesedaran pengurusan harta pusaka menurut Islam
โœ”๏ธ Takaful, hibah, wasiat & faraidh

๐ŸŽ Kelebihan kepada peserta:
๐Ÿฝ๏ธ Sarapan dan makan tengah hari disediakan
๐Ÿ“œ Sijil penyertaan turut diberikan.

06/05/2026
Selamat Menunaikan Ibadah Haji tahun 1447H diucapkan kepada Dekan Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) UNIQSAAS, Yb...
05/05/2026

Selamat Menunaikan Ibadah Haji tahun 1447H diucapkan kepada Dekan Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) UNIQSAAS, Ybrs. Dr. Nurul Khair binti Ishak dan Pensyarah KMI UNIQSAAS, En. Mohd Zamri bin Wahab.

Tahniah kerana terpilih menjadi Tetamu Allah bagi musim haji tahun ini. Didoakan agar dimudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan, perjalanan diberkati, ibadah diterima dan kembali dengan hati yang bersih suci.

ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽุŒ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽูƒูŽ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽุŒ ุงูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูŽ ูˆูŽุงู„ู†ูู‘ุนู’ู…ูŽุฉูŽ ู„ูŽูƒูŽ ูˆูŽุงู’ู„ู…ู„ู’ูƒูŽ ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽูƒูŽ



Nurul Ishak Zamri Wahab Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas fans

Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) UNIQSAAS menerima Sijil Penghargaan kerana berjaya menerbitkan Jurnal Pengurus...
05/05/2026

Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) UNIQSAAS menerima Sijil Penghargaan kerana berjaya menerbitkan Jurnal Pengurusan dan Teknologi Maklumat edisi pertama baru-baru ini. Sijil Penghargaan diterima oleh Dekan KMI, Ybrs. Dr. Nurul Khair binti Ishak dan Ketua Editor, Ybrs. Profesor Dr. Hairuddin bin Mohd Ali.

Sijil Penghargaan disampaikan oleh Naib Canselor UNIQSAAS sempena Majlis Amanat Naib Canselor Bulan April 2026 bertempat di Auditorium Tuanku Canselor.

Jurnal Pengurusan dan Teknologi Maklumat terbitan KMI UNIQSAAS ini boleh diakses melalui pautan : https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jmitr



Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas Naib Canselor Unipsas Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas fans

Pensyarah Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas telah menyertai Pahang International East Coast Entrepreneurial S...
27/04/2026

Pensyarah Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas telah menyertai Pahang International East Coast Entrepreneurial Summit (PIECES) 2026 sempena Malaysia East Coast and Entrepreneurial Expo (MECTEE) 2026 yang diadakan pada 17 dan 18 April 2026 bertempat di Grand Darulmakmur Hotel, Kuantan.

Sidang Kemuncak PIECES 2026 ini memberikan fokus perbincangan mengenai ASEAN dan Ekonomi Halal, FinTech, Kewangan Islam, Pelaburan Halal, Rantaian Bekalan Halal, Dasar Ekonomi Halal, Keusahawanan Perkhidmatan Halal dan Negeri Pahang sebagai Hab Keusahawanan Halal.

PIECES dan MECTEE 2026 telah dirasmikan penutupannya oleh YAB. Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

๐Ÿค๐Ÿ’ผ๐Ÿ’ตโœ…โ˜ช๏ธ

Tiga orang pensyarah KMI UNIQSAAS telah menghadiri Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Pensijilan Taksiran Zakat Perniaga...
16/04/2026

Tiga orang pensyarah KMI UNIQSAAS telah menghadiri Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Pensijilan Taksiran Zakat Perniagaan PKZP-IPT yang dianjurkan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP).

Mesyuarat bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara PKZP dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Negeri Pahang bagi meningkatkan kefahaman berkaitan zakat perniagaan dalam kalangan pelajar, ahli akademik dan masyarakat. Satu jawatankuasa rasmi PKZP-IPT telah dibentuk bagi membincangkan hala tuju pembangunan silibus dan merangka model pelaksanaan pensijilan taksiran zakat perniagaan.

KMI UNIQSAAS diwakili oleh Puan Lydiawati Hassan Busry (Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan), Puan Nor Azah binti Abdul Jalil (Bendahari UNIQSAAS) dan Puan Nur Elyana Ahmad Munawar (Pensyarah KMI UNIQSAAS). Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybrs. Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PKZ Pahang dan turut dihadiri oleh wakil-wakil IPT di Negeri Pahang.



Pusat Kutipan Zakat Pahang Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas

- - - - - - - - - -
KMI UNIQSAAS menawarkan program-program pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Perakaunan, Kewangan Islam, Kewangan dan Perbankan, Perniagaan, Pemasaran, Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Multimedia. Permohonan sedang dibuka dan pendaftaran pelajar baru akan diadakan pada 13 Jun 2026.

Management and Information Technology Journal,merupakan penerbitan sulung yang telah berjaya diterbitkan secara rasmi se...
15/04/2026

Management and Information Technology Journal,
merupakan penerbitan sulung yang telah berjaya diterbitkan secara rasmi serta diindeks dalam Google Scholar. Penerbitan ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah, khususnya dalam bidang pengurusan dan teknologi maklumat. Jurnal ini turut berperanan sebagai platform akademik yang menyokong penyebaran ilmu, perkongsian idea, serta penghasilan kajian berkualiti tinggi dalam kalangan penyelidik dan ahli akademik. Diharapkan penerbitan ini akan terus menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan serta mempertingkatkan kecemerlangan akademik pada masa hadapan.



Sekalung Tahniah diucapkan kepada Cik Nur Aulia Fahada binti Misaridin atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Perniagaan ...
05/02/2025

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Cik Nur Aulia Fahada binti Misaridin atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Perniagaan dan Puan Lydiawaty binti Hassan Busry yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan yang baharu bermula 1 Januari 2025.

Ucapan Tahniah juga diucapkan kepada Pensyarah-Pensyarah FMI UnIPSAS iaitu Puan Nurul Habibah binti Abdul Rahman yang dilantik selaku Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UnIPSAS serta Ybrs. Dr. Fahmi Zaidi bin Abdul Razak atas pelantikan sebagai Pensyarah Gred DM53 (Profesor Madya).

Didoakan pelantikan baharu ini akan membantu FMI UnIPSAS untuk meneruskan kecemerlangan dengan mencatatkan pencapaian-pencapaian yang memberansangkan.

FMI UnIPSAS turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan Ketua-Ketua Jabatan yang telah menamatkan perkhidmatan iaitu Puan Siti Fatimah binti Sudarmin, Puan Nor Azah binti Abdul Jalil dan Puan Nurulhuda binti Othman.

JELAJAH SARJANA FMI UnIPSAS DI PEKANProgram Jelajah Sarjana Fakulti Pengurusan dan Informatik Unipsas diteruskan lagi di...
09/08/2023

JELAJAH SARJANA FMI UnIPSAS DI PEKAN

Program Jelajah Sarjana Fakulti Pengurusan dan Informatik Unipsas diteruskan lagi di Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan. Program diadakan bersempena Perhimpunan Bulangan MUIP dan dihadiri oleh kakitangan MUIP dari pelbagai bahagian.

Perkongsian maklumat mengenai Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Sarjana Kewangan Islam (MIF) telah disampaikan oleh Ybrs. Dr. Fahmi Zaidi bin Abdul Razak, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah UnIPSAS.

Dalam taklimat yang diberikan, Dr. Fahmi turut menyentuh peluang menyambung pengajian peringkat Sarjana kepada pemegang Diploma dan STPM dengan menggunakan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Terima kasih warga MUIP yang sudi menerima kehadiran FMI UnIPSAS.



Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
Pusat Pengurusan Siswazah

โœจPERARAKAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH โœจKUMPULAN UMAR AL-KHATTABJumaat 21 Julai 2023M bersamaan 3 Muharram 1445HAlhamdulillah, ...
23/07/2023

โœจPERARAKAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH โœจ

KUMPULAN UMAR AL-KHATTAB

Jumaat 21 Julai 2023M bersamaan 3 Muharram 1445H

Alhamdulillah, tahniah buat Fakulti Pengurusan dan Informatik atas kemenangan sebagai Naib Johan dalam perarakan Maal Hijrah UnIPSAS.

Terima kasih dan syabas kepada pensyarah-pensyarah yang sangat komited dan bersemangat dalam menjayakan perarakan tahun ni.

Semoga program ini dapat menjalinkan ukhuwah di antara warga FMI dan juga warga UniPSAS.

Tahun depan tudung warna apa?๐ŸŒ

Address

Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS), Bangunan Canselori, KM. 8 Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095535555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share