17/07/2023
Saya kerap menerima mesej luahan hati tentang masalah rumahtangga oleh golongan wanita.
Namun!
Takde satu pun yang saya reply.
Kenapa saya tak reply?
“sebab boleh dik”
Namun!
kelau BAPAK korang tak pernah beritahu, izinkan saya bercakap tentang perkara PENTING ini dengan bertujuan untuk mendidik.
Wahai kaum wanita,
Andaikata kalian diuji dengan apa sahaja masalah dengan pasangan, JANGAN sesekali MELUAHKAN atau MENCERITAKAN kepada LELAKI yang selain dari ahli keluarga ataupun mereka yang AHLI dalam hal ehwal undang-undang perkahwinan.
For the first place, jika kau ada masalah dengan pasanga kau, sit down lah dengan dia bincang serta cari jalan penyelesian seperti orang dewasa.
Kenapa kau nak kena cerita kepada LELAKI lain???
Wahai wanita,
Kau kena tahu satu perkara tentang LELAKI.
Untuk orang lelaki, waktu dan PELUANG yang paling mudah untuk MENGGUNAKAN seorang wanita adalah ketika mereka di tahap emosi yang paling low.
Betul tak gais???
Saya yakin ramai LELAKI akan setuju statement ini.
Ketika sugul, sayu dan syahdu.
Waktu itulah emosi wanita paling rapuh dan tidak rasional.
Kau kena tahu bukan semua LELAKI baik.
Di luar sana ada lelaki yang memang menunggu waktu sesuai. Mereka akan acah CARING dan acah nak dengar luahan kau kerana mereka ada AGENDA.
Sama ada mereka nak ratah tubuh badan kau kemudian mereka blah ataupun mereka ingin menempel pada kehidupan kau dan menggunakan kau sebagai alat untuk teruskan hidup terutamanya jika wanita itu bekerjaya dan masyuk.
Kau bayangkan betapa malangnya hidup yang akan wanita itu lalui? Mula-mula dia ada satu masalah. Disebabkan dia sesuka hati cerita masalah dia pada orang yang salah, sekarang dia akan dapat lebih banyak masalah!
Kepada LELAKI p**a, ini peranan lelaki supaya mendidik anak perempuan tentang perkara ini. Terutamanya di zaman media so sial ini.
Ini semua tanggungjawab LELAKI apabila lelaki tidak memainkan peranan mendidik ahli keluarganya tentang ILMU menyelesaikan masalah seperti ini, maka wanita yang sepatutnya di pimpin oleh lelaki kini dipimpin oleh emosinya sendiri.
Yang mana, kebanyakkan bisikkan emosi negatif datangnya daripada SYAITAN!
Moga tulisan ini menjadi satu pedoman hidup buat Wanita khususnya dan juga lelaki.
Do you understand?