Nor Akmar MSTA CFTe - Remisier

Nor Akmar MSTA CFTe - Remisier Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nor Akmar MSTA CFTe - Remisier, Investing Service, Kuantan.

Ini merupakan page official Nor Akmar MSTA (UK), CFTe (US) yang merupakan Remisier & FBR berlesen di CGSi Securities Malaysia Sdn Bhd Segala perkongsian di dalam page ini yang berkaitan dengan saham adalah bertujuan pendidikan dan pembelajaran sahaja.

26/08/2026

Boleh hadir ke event investsmart(SC) x Bursa MarketPlace Fair di Pavilion Bukit Jalil pada 5 & 6 September nanti untuk berpeluang mendapatkan figurine Bursa Malaysia sempena ulang tahun Bursa ke-50 tahun.

Saya akan bercakap pada pukul 3.45 petang.

Masa saya ada hadiah tau ☺️

https://vt.tiktok.com/ZSVVRXTuM/

Sedang berlangsung malam - ETP Program by Idea Kapital - di sokong oleh CGSi.Malam ini tajuk FIBONACCI oleh Mr General -...
19/08/2026

Sedang berlangsung malam - ETP Program by Idea Kapital - di sokong oleh CGSi.

Malam ini tajuk FIBONACCI oleh Mr General - Presiden MATA - Tuan ezuwan.

Hubungi mana2 FBR & MR di bawah team kami untuk program sebegini di masa hadapan.

Harga sebiji tomato pada Ogos 2026 bernilai RM0.84.1 BIJI TOMATO = 80 SEN!Hari ini teringin nak makan tomyam yang buat s...
18/08/2026

Harga sebiji tomato pada Ogos 2026 bernilai RM0.84.

1 BIJI TOMATO = 80 SEN!

Hari ini teringin nak makan tomyam yang buat sendiri. Jadi beli sikit-sikit bahan untuk buat seperiuk kecil tomyam ayam + udang.

Berapa agaknya harga sebiji tomato 10 tahun akan datang?
Cukup ke kalau kita hanya mengharapkan kenaikan gaji atau simpanan KWSP?

Atau memang dah jadi keperluan untuk mula melabur dalam saham berpotensi tinggi.

Supaya nilai RM0.80 hari ini.
Boleh beli beberapa biji tomato 10 tahun lagi.

17/08/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera semua ❤️

Alhamdulillah, saya kini mewakili Negeri Pahang bagi Anugerah Wanita Muda Malaysia 2026/27 dan undian awam telah pun dibuka. 🇲🇾

Saya ingin memohon sedikit sokongan daripada sahabat, keluarga dan kenalan semua. Jika sudi, boleh berikan satu undi untuk saya, Nor Akmar. 🙏🏻❤️

UNDI NOR AKMAR DI SINI 👇

https://vote.kelabwanitaikon.com/awim/anugerah-wanita-ikon-26/anugerah-wanita-muda-202627/nor-akmar-binti-abdullah

Hanya ambil masa sekejap sahaja. 😊

Setiap satu undi sangat saya hargai.

Terima kasih banyak atas doa dan sokongan semua.

Doakan saya dapat membawa nama Pahang sebaiknya ke peringkat kebangsaan. ❤️🔥

Selesai satu amanah hari ini. ❤️Alhamdulillah, selesai Program CSR BIJAK WANG: Lindungi Impian, Bina Masa Depan bersama ...
17/08/2026

Selesai satu amanah hari ini. ❤️

Alhamdulillah, selesai Program CSR BIJAK WANG: Lindungi Impian, Bina Masa Depan bersama pelajar Orang Asli di UCYP University, Kuantan.

Saya memilih untuk membawa sesuatu yang sangat dekat dengan dunia saya iaitu ilmu kewangan.

Bukan sekadar bagaimana mencari wang, tetapi bagaimana membuat pilihan, melindungi diri daripada scam dan eksploitasi kewangan, serta menggunakan wang sebagai salah satu alat untuk membina masa depan.

Hari ini saya bertemu dengan anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang. Ada impian. Ada cita-cita. Ada perjalanan hidup yang mungkin tidak sama seperti orang lain.
Tetapi saya percaya satu perkara:

Kita mungkin tidak bermula dari garisan yang sama, tetapi ilmu boleh memberikan kita lebih banyak pilihan.

Sebab itu saya mahu literasi kewangan tidak hanya berada di bilik seminar, institusi kewangan atau dalam kalangan mereka yang sudah mempunyai wang.

Ia perlu sampai kepada masyarakat.

Terima kasih kepada UCYP University, pihak LPPKN Pahang, Kelab Wanita Ikon Malaysia, Kelab Wanita Ikon Pahang serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini.

Dan terima kasih paling besar kepada anak-anak muda yang bersama saya hari ini. 🌿❤️

Hari ini juga bermulanya satu lagi perjalanan apabila undian Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27 dibuka.

Saya mewakili Pahang bagi kategori Anugerah Wanita Muda 2026/27.

Saya tidak meminta anda mengundi hanya kerana mengenali saya.

Tetapi jika anda percaya kepada perjuangan yang saya bawa, saya amat menghargai satu undi anda. ❤️
Undi Nor Akmar - Anugerah Wanita Muda 2026/27

Kenali wang. Lindungi impian. Bina masa depan.

Teraju Aspirasi Outreach Pahang 202616 Ogos 2026 - Ahad.Saya dan pasukan PRIBUMI akan membuka booth di sini. No-22.Kenap...
14/08/2026

Teraju Aspirasi Outreach Pahang 2026
16 Ogos 2026 - Ahad.

Saya dan pasukan PRIBUMI akan membuka booth di sini. No-22.

Kenapa usahawan & orang awam wajib datang?

1) Ilmu percuma
2) Di sertai oleh pelbagai badan kerajaan, universiti dan bank.
3) Peluang mengetahui bagaimana nak IPO kan syarikat - terutama Bumiputera.

Jemput hadir jika berkesempatan.

Jangan lupa say HI kalau nampak saya.

Kenal diri dulu, baru cari pelaburan yang sesuai dengan anda.Sebab akhirnya:1) Itu duit titik peluh anda sendiri.2) Anda...
12/08/2026

Kenal diri dulu, baru cari pelaburan yang sesuai dengan anda.

Sebab akhirnya:

1) Itu duit titik peluh anda sendiri.
2) Anda yang kena buat keputusan.
3) Anda yang kena tanggung risiko.
4) Apabila untung, anda yang akan dapat ganjaran.
5) Kalau kena tunggu, duit anda yang sangkut dekat dalam tu.

Bila dengar sebarang peluang pelaburan. Semak dulu pelaburan tersebut.

Lepas itu tanya diri, aku okay tak dengan segala ciri-ciri yang datang dengan pelaburan tersebut.

Ada orang, hati kecil. Rugi sikit dah mula nak anxiety dan nak salahkan orang lain.

Ada orang, memang sanggup ambil jalan penuh berliku untuk capai sesuatu yang lebih besar.

Wajib berhati-hati dan buat due diligence.

Tapi kalau tak mahu ambil tahu risiko langsung. Hiduplah tang tu je...

KUNJUNGAN HORMAT PRIBUMI KE YaPEIMHari ini, Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) berkesempatan mengadakan ku...
10/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PRIBUMI KE YaPEIM

Hari ini, Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Bukan sebuah nama baharu dalam pembangunan ekonomi ummah, YaPEIM telah melalui perjalanan hampir 50 tahun sejak penubuhannya pada 13 Oktober 1976. Daripada usaha membangunkan ekonomi Islam, YaPEIM kemudiannya menjadi antara peneraju awal perkhidmatan mikro kredit Ar-Rahnu sejak tahun 1993.

Hari ini, peranan YaPEIM berkembang jauh lebih luas merangkumi pembangunan sosioekonomi, perusahaan sosial, pembangunan usahawan, pembiayaan mikro serta pengurusan dan pengagihan amal jariah — dengan matlamat memperkasa ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan ummah.

Pertemuan PRIBUMI dan YaPEIM membuka ruang perbincangan yang cukup luas, khususnya berkaitan literasi kewangan dan pasaran modal, pembangunan ekonomi Bumiputera, pembangunan usahawan, pelaburan serta potensi kerjasama strategik yang boleh diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada masyarakat.

Bagi PRIBUMI, pembangunan ekonomi Bumiputera tidak seharusnya berhenti pada usaha meningkatkan pendapatan semata-mata.

Masyarakat juga perlu diberikan ilmu untuk mengurus, melindungi dan mengembangkan kekayaan melalui instrumen kewangan dan pelaburan yang betul.

Kami percaya terdapat ruang yang besar untuk institusi seperti YaPEIM dan pemain profesional dalam industri pasaran modal seperti PRIBUMI untuk saling melengkapi kepakaran.

Semoga pertemuan hari ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama yang mampu membawa ilmu, peluang dan akses ekonomi kepada lebih ramai masyarakat Bumiputera.

Daripada membina pendapatan, kepada membina aset dan kekayaan.

Insya-Allah, ada ruang yang boleh kita gerakkan bersama. 🤝






Rasmi - Wanita IKON Muda Pahang sesi 2026/27Alhamdulillah, hari ini saya telah menerima anugerah Wanita IKON Muda Pahang...
30/07/2026

Rasmi - Wanita IKON Muda Pahang sesi 2026/27

Alhamdulillah, hari ini saya telah menerima anugerah Wanita IKON Muda Pahang sesi 2026/27

Setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada Kelab Wanita Ikon Malaysia - KWIM atas anugerah ini.

Terima kasih juga kepada tetamu kehormat yang hadir seperti Presiden Kelab IKON Pahang, IKON Wanita Pahang Sesi 2024/2025, Pengarah JPW Pahang dan Pengarah LPPKN kerana hadir untuk meraikan kejayaan ini.

Tidak lupa kepada pasukan Idea Kapital dan AJK Kelab IKON yang telah menjayakan majlis.

Semoga dengan kejayaan ini mengangkat wanita dalam pelaburan saham ke peringkat yang lebih tinggi.

Selesai sesi Batch Elite Trader Program 1.0 di Bursa Malaysia pada hari ini.Semoga peserta mendapat ilmu yang bermanfaat...
25/07/2026

Selesai sesi Batch Elite Trader Program 1.0 di Bursa Malaysia pada hari ini.

Semoga peserta mendapat ilmu yang bermanfaat.

🤗🤗🤗

Cara nak sertai program di masa hadapan mudah sahaja.

1) Buka akaun patuh shariah di bawah mana-mana FBR team Idea Kapital.

2) Trade dengan brokerage serendah RM5/lot/hala.

Insha Allah anda berpeluang hadir ke pelbagai perkongsian. Yang penting boleh buat untung dan jana wang dalam pasaran hadapan patuh shariah di Bursa Malaysia.

💪💪💪

Terima kasih kepada CGS International & Bursa Malaysia kerana sponsor program ini.

Address

Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nor Akmar MSTA CFTe - Remisier posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share