09/07/2026
🏥 12 hari yg mengajar saya erti ‘Nikmat Sihat’ ❤️
Dari masuk hospital 14 Jun sampai 25 Jun, genap 12 hari dirawat di wad. Alhamdulillah, baru ada tenaga nak update sbb lps balik rumah pun masih demam, muntah & cirit sampai lembik. 🥲
Mula² ingat operation kecil, tapi rupa²nya ada komplikasi serius. Doktor cakap kes saya agak rare case. Selalunya pesakit boleh discharge awal, tapi saya kena pantau lama sbb sakit memulas yg amat sangat.
Sbb dah lalui sendiri, saya nak kongsi pesanan ini tanda sayang kat korang semua:
🥑 1. Jgn skip meal semata-mata nak diet!
Ini paling penting! Doktor kongsi skrg ramai org muda kena batu karang hempedu (gallstones). Punca utama: nak cepat kurus sampai skip meal & waktu makan x menentu. Bila x makan, jus hempedu bertakung, mjd pekat & mengeras jd batu. Tolonglah makan on time. X guna kurus kalau terlantar sakit.
🚨 2. Jgn keliru antara "Gastrik" & sakit hempedu
Kalau kerap sakit perut, jgn sekadar makan ubat gastrik klinik biasa sampai terlepas waktu terbaik utk dirawat. Macam kes saya, rupanya dlm tu dah jangkitan kuman & bengkak (inflammation) teruk sampai selalu terjaga tengah malam. Kalau ada signal sakit luar biasa, terus ke hospital utk buat scan hempedu.
💳 3. Muhasabah diri: Kepentingan Medical Card
Dulu masa duit tight, pernah fikir x payahlah beli insurans. Tapi bila dah kena, baru sedar: Sebenarnya lagi kita kurang bajet, lagilah wajib ada Medical Card. Org kaya xde hal bayar guna saving, tapi bagi kita yg biasa ni, bil saya kali ni sahaja dah mencecah lebih RM47,000 💸! Jumlah yg boleh buat terduduk kalau tanggung sendiri.
Di sini saya nak ucap terima kasih sgt² kpd Insurance Agent kami. Abang & Akak banyakkk membantu, pukul 3-4 pagi tolong uruskan hal hospital, siap datang melawat bawa hadiah utk Aisha & Hannah. Allah hantar mereka utk mudahkan urusan kami dari hari pertama sampai discharge. Bila ada agent bertanggungjawab, hati rasa tenang utk fokus sembuh.
Alhamdulillah, ujian ini akhirnya berlalu. Lps ni saya nak fokus jaga makan, amalkan lifestyle sihat & rehat secukupnya. Korang yg tengah sihat, tolong jaga diri baik² & makan ikut masa ya. ❤️