Pasukan Askar Wataniah UMT

Pasukan Askar Wataniah UMT Page ini diwujudkan bagi memberi info semasa tentang aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Askar Wat

Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah suatu angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertah

anan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan Askar Wataniah UMT mula ditubuhkan pada 1 Jun 2005 dimana kumpulan terawal ambilan pertama merupakan pelajar Kursus Kokurikulum Wira UMT. Kumpulan ini telah mengisi borang permohonan kemasukan dan menghadiri Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela di Batalion Pertama Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Kuala Terengganu. Bermula dari tahun tersebut, Kelab Askar Wataniah mula diwujudkan dan setiap tahun pengambilan sentiasa dibuat bagi menambahkan lagi kekuatan anggota sedia ada. Pada tahun 2009, Kelab Askar Wataniah telah di jadikan Kursus Kokurikulum dan mempunyai jam kredit setaraf dengan subjek akademik yang lain.

10/11/2022
Assalamualaikum wbt, Sukacita dimaklumkan, ini adalah survey awal untuk Majlis Temu Mesra Wataniah seawal 2005 sehingga ...
22/08/2022

Assalamualaikum wbt, Sukacita dimaklumkan, ini adalah survey awal untuk Majlis Temu Mesra Wataniah seawal 2005 sehingga sekarang..
Mohon diwarwarkan kepada semua alumni PAW UMT...
survey ini penting untuk dapatkan pemilihan tempat majlis...

https://forms.gle/82eGbSxYZrrTteyR8

Yuran adalah sebanyak RM20.00 seorang. Dibayar semasa pendaftaran, tarikh tutup adalah pada 25 Ogos 2022. Program akan diadakan pada 25 September 2022 di sekitar Kuala Lumpur.

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2022 TEMPAT : HOTEL DI KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA MASA : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG Yuran RM 20.00 seorang

Tahniah diucapkan kepada Lt Muda Amin Asraf Bin Ahmad Nazri diatas pemakaian pangkat Leftenan Muda TDM pada 5-6 Ogos 202...
09/08/2021

Tahniah diucapkan kepada Lt Muda Amin Asraf Bin Ahmad Nazri diatas pemakaian pangkat Leftenan Muda TDM pada 5-6 Ogos 2021 yang lalu.

Lt Muda Amin Asraf Bin Ahmad Nazri merupakan alumni Pasukan Askar Wataniah UMT ambilan 12/2016 dari Bn 1, Rej 512 Askar Wataniah. Beliau telah menjalani Kursus Pegawai Kadet Graduan Ambilan 35 selama 9 Bulan di Kolej Pegawai, Akademi Tentera Darat Malaysia, Kem Segenting, Port Dickson. Beliau akan ditempatkan di 71 BOD, Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Kuching Sarawak.
Syabas dan tahniah diucapkan daripada warga PAW UMT.

Tahniah diucapkan kepada Lt Muda Muhammad Muizzuddin Bin Muhammad Ridzuan TLDM diatas pemakaian pangkat Leftenan Muda TL...
08/08/2021

Tahniah diucapkan kepada Lt Muda Muhammad Muizzuddin Bin Muhammad Ridzuan TLDM diatas pemakaian pangkat Leftenan Muda TLDM Pada 30 Julai 2021 yang lalu.

Lt Muda Muhammad Muizzuddin Bin Muhammad Ridzuan TLDM merupakan alumni Pasukan Askar Wataniah UMT ambilan 11/2015 dari Bn 1, Rej 512 Askar Wataniah. Beliau telah menjalani Kursus Kelayakan Pegawai Graduan Ambilan 28/20 selama 9 Bulan di KDSI I , Lumut Perak .
Beliau akan meneruskan Kursus Aplikasi Pegawai Muda di KDSI I, Lumut Perak.
Syabas dan tahniah diucapkan daripada warga PAW UMT.

21/06/2021

Pengambilan Terbuka kepada semua Anak Watan Negeri Terengganu untuk menyertai Askar Wataniah di Batalion Pertama Rej 512 AW, Kem Padang Midin. PENGAMBILAN ASKAR WATANIAH TAHUN 2021 TEMPAT: Batalion Pertama, Rejimen 512 Askar Wataniah, (R512AW), Kem Padang Midin TARIKH/HARI: Setiap Hari Berkerja (Isn...

21/06/2021

PENDAFTARAN ATAS TALIAN

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat
Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021

Permohonan awal adalah melalui pendaftaran secara atas talian (online registration) melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD) di

1. Portal Rasmi Tentera Darat
- https://army.mod.gov.my/

2. Portal Jom Masuk Tentera - Perajurit Muda (Darat)
- https://jmt.mod.gov.my/

Cara Memohon, Syarat Asas, Syarat Fizikal dan Kelayakan Akademik boleh dirujuk di paparan utama Sistem Pengambilan Perajurit Muda TD (SPPMTD).

Pemohon digalakkan menggunakan Komputer atau Laptop untuk pendaftaran atas talian. Pemohon juga perlu memuat naik (upload) dokumen dan gambar dalam format pdf dan png/jpeg.

Pemohon perlu memastikan dokumen dan gambar yang dimuat naik (upload) terang dan jelas. Maklumat yang kurang jelas atau tidak tepat akan menyebabkan permohonan anda ditolak atau dibatalkan.

Tarikh Pendaftaran Atas Talian pada : 10 Jun 2021.

Tarikh Tutup Permohonan pada : 30 Jun 2021.

Permohonan selepas tarikh tutup tidak diterima.


Jom kita bersiaran petang ini.
27/03/2021

Jom kita bersiaran petang ini.

Ramadan bakal tiba... Jom kita berkongsi cerita Ambang Ramadan dalam Hitam Putih Kehidupan bersama Dj Abg Badr. Hanya di UMTfm... Sentuhan Interaktif Mahasiswa. Tinggalkan perkongsian anda di ruang komen sewaktu bersiaran.

Jumpa malam ini tau...
22/03/2021

Jumpa malam ini tau...

Langkah Professor dan Jejak Alumni....
Jom geng2 alumni meriahkan UMT.fm malam...
Yang pasti kita layan lagu2 nostalgia

Address

Kuala
21030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Askar Wataniah UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share