Fakulti Pengajian Maritim UMT

Fakulti Pengajian Maritim UMT Sebarang pertanyaan , sila hubungi: 09-6683791

Platform bagi menyalurkan maklumat dan hebahan berkenaan kursus kursus yang ditawarkan dan penganjuran aktiviti-aktiviti semasa untuk pelajar dan komuniti luar.

Berlangsung malam tadi Majlis Penutupan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026 yang menyaksikan kontinjen FPM berjaya muncul se...
06/06/2026

Berlangsung malam tadi Majlis Penutupan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026 yang menyaksikan kontinjen FPM berjaya muncul sebagai Naib Juara keseluruhan dengan kutipan 8 pingat emas. Lebih membanggakan, FPM hanya ketinggalan satu pingat emas sahaja di belakang juara keseluruhan FPEPS, dalam saingan yang melibatkan lapan fakulti.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet FPM atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Walaupun FPM merupakan antara fakulti yang mempunyai bilangan pelajar dan atlet yang lebih kecil berbanding fakulti lain, semangat juang, komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan telah membolehkan FPM bersaing dengan cemerlang sehingga berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kekuatan sesebuah pasukan bukanlah terletak pada jumlah atlet semata-mata, tetapi pada semangat, disiplin, kerjasama dan kesungguhan dalam menghadapi setiap cabaran.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama FPM pada masa akan datang



Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,🌐 [POSTGRADUATE KNOWLEDGE-SHARING FORUM] 🌐Selat Hormuz merupakan antara laluan mar...
06/06/2026

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

🌐 [POSTGRADUATE KNOWLEDGE-SHARING FORUM] 🌐

Selat Hormuz merupakan antara laluan maritim paling kritikal di dunia. Apakah yang berlaku apabila laluan ini terus ditekan oleh krisis geopolitik dan keselamatan? Bagaimana p**a impaknya terhadap industri perkapalan global dan operasi pelabuhan?

Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan bangganya membawakan kepada anda sebuah wacana ilmu berimpak tinggi:

🔹 STRAIT OF HORMUZ UNDER PRESSURE:
Implications for Global Shipping, Maritime Security, and Port Operations

Mari bersama-sama mengupas isu ini dari perspektif akademik dan industri bersama barisan panel pemikir kami iaitu para pelajar Sarjana Pengajian Maritim, Fakulti Pengajian Maritim:

🎙️ MODERATOR:

Mr. Tahir Kadir (Postgraduate Student, Faculty of Maritime Studies, UMT)

👥 PANEL SPEAKERS:
1️⃣ Mr. Mohd Sukeman Ismail (Postgraduate Student)
2️⃣ Capt. Emanuel Janta Anak Mujah (Postgraduate Student)
3️⃣ Mr. Ridzuan Abdul Ghani (Postgraduate Student)
4️⃣ Capt. Zainal Fitri Zainal Ariff (Postgraduate Student)

BUTIRAN PROGRAM:
🗓️ Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
2.30 PM – 4.00 PM
📍 Platform: Webex Online

🔗 BAGAIMANA UNTUK SERTAI?
Klik pautan Webex di bawah atau imbas kod QR pada poster untuk menyertai sesi webinar secara langsung:
👉 Pautan Webex: https://umt.webex.com/umt/j.php?MTID=m95e50e029624555ae06d823e6b89633f

Jangan lepaskan peluang emas ini untuk memperluas horizon pengetahuan anda dalam bidang keselamatan dan logistik maritim global. Semua dijemput hadir! ⚓🚢

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,YBhg. Dato/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,Kami warga Fakulti Pengajian Mari...
28/05/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

Kami warga Fakulti Pengajian Maritim ingin mengucapkan *Selamat Menyambut Hari Raya Aildiladha 1447H* kepada seluruh warga UMT.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, ketenangan serta memperkukuhkan semangat pengorbanan dan kebersamaan dalam kehidupan kita.

Maaf Zahir dan Batin.

Sekian, terima kasih.

“KEBERSAMAAN UMT”
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

*Fakulti Pengajian Maritim*

       JOM MASUK SARJANA MUDA SAINS NAUTIKA DAN PENGANGKUTAN MARITIM
22/05/2026









JOM MASUK SARJANA MUDA SAINS NAUTIKA DAN PENGANGKUTAN MARITIM

134 likes, 11 comments. “Replying to Jom masuk Sains Nautika. Dengarkan apa kata para pelajar jurusan ini ✨”

     ANUGERAH IKON SISWA 2025
21/05/2026







ANUGERAH IKON SISWA 2025

Check out officialumt’s video.

20/05/2026

✨ Sekalung Tahniah kepada Capt. Emanuel Janta Anak Mujah, pelajar Sarjana Pengajian Maritim, Fakulti Pengajian Maritim, ...
20/05/2026

✨ Sekalung Tahniah kepada Capt. Emanuel Janta Anak Mujah, pelajar Sarjana Pengajian Maritim, Fakulti Pengajian Maritim, UMT atas pengiktirafan Excellence in Maritime Operation Award sempena sambutan International Day for Women in Maritime yang berlangsung di Sheraton Hotel, Johor Bahru.

Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi, kepimpinan dan kecemerlangan wanita dalam memperkasakan industri maritim negara. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk melakar kecemerlangan dalam bidang maritim. 🌊⚓💙

*PROGRAM INTERNATIONAL DAY FOR WOMEN IN MARITIME 2026* ⚓🌊Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sempena sambutan Hari Wanit...
14/05/2026

*PROGRAM INTERNATIONAL DAY FOR WOMEN IN MARITIME 2026* ⚓🌊

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena sambutan Hari Wanita Maritim Sedunia, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama WISTA Malaysia akan menganjurkan program seperti ketetapan berikut:

📅 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 Pagi – 12.00 Tengah hari
📍 Dewan Persidangan 2, UMTCC

Antara Pengisian Menarik program ini ialah:

Ucaptama daripada Ketua Pengarah MIMA dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Forum “How Can Diversity & Inclusion Power the Next Era?” yang akan membincangkan kepimpinan inklusif dan inovasi maritim.

Program yang menampilkan ikon-ikon wanita dalam industri maritim negara diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan eksklusif dan suntikan inspirasi kepada pelajar tentang potensi serta peranan kritikal wanita dalam memacu kemajuan industri maritim negara.

*Semua warga UMT adalah dijemput hadir*!

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera,*YBhg. Prof. Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,*HEBAHAN KE...
14/05/2026

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera,*

YBhg. Prof. Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

*HEBAHAN KEJAYAAN LULUS PENGAJIAN PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH (Ph.D)*
*– DR. NUR HAZWANI BINTI KARIM*

Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, pihak Pengurusan serta seluruh warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Nur Hazwani binti Karim atas kejayaan beliau menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D).

Sesungguhnya, kejayaan ini amat membanggakan dan diharap dapat menjadi pencetus semangat serta dorongan kepada warga UMT untuk terus cemerlang dalam mendokong aspirasi dan kegemilangan UMT.

Semoga YBrs. Dr. terus melakar kecemerlangan dan menyumbang kepada kegemilangan UMT pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

🌊✨ CALLING FUTURE ACADEMICS ✨🌊Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuka peluang kepada calon PhD semester akhir dan g...
13/05/2026

🌊✨ CALLING FUTURE ACADEMICS ✨🌊

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuka peluang kepada calon PhD semester akhir dan graduan yang sedang menunggu kelulusan Senat untuk menyertai komuniti akademik kami sebagai pensyarah.

📚 Bidang Kepakaran Diperlukan:
⚓ Logistics / Port Management
⚖️ Law and Policy
🦺 Occupational Safety and Health
👥 Management

📌 Kelayakan:
✔️ Calon PhD semester akhir
✔️ Menunggu kelulusan Senat

📄 Dokumen diperlukan:
• Curriculum Vitae (CV)
• Expression of Interest

📧 Hantar permohonan kepada:
Dr. Ahmad Fayas Bin Ahmad Najib
[email protected]

📩 CC kepada:
Puan Fadzilah binti Ambak
[email protected]

🗓️ Tarikh tutup permohonan:
31 Mei 2026

Jom menjadi sebahagian daripada warga akademik UMT dan bersama meneroka lautan ilmu demi kelestarian sejagat 🌍⚓

Address

Kuala
21030

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengajian Maritim UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fakulti Pengajian Maritim UMT:

Share