Puan Khadijah Page

Puan Khadijah Page Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puan Khadijah Page, Investing Service, No. 3B-c Jalan Sungai 3/4, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Kuala.

🌍 Ekonomi Global Semakin Perlahan β€” Dan Nampaknya Tak Dapat Dielakkan LagiWalaupun gencatan tarif antara US dan China ba...
24/07/2025

🌍 Ekonomi Global Semakin Perlahan β€” Dan Nampaknya Tak Dapat Dielakkan Lagi
Walaupun gencatan tarif antara US dan China bagi sedikit nafas, tapi hakikatnya ekonomi dunia sedang menuju ke arah perlahan.
Sejak 2010, ekonomi global berkembang pesat β€” inflasi rendah, perdagangan meriah, dasar kewangan longgar. Tapi zaman tu dah berlalu.
Sekarang?
πŸ”» US dan China mula β€˜bercerai’ dari segi ekonomi.
πŸ”» Perang teknologi makin ketara β€” sekatan eksport cip, software, logam rare earth.
πŸ”» Tarif tinggi merata β€” auto, keluli, farmaseutikal pun mungkin terlibat.
πŸ”» Rantaian bekalan terganggu.
πŸ”» Kos perniagaan meningkat.
πŸ”» Pelaburan dan keyakinan mula goyah.
Kesan sebenar mungkin belum nampak sepenuhnya dalam data ekonomi… tapi gelombang tu dah bergerak.
πŸ“† Tarikh penting:
β†’ 8 Julai (tamat gencatan global)
β†’ 11 Ogos (untuk China)
Kalau tarif kekal atau naik, tekanan ekonomi akan jadi lebih besar. US p**a dijangka terus kenakan cukai tinggi sebab nak tampung belanja bajet dan potongan cukai Trump.
Menurut laporan World Bank, pertumbuhan ekonomi global dijangka jatuh ke 2.3% tahun ini (berbanding 2.8% tahun lepas).
US p**a dijangka hanya berkembang 1.4% β€” jauh lebih perlahan dari sebelumnya.
Kita sedang masuk fasa deglobalisasi β€” perdagangan makin ketat, dasar negara makin mementingkan β€˜diri sendiri’. Dan ini akan ubah banyak perkara dalam perniagaan, pekerjaan dan pasaran dunia.
πŸ‘‰ Soalannya sekarang:
Adakah kita dah bersedia hadapi ekonomi yang lebih perlahan dan dunia yang makin terpisah?

23/07/2025

Gen Z nak kaya? Buat perkara ini!

β˜€οΈ Saham Kajian: Samaiden Terima Dorongan Biotenaga1. Samaiden disenarai pendek untuk program Tarif Galakan (FiT) 2.0 ol...
22/07/2025

β˜€οΈ Saham Kajian: Samaiden Terima Dorongan Biotenaga
1. Samaiden disenarai pendek untuk program Tarif Galakan (FiT) 2.0 oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
2. Syarikat berjaya memenangi tawaran kerja untuk dua loji biojisim dan satu loji biogas.
3. Perjanjian pembelian kuasa (PPA) ini berlangsung selama 21 tahun.
πŸ“Œ Harga sasar (TP) kekal pada RM1.44 dan berpotensi menaik

[3 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MELABUR SAHAM]♦ Sebelum anda melibatkan diri dalam pelaburan saham, pastikan and...
19/07/2025

[3 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MELABUR SAHAM]
♦ Sebelum anda melibatkan diri dalam pelaburan saham, pastikan anda ketahui dan bersedia dalam 3 aspek berikut:
1. Gunakan wang lebihan sebagai modal pelaburan.
🟣 Wang lebihan merujuk kepada wang yang tidak digunakan dalam tempoh 1 tahun dan ke atas dan bukannya wang komitmen dimana anda terdesak mahu menggunakannya dalam masa terdekat seperti wang bayaran ansuran rumah, ansuran kereta, atau wang perbelanjaan harian anda sekeluarga.
🟣 Jangan sesekali menggunakan wang pinjaman atau berhutang dengan sesiapa sahaja untuk melabur saham. Anda perlu melabur dalam keadaan emosi yang tenang dan stabil untuk berjaya menjana keuntungan secara konsisten dalam pasaran saham.
2. Fahami ilmu asas pelaburan saham.
🟣 Pelaburan saham melibatkan risiko. Sebelum anda mula melabur anda perlu fahami apa yang anda sedang lakukan dan apa risiko yang perlu anda tanggung.
🟣 Antara ilmu asas pelaburan yang penting untuk anda kuasai sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan adalah seperti pengurusan kewangan, pengurusan risiko, analisis fundamental, analisis teknikal, dan analisis pasaran.
3. Tentukan matlamat dan buat perancangan.
🟣 Matlamat dan perancangan sangat penting dalam pelaburan saham. Tentukan apa yang anda nak capai untuk jangka masa panjang dan pendek. Ramai pelabur yang berhenti di pertengahan jalan disebabkan tidak jelas dengan matlamat yang hendak dicapai dalam pelaburan saham.
🟣 Setelah tentukan matlamat, buat perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat dan perancangan perlu dibuat dengan sangat terperinci. Masukkan setiap jumlah (RM) yang hendak dicapai dan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
🟣 Jika perancangan anda tidak berjaya, anda boleh ubah perancangan dari masa ke semasa, tetapi jangan ubah matlamat yang telah ditetapkan. Jangan berhenti berusaha sehingga anda berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki.

πŸ”Έ Pelaburan saham melibatkan risiko dan kebarangkalian. Sebelum mengambil sebarang keputusan pelaburan, setiap pelabur p...
18/07/2025

πŸ”Έ Pelaburan saham melibatkan risiko dan kebarangkalian. Sebelum mengambil sebarang keputusan pelaburan, setiap pelabur perlu bersedia dengan perancangan yang sangat teliti.
πŸ”Έ Pelabur tidak boleh mengawal pergerakan harga pasaran dan ini menyebabkan p**angan pelaburan juga berada di luar kawalan pelabur.
πŸ”Έ Pelabur hanya boleh merancang dan pada waktu yang sama perlu sentiasa bersedia menerima kerugian jika pelaburan yang dilakukan tidak menjadi seperti yang diharapkan.
πŸ”Έ Jadi perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh pelabur ialah merancang pelaburan lebih awal supaya risiko dapat diminimakan sebaik mungkin.
πŸ”Έ Peruntukkan lebih banyak masa anda untuk mengkaji saham sebelum membuat pembelian. Persediaan dan perancangan sebelum membeli saham memainkan peranan penting untuk anda berjaya dalam pelaburan saham.
πŸ”Έ Pelabur yang bersedia, lebih berpotensi tinggi untuk nampak peluang yang muncul.
πŸ”Έ Manakala, pelabur yang mempunyai perancangan yang teliti dan berdisiplin, akan berjaya melindungi modal pelaburan dengan baik dan seterusnya mereka akan mempunyai lebih banyak masa dan peluang untuk berjaya dalam pelaburan saham.

🧀Prospek Sektor Barangan Getah Masih Hambar 1. Disebabkan oleh keadaan operasi yang merugikan yang berpunca daripada tem...
17/07/2025

🧀Prospek Sektor Barangan Getah Masih Hambar
1. Disebabkan oleh keadaan operasi yang merugikan yang berpunca daripada tempoh penyelarasan inventori yang berlaku lebih lama daripada jangkaan.
2. Persaingan juga masih sengit dalam pasaran luar AS akibat strategi penetapan harga yang agresif oleh syarikat pengeluar China.
3. RHB mengekalkan saranan 'neutral' ke atas syarikat.

πŸ“Ί Streaming Masih Dikuasai Oleh YouTube & Netflix – Tapi Ada Satu Petunjuk Penting Buat PelaburMenurut statistik terkini...
16/07/2025

πŸ“Ί Streaming Masih Dikuasai Oleh YouTube & Netflix – Tapi Ada Satu Petunjuk Penting Buat Pelabur
Menurut statistik terkini dari Nielsen untuk suku kedua 2025, pasaran penstriman global masih stabil – dengan pemain utama tak banyak berubah. Empat gergasi utama masih kekal: YouTube (12.5%), Netflix (7.5%), Disney+, dan Amazon Prime Video.
Walaupun YouTube terus mendominasi dari segi jumlah tontonan, pelabur bijak akan perhatikan satu perkara penting tentang Netflix:
➑️ Kandungan original jangka panjang semakin meningkat
Ini bukan sekadar strategi kandungan. Data menunjukkan peningkatan kandungan eksklusif dan bersiri panjang di Netflix berkait rapat secara positif dengan margin keuntungan mereka.
Maksudnya, semakin banyak Netflix melabur dalam kandungan yang original dan tahan lama (seperti Stranger Things, The Crown, dan sebagainya), semakin besar peluang untuk syarikat itu menjana untung yang kukuh dan konsisten.
πŸ“Š Untuk pelabur, ini boleh jadi penunjuk penting – trend kandungan bukan sekadar hiburan, tapi juga cerminan potensi pertumbuhan kewangan sesebuah syarikat penstriman.
Netflix mungkin tak ada market share sebesar YouTube, tapi dari segi strategi bisnes jangka panjang? Mereka tahu apa yang mereka buat.
β€”
Nak faham industri media & tech dengan lebih mendalam dari perspektif pelaburan? Ini masanya untuk mula belajar tengok beyond the screen.

Assalamualaikum Berusahalah untuk selalu berbuat baik, meski kita bukan orang yang baik. Semoga dengan kebaikan akan ada...
15/07/2025

Assalamualaikum Berusahalah untuk selalu berbuat baik, meski kita bukan orang yang baik. Semoga dengan kebaikan akan ada hidayah dalam setiap tindakan.πŸ‘

Setiap tahun ramai yang teruja menantikan pelancaran iPhone model terbaru. Hadir dengan reka bentuk elegan, ciri terbaru...
14/07/2025

Setiap tahun ramai yang teruja menantikan pelancaran iPhone model terbaru. Hadir dengan reka bentuk elegan, ciri terbaru, dan memilikinya merupakan simbol status bagi sesetengah orang.
Tetapi, bagaimana jika kita berfikir sedikit di luar kotak? Kita bercakap tentang dunia saham.
Saham Syarikat Apple merupakan antara saham paling berjaya di dunia. Inilah sebabnya membeli saham Apple mungkin merupakan satu langkah yang hebat:
1) PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG
Nilai Apple dalam pasaran telah meningkat secara konsisten selama bertahun tahun. Apabila kita melabur dalam saham mereka, kita sebenarnya melabur dalam visi, inovasi dan masa depan mereka. iPhone mungkin hanya bertahan beberapa tahun, tetapi saham itu berpotensi memberi p**angan untuk beberapa tahun akan datang.
2) DIVIDEN DAN POTENSI PULANGAN
Apple diketahui memberikan dividen kepada pemegang saham mereka. Jadi, daripada berbelanja untuk sesuatu yang akan menyusut nilai seperti telefon, memiliki saham boleh memberi kita potensi p**angan kewangan dan juga pendapatan pasif dari masa ke semasa.
3) JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA GAMBARAN YANG LEBIH BESAR
Jika memiliki saham Apple, kita merupakan sebahagian daripada perjalanan mereka. Kita mengambil minat khusus dalam kejayaan dan cabaran mereka. Ia bukan hanya tentang memiliki produk, ia juga tentang menjadi sebahagian daripada kisah ekonomi global.
Apa kata daripada bersusah payah berhabis duit sekarang dgn membeli iPhone terbaru, anda labur dalam fund yang boleh menghasilkan dividen setiap tahun. Anda belilah iPhone terbaru dari hasil dividen tersebut. Bijak ke bijak?
Jadi, setiap kali anda rasa ingin membeli iPhone terkini, fikir dahulu. Adakah anda ingin memiliki teknologi yang mungkin ketinggalan zaman selepas beberapa tahun atau anda ingin menjadi sebahagian pemilik syarikat yang sentiasa konsisten melakari masa depan?
Memang sayang kalau tak ambil peluang melabur dalam syarikat yang gergasi macam ni.
Tak perlu modal yang besar atau labur guna USD. Hanya serendah RM100 sahaja, dah boleh melabur dalam fund yang memegang saham syarikat Apple.
Sudah tentu patuh syariah dan boleh dibuat secara online sahaja.

Kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) yang terus mendominasi sentimen pasaran menyebabkan ringgit ditutup ren...
10/07/2025

Kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) yang terus mendominasi sentimen pasaran menyebabkan ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, kata penganalisis.

Selain itu, pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 petang turut menyumbang kepada penyusutan nilai ringgit.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2500/2540 berbanding dolar AS daripada paras 4.2365/2445 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata secara keseluruhannya, ringgit terus diniagakan dalam julat sempit.

KUALA LUMPUR: Kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) yang terus mendominasi sentimen pasaran menyebabkan ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, kata penganalisis.

Address

No. 3B-c Jalan Sungai 3/4, Taman Sri Gombak, Batu Caves
Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puan Khadijah Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share