19/02/2021
Selepas pertama kalinya menuai kopi musim lepas. Kini pokok kopi kembali hijau dan berbunga. Harum bunga kopi seakan bunga cempaka. Terhasilnya 3 seed dalam biji kopi bermula dari simbiosis mutualisme kelulut. Kelulut adalah agent terbaik untuk pendebungaan. Sekiranya pokok dijaga baik, dibaja dan dibelai dgn kasih sayang. In sya allah pokok kopi akan menghasilkan kopi yang baik dan banyak setiap bulan dan musim. Terima kasih Md Razip Hj Laitang abah saya yang banyak membantu.
Hasil tuaian lepas masih dalam proses pengeringan dan proses pengasingan husk kopi kemudian akan disangrai oleh master roaster iaitu kakak saya Norien Hassan. (Akan saya update kelak)
Ada yang tanya saya mengapa kopi malaysia mahal? Antara jawapannya adalah. Kopi malaysia rare dan limited. Mengikut statistik hanya 5% sahaja kopi Malaysia. Dan selebihnya 95% adalah diimport dari luar negara. Dalam pengiraan saya 100kg buah kopi cherry hanya penghasilkan 7-10kg kopi beras. Sangat limited.
1 pokok yang dijaga rapi boleh menghasilkan 1-3kg buah kopi cherry semusim. 1 hektar kebun integrasi, pokok kopi boleh ditanam dalam 1280 disilang dengan pokok kelapa dan hasil boleh mencapai 3 tan untuk 1 hektar. 3tan tu hanya jadi 200-300kg sahaja biji kopi. Banyak ke? Tak banyak tuan-tuan. Jom lah tanam kopi yang mana ada kebun kelapa. Tak ada kebun pun boleh tanam kat pasu. Pun boleh berbuah juga. Tak percaya? Sila cuba. Teringin nak tengok Malaysia jadi pengeskport terbesar kopi liberica. Mungkin 1 hari nanti. Amin in sya allah. Liberica premium coffee.
Dulu atok nenek kita tanam kopi. Tetapi kopi kian tenggelam akibat tiada pekerja untuk petik kopi. Dan harga sawit tengah mencanak ketika itu. Kebun kopi dan koko banyak dihapuskan untuk tanaman sawit. Kini harga sawit dah tak menentu. Tukang sabit sawit pun dah kurang. Pekerja pemborong sawit yang sedia ada main harga untuk bekerja. Akan datang tuan kebun sawit kena punggah sawit mereka sendiri. Jadi masa sekarang lah masa yang sesuai untuk mengubah tanaman kebun. Kelapa+kopi+kelulut. 3 hasil boleh dapat dalam 1 kebun. Mantap tak? Untuk pasaran 3 ni memang tak cukup.
Berbalik pada kopi, Average orang malaysia minum kopi 3 cawan. Sebulan 500g-1kg penggunaan kopi dan ada yang lebih. Mengubah mindset orang malaysia untuk minum kopi arang memang susah. Sebab dah sebati ditekak orang Malaysia. Tapi jika kita tak mula dari group Peminat Kopi bagaimana kita nak ubah mindset orang untuk minum kopi sihat seperti negara-negara lain?
Sekian sahaja coretan saya. Falsafah orang putih berkata . Doakan saya dapat membuka pusat pemprosesan kopi, kilang sangrai kopi, dan cafe untuk memperluaskan lagi pasaran kopi Malaysia ke pasaran luar negara. Ayuh martabatkan kopi Liberica!