23/03/2021
Dengan berbagai usaha dan pendekatan penguatkuasaan Akta-akta yang ditadbir oleh PERKESO, jumlah majikan dan pekerja berdaftar terus meningkat. Alhamdullilah. Akan tetapi, tindakan sebilangan kecil majikan yang gagal berdaftar dan mencarum ini menyebabkan kebajikan pekerja mereka terabai apabila berlaku sesuatu kejadian luar jangka.
PERKESO boleh sahaja mengenakan kompaun atau mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana majikan yang gagal berdaftar ini. Namun itu bukanlah keutamaan PERKESO kerana sebagai agensi yang bertanggungjawab kepada majikan dan pekerja, PERKESO lebih kepada membina hubungan baik diantara majikan, pekerja dan PERKESO sebagai agensi kerajaan yang berkaitan.
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-50, PERKESO telah melancarkan Kempen βProud To Registerβ di seluruh negara untuk memastikan majikan yang BELUM BERDAFTAR DAN MENCARUM PEKERJA agar mengambil tindakan yang sewajarnya.
Menerusi kempen yang akan berakhir pada 30 Jun 2021 ini, majikan bukan sahaja akan diberi diskaun terhadap kompaun malah PERKESO akan mengecualikan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB). Tambahan p**a, sebarang pendaftaran secara dalam talian menerusi Portal ASSIST, dalam tempoh kempen tersebut, majikan akan dianugerahkan Sijil Penghargaan secara digital. Justeru tiada lagi alasan untuk tidak berdaftar dengan PERKESO.