06/06/2021
MEDICAL CARD COVER COVID19?
Ramai tertanya-tanya sama ada medical card cover rawatan hospital akibat Covid19.
Secara umumnya, insurans/takaful tak cover pandemik (kecuali sesetengah plan lama yang tiada klausa pandemik). Namun atas ihsan dan keprihatinan, ada syarikat-syarikat yang bagi coverage tertentu. Ini seharusnya dipuji.
Setiap syarikat berbeza-beza syaratnya. Tapi biasanya ada had tertentu seperti tempoh dan nilai perlindungan, tahap penyakit dll. Dalam gambar ni yang Pru cover (rujuk kotak hijau).
Namun begitu, pada pendapat saya, semua itu tidak penting. Dan saya nasihatkan supaya jangan terlalu seronok dengan apa-apa jua coverage rawatan hospital swasta bagi kes Covid19 dari mana-mana syarikat sekalipun.
Kenapa?
Sebab saya bimbang ada banyak kos-kos sampingan yang medical card tak cover. Contohnya baju PPE, dan apa-apa langkah keselamatan luar biasa lain yang perlu diambil oleh pihak hospital sewaktu anda dirawat. Semua itu akan dicaj oleh pihak hospital dan belum tentu medical card akan cover.
Contohnya bil 10K, hanya 7K sahaja melibatkan rawatan hakiki dan lagi 3K kos PPE dan lain-lain. Jadi mungkin andalah yang kena bayar lagi 3K tu.
Selain itu, setahu saya tak banyak pun hospital swasta yang nak terima pesakit Covid19 sebab risikonya terlalu tinggi.
Namun begitu, harus diingat bahawa hakikat keadaan sekarang hospital kerajaan memang mengutamakan kes Covid19 dan hospital kerajaan pun dah penuh.
Jadi, baaaanyak lagi penyakit lain yang memerlukan rawatan segera, yang sekiranya ditangguh akan menjadi lebih teruk. Di sinilah medical card memainkan peranan kritikal dalam memastikan anda mendapat rawatan yang cepat dan selesa di hospital swasta.
**********
Sukacita juga saya maklumkan di sini bahawa semalam Pru mengumumkan bahawa mereka cover rawatan hospital sekiranya terdapat kesan sampingan teruk akibat vaksinasi Covid19.
Lutfi Lukman
ALL Wealth Consultancy
Disclaimer: Ini hanyalah penulisan peribadi yang tidak mewakili mana-mana syarikat.