Eja Agency

Eja Agency Perbaharui Insurans dan Cukai Jalan Tanpa Geran

Siapa patut berhenti?Penguat kuasa ada kuasa.Pembesar negeri ada kuasa.Tapi bila lembu melintas…Semua kuasa kena parking...
19/08/2026

Siapa patut berhenti?

Penguat kuasa ada kuasa.
Pembesar negeri ada kuasa.
Tapi bila lembu melintas…
Semua kuasa kena parking tepi dulu

Cukup seekor lembu melintas,
satu jalan boleh jadi milik dia!

05/08/2026

Bukan semua orang tahu perkara ini.
Sebab itu saya kongsikan, supaya lebih ramai pemilik kenderaan E-Hailing
dapat membuat perancangan lebih awal.

Kenapa Premium Insurans E‑Hailing Semakin Tinggi ???

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini,
Premium insurans untuk pemandu e‑hailing meningkat dengan ketara:

2024: RM550

2025: RM975

2026: RM1,350

2027 (jangkaan): RM1,800

2028 (jangkaan): RM2,100

Namun,
walaupun harga semakin tinggi,
banyak syarikat insurans memilih untuk menarik "HandBrake"
daripada pasaran.
Sebagai contoh,
Generali Insurance telah menghentikan penyediaan perlindungan untuk segmen e‑hailing.

Mengapa ini berlaku?

Risiko kerja gig lebih tinggi – di Malaysia, pemandu biasa mungkin hanya memandu sekitar 2 jam sehari, tetapi pemandu e‑hailing bekerja lebih 10 jam sehari.

Kadar kemalangan dan tuntutan meningkat –
laporan dari Singapura sudah membuktikan pekerja gig mencatatkan separuh lebih banyak kes kemalangan kerja berbanding pekerja biasa.

Premium semasa belum cukup menguntungkan – kadar RM1,350 masih belum benar‑benar menutup risiko tuntutan, menyebabkan syarikat insurans tidak berminat.

Saya percaya premium akan terus meningkat secara berperingkat sehingga sekitar RM2,100 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pada tahap itu,
Pengendali insurans akan mula kembali masuk ke pasaran, kerana harga dianggap setimpal dengan risiko sebenar.

Credit
Rakyat E-Hailing

30/07/2026

Terengganu Jadi Saksi
Satu hati,
Satu Jalan,
Deruman Enjin
Mengikat Erat
Tali Persaudaraan

Ride Save,
Ride Proud,
Ride Forever

Selamanya Luncurrr Santai

21/07/2026

Dalam kesibukan dunia masakini,
kadang-kadang kita terlupa satu perkara penting...

Bukan sekadar untuk elakkan saman semata-mata,
Tetapi demi ketenangan setiap kali berada diatas jalan raya.

Pastikan insurans dan roadtax sentiasa aktif.

Maksud OD + KFK dalam insurans kenderaan sebenarnya,:OD ( Own Damage ) 👉 Perlindungan untuk kerosakan pada kereta anda s...
29/06/2026

Maksud OD + KFK
dalam insurans kenderaan sebenarnya,:

OD ( Own Damage )
👉 Perlindungan untuk kerosakan pada kereta anda sendiri akibat kemalangan, kebakaran, atau bencana tertentu.

KFK ( Knock-for-Knock )
👉 Kaedah tuntutan di mana syarikat insurans anda akan baiki kereta anda dulu, walaupun kemalangan bukan berpunca dari anda. Kemudian syarikat insurans akan tuntut balik kos daripada insurans pihak yang bersalah.

💡 Ringkasnya:
OD = cover kereta sendiri.
KFK = proses tuntutan mudah bila bukan salah anda, insurans anda settle dulu, kemudian mereka claim balik dari pihak lawan.

“Third Party Body Injured” dalam konteks insurans kenderaan ialah,👉 Ia merujuk kepada perlindungan insurans untuk kecede...
29/06/2026

“Third Party Body Injured”
dalam konteks insurans kenderaan ialah,

👉 Ia merujuk kepada perlindungan insurans untuk kecederaan badan yang dialami oleh pihak ketiga
( orang lain selain pemandu atau pemilik kenderaan yang diinsuranskan ) akibat kemalangan yang melibatkan kenderaan anda.

👉 Contoh situasi:

Jika anda melanggar seorang pejalan kaki dan dia cedera,
Insurans Third Party Body Injured akan menanggung kos rawatan atau pampasan kepada mangsa.

Jika anda melanggar kereta lain dan pemandunya cedera, perlindungan ini juga meliputi kecederaan pemandu tersebut.

🚨 Contoh situasi ke2,yang Ramai tak tahu !!!

Walaupun penunggang motosikal yang salah dalam sesuatu kemalangan, mereka masih boleh buat tuntutan
*Third Party Body Injury* atas kereta yang terlibat.

Kenapa?
Sebab dari sudut insurans, mereka tetap dikira “pihak ketiga” yang cedera.
Tapi ingat ⚠️ — tuntutan ni hanya untuk kecederaan, bukan untuk baiki motosikal.

Ia hanya fokus kepada pihak ketiga yang terlibat.

Dipendekkan Cerita..

👨‍🦯 Kalau terlanggar pejalan kaki → insurans tanggung kos rawatan.
🚘 Kalau pemandu kereta lain cedera → insurans cover pampasan mereka.

👉⚠️ Nota penting: Tak cover pemandu & penumpang dalam kereta anda sendiri.

Faham ke Faham 😎

Lebih 50,000 polisi insurans, takaful masih belum dituntut waris•BNM lancar portal Semak Kasih bantu waris semak tuntuta...
28/06/2026

Lebih 50,000 polisi insurans, takaful masih belum dituntut waris

BNM lancar portal Semak Kasih bantu waris semak tuntutan insurans, takaful

Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan portal Semak Kasih bagi memudahkan waris menyemak sama ada ahli keluarga mereka mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih belum dituntut.

Timbalan Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, portal itu membolehkan waris membuat semakan dan menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful untuk proses tuntutan.

Beliau berkata, masih ramai waris tidak menyedari ahli keluarga yang telah meninggal dunia meninggalkan manfaat insurans atau takaful untuk mereka.

Menurut anggaran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), kira-kira 50,000 polisi insurans dan sijil takaful melibatkan manfaat kematian masih belum dituntut.

Katanya, syarikat insurans dan takaful sebelum ini telah mengambil pelbagai langkah termasuk menghantar surat dan menghubungi waris menerusi ejen, namun portal Semak Kasih dijangka dapat memudahkan proses tersebut.

Beliau turut menggalakkan orang ramai mendapatkan perlindungan insurans atau takaful sebagai persediaan menghadapi musibah seperti penyⱥkit, kemⱥlangan dan kebⱥkaran, selain membantu menjamin kebajikan keluarga pada masa depan.

21/06/2026

7 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Pelancong Malaysia Ketika Masuk Ke Thailand.

Kesalahan simple yang sering dilakukan oleh pelancong Malaysia di Border Thailand. Ramai yang ambil mudah atau tergesa-gesa untuk masuk ke Thailand.
Ramai juga kali pertama ingin membawa kenderaan ke Thailand.
Mereka sering melakukan kesalahan simple.
Masa tu p**a border penuh sesak dengan pelancong.
Dah la nak beratur sampai Ke Imigresen ambil masa dua tiga jam. Tiba-tiba ada kesalahan kecil yang membuat kita kena baris semula. Jenuh !

Imigresen p**a tension dengan kerja.
Al Maklumlah Imigresen pun manusia. Kena angin tak baik….mendapat la kita.

Kita pun naik angin 😤

Hahaha, kekadang kesalahan kecil akan membuat kita kecewa. Oleh itu semak semua dokumen sebelum masuk.

Antara Kesalahan yang selalu dilakukan

1. Pasport Kurang 6 Bulan
Tempoh Sah
2. Tidak Isi TDAC
(Thailand Digital Arrival Card)
3. Tidak Ambil Insurans
Thailand
4. Dokumen Kenderaan Tidak
Lengkap
(Isu Geran Kenderaan)
5. Tidak Isi Borang TM2 & TM3
6. Tidak Semak Cop Dalam
Pasport
7. Tiada Nombor Kecemasan &
Sandaran
(Backup) Dokumen

Kredit to
Cikgu Joe.

Selamat Membaca

02/06/2026

Kalau
"Bukan salah awak" !!!

Tak semestinya perlu berurusan dengan insurans pihak lawan.

Melalui sistem OD-KFK,
awak boleh claim melalui insurans sendiri dan NCD kekal,
"NCD tidak terjejas sekiranya tuntutan OD-KFK diluluskan dan kemalangan disahkan bukan berpunca daripada pemegang polisi."

Tertakluk kepada pengesahan liabiliti pihak yang bersalah."

Address

0
Kuala
20100

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 18:00
Sunday 09:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eja Agency posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eja Agency:

Shortcuts

Share