Ezani Urus Mudah Pusaka

Ezani Urus Mudah Pusaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ezani Urus Mudah Pusaka, Financial service, Bandar Puncak Alam, Kuala.

Jemput tonton di TVAlHijrah
21/09/2022

Jemput tonton di TVAlHijrah

08/06/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِسلام رابو
8 ذوالقعدة 1443ه
8 جون 2022

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah ampunilah kami, tutupilah segala kelemahan kami.

Ya Allah perbetulkanlah kepincangan ibadah kami, masalah hati kami dan kelalaian dalam ibadah kami.

Ya Allah apa yang kami perlu perbaiki itu tidak akan berhasil tanpa bantuan-Mu Ya Rabbul Jalil.

Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami kekuatan iman dan keyakinan untuk menerokai kejayaan dunia dan akhirat..

Ya Allah jadikanlah kami insan yang berpandangan jauh, komited dengan kehendak dan perubahan zaman.

Ya Allah tanamkanlah ke dalam hati sanubari kami sifat amanah, tanggungjawab dan iktikad agar taat mengerjakan suruhan-Mu dan menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah jadikanlah kami redha menerima dugaan-Mu dan ikhlas mengerjakan segala amalan.

Ya Allah peliharalah kami agar sentiasa di dalam sihat sejahtera dan aman bahagia sepanjang zaman.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami petunjuk dan panduan agar kami mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Ya Allah limpahkan ketakwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan dan kesungguhan untuk beribadah dan lindungi kami dari pelbagai fitnah.

Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.

Ya Allah jadikanlah kami melakukan semua ibadah kami dengan bersungguh sungguh semata mata untuk mendapat keredhaan dan ganjaran-Mu.

Ya Allah akhirkanlah hidup kami dengan Islam, akhirkanlah hidup kami dengan iman dan akhirkanlah hidup kami dengan husnul khotimah.
ُ
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian kaum muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

12/05/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ وَجَعَلَنَا اللهُ وَاِيَّاكُمْ مِنَ الْعَاءِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ كُلُّ عاَمٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

_“Semoga Allah menerima (amal ibadah) kami dan kamu, Wahai Allah Yang Maha Mulia, terimalah! Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang serta diterima (amal ibadah). Setiap tahun semoga kamu semua senantiasa dalam kebaikan.”_

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari kami sekeluarga

Bahaya betul. Ini melibatkan banyak hal di kemudian hari.
20/04/2021

Bahaya betul. Ini melibatkan banyak hal di kemudian hari.

Putrajaya: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan dua individu termasuk seorang doktor yang dipercayai mendalangi sindiket pemalsuan maklumat kelahiran.

Marhaban ya Ramadan ⭐Bersempena bulan yang penuh Barakah dan keampunan yang akan tiba pada esok hari, kami sekeluarga me...
12/04/2021

Marhaban ya Ramadan ⭐

Bersempena bulan yang penuh Barakah dan keampunan yang akan tiba pada esok hari, kami sekeluarga mengucapkan 'Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan'.

Semoga dengan keberkatannya, kita dapat perbaiki dan meningkatkan lagi amal ibadah kita kepada yang Esa 🌹Menyucikan hati dengan zikir dan puasa. Serta membantu yang memerlukan, menjaga lisan dan saling memaafkan untuk mendapat kerahmatan olehNya. ✨

Salam Ramadhan 1442H.

RENUNGAN SUBUH(KHAMIS)27 Rejab 1442 H11 Mac 2021 Mعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى ...
11/03/2021

RENUNGAN SUBUH
(KHAMIS)
27 Rejab 1442 H
11 Mac 2021 M

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
(رواه الترمذي)

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu.

(Hadis riwayat Tirmizi)

28/01/2021

Faraid adalah kasih sayang

Pengiraan pecahan 🍕. 1/8 lagi banyak drpd 1/6. 🤭 Betul ke?
07/01/2021

Pengiraan pecahan 🍕.

1/8 lagi banyak drpd 1/6.

🤭

Betul ke?

03/01/2021

Alhamdulillah hujan rahmat dari lepas isya semalam sehingga pagi ni. Nyaman. Bagaimana suasana di tempat kalian semua?

Kodok berbunyi setelah hujan,
Hujan membasahi badan jalan,
Sambut pagi dengan kegembiraan,
Segala usaha jangan dijadikan beban.

Alhamdulillah & selamat tahun baru 2021.Semoga apa yang kita impikan akan dirancang dengan baik & insyaAllah Allah permu...
02/01/2021

Alhamdulillah & selamat tahun baru 2021.

Semoga apa yang kita impikan akan dirancang dengan baik & insyaAllah Allah permudahkan perancangan kita menjadi kenyataan.

Pagi tadi baru berkesempatan menemui klien takaful saya. Sambil tu, menyerahkan sedikit cenderahati  ni. Moga beliau terus maju jaya.

Tengahari p**a, memenuhi impian orang nak pasang boltless rack. Belikan & hantarkan. Saya nak pasangkan tetapi beliau kata nak pasang sendiri. Alhamdulillah telah selamat serahkan kepadanya. Boltless rack sekarang ni dah ada variasi warna; krim, hitam, merah jambu & merah hati. Dulu, warna biru&kuning. Mungkin ada permintaan dengan warna baru ni, pengilang buatkan. Cantik juga. Maaf, gambar boltless rack warna krim, merah jambu & merah hati tiada. Jika nak, boleh hubungi saya. Harga boleh bincang ;-).

Apa pun yang kita lakukan adalah untuk kepuasan diri dan pelanggan. Jika kepuasan tiada, maka cacatlah perundingan itu.
......................................................

Detik demi detik,
Hari demi hari,
Hingga bulan demi bulan,
Telah mengusung banyak cerita…

S**a dan duka,
Menjadi warna nyata dalam hidup kita.
Tapi biarkan semua menjadi kenangan,
Yang terpahat dalam memori yang lepas.

Kini,
Tahun baru telah mendatangi kita,
Masanya untuk perbaiki diri,
Berazam ke arah kejayaan.

Kita buka lembaran baharu,
Dengan azam baharu,
Dan semangat yang baharu.

Selamat Tahun Baru 2021

27/11/2020
Segment Bicara Pakar: Pentadbiran Harta Pusaka & Wasiat.Jom tonton dipautan di komen.
24/11/2020

Segment Bicara Pakar: Pentadbiran Harta Pusaka & Wasiat.

Jom tonton dipautan di komen.

Address

Bandar Puncak Alam
Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ezani Urus Mudah Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share