13/04/2023
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘loading’?
➡️ Loading merupakan salah satu jargon dalam industri insurans yang sebenarnya boleh diistilahkan sebagi ‘caj tambahan’. Caj tambahan ini dikenakan oleh syarikat insurans terhadap pemegang polisi ke atas premium asas berdasarkan sesuatu risiko.
➡️ Antara faktor risiko yang diambil kira oleh syarikat insurans adalah faktor umur pemandu, tabiat pemandu, kapasiti enjin, sejarah memandu, kekerapan tuntutan sebelumnya, umur kenderaan dan lain-lain. Caj loading ini akan dikenakan bagi memastikan ia setimpal dengan risiko yang akan ditanggung oleh syarikat insurans.
Berapakah caj loading yang dikenakan?
➡️ Kadar caj atau peratusan loading yang ditetapkan oleh setiap syarikat insurans adalah berbeza-beza meskipun untuk satu risiko yang sama. Biasanya, peratusan loading yang ditetapkan adalah di antara 15% hingga 35%. Semakin tinggi risiko yang ditanggung oleh syarikat insurans, semakin tinggi kadar yang akan dikenakan bagi menutup pendedahan berisiko tinggi.