28/11/2022
𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜
1. Selalu sangat kita dengar kisah tentang kasih sayang seorang suami yang tinggalkan harta dan wang kepada isteri dan anak-anak untuk meneruskan hidup.
2. Tapi jarang sangat kita dengar kisah tentang kasih sayang seorang isteri yang tinggalkan harta dan wang untuk suami dan anak-anak bagi meneruskan kelangsungan hidup.
3. Hari ini aku nak berkongsi cerita tentang kasih sayang seorang isteri kepada suami dan anak-anaknya.
4. Kisah ini di ceritakan kepada aku oleh Agency Director (AD) Faries Rodzik.
5. Setahun yang lepas, pada tanggal 5 Julai 2021 sijil Takaful si isteri bersama FWD Takaful Berhad bernilai RM500K dengan caruman RM172.91 sebulan inforce dengan jayanya di bawah kendalian AD Faries.
6. Si isteri tergerak hati untuk sign up sijil Takaful ini dengan peratusan bahagian suami sebanyak 40% dan baki lagi 60% di serahkan kepada anak-anak sebagai penerima hibah.
7. Akta IFSA 2013 Hibah Takaful tak boleh di cabar keabsahannya di mahkamah dunia dan kalis pemungut hutang.
8. Si isteri seorang yang sihat dan rajin bersukan.
9. Pada bulan Jun 2022 nan lalu, sewaktu di Korea si isteri mengalami sesak nafas selepas bangun pagi.
10. Kemudian si isteri rebah, pengsan dan koma.
11. Dipendekkan cerita si isteri diterbangkan p**ang ke Malaysia dan di masukkan ke HKL dan si isteri meninggal dunia di sana.
12. Doktor yang merawat mengesahkan arwah meninggal dunia di sebabkan Cardiac Arrest (serangan jantung).
13. Arwah mengambil Hibah Takaful RM500K di bawah pelan Future First.
14. Salah satu features pelan Future First adalah waris akan menerima bayaran 10% dari jumlah pampasan secepat 3 hari bekerja tanpa siasatan bila mana pihak syarikat FWD Takaful menerima complete dokumen sijil mati pemilik polisi.
15. Dalam kes arwah, keluarganya menerima pampasan 10% dari jumlah pampasan RM500K bersamaan RM50K pada tarikh 8 Julai 2022. (Rujuk gambar kedua).
16. 10% advance ini boleh di umpamakan macam khairat kematian.
17. Dengan advance 10% dari jumlah pampasan secepat 3 hari bekerja ini, diharapkan dapat membantu mengurangkan beban kewangan waris dalam menguruskan kos pengebumian jenazah, kos tahlil, kos untuk selesaikan hutang arwah, untuk tampung kos urusan harta pusaka, kos meneruskan kelangsungan hidup dan lain-lain.
18. Manakala baki 90% pampasan arwah yang berjumlah RM450K memang mencabar kewibaan dan kesabaran AD Faries untuk menguruskannya.
19. Sebenarnya kes arwah ni agak complicated sebab dalam report doktor HKL turut menyatakan arwah juga ada penyakit Diabetes Mellitus tahap 2.
20. Type 2 diabetes is primarily the result of two interrelated problems: Cells in muscle, fat and the liver become resistant to insulin.
21. Because these cells don't interact in a normal way with insulin, they don't take in enough sugar.
22. The pancreas is unable to produce enough insulin to manage blood sugar levels.
23. Macam kita semua tahu, Takaful bukannya di beli dengan wang ringgit. Takaful di beli dengan kesihatan dan masa.
24. Syarikat Takaful tak cover orang yang dah ada penyakit dalam badan.
25. Pada awalnya ada sedikit perbezaan pendapat dengan PIC di bahagian Claim Department yang menyangka arwah atau ejen sengaja tak declare existing illness.
26. Tambahan p**a sijil Takaful arwah tak cecah lagi nisab setahun. Dari segi logik wajar bagi PIC untuk merasa ragu dengan kes ini.
27. Tapi mujur AD Faries tak berputus asa.
28. AD Faries bertungkus lumus lawan tetap lawan bagi menegakkan keadilan untuk keluarga arwah.
29. Proses ulang alik ke hospital untuk dapatkan report doktor untuk justify dengan pihak syarikat dah AD Faries tempuhi onak dan durinya.
30. Di tambah p**a dengan jadual doktor yang padat menyebabkan proses untuk mendapatkan report doktor agak mengambil masa.
31. Tak dapat dinafikan bantuan founder Caliph Group Boss Mohd Hamzavi yang berpengalaman 17 tahun dalam industri dan kes² sebegini membantu mempermudahkan urusan claim.
32. Akhirnya melalui report doktor, AD Faries berjaya membuktikan kepada PIC dan pihak syarikat arwah mendapat penyakit Diabetes Mellitus sewaktu mengandung dulu.
33. Dan dari rekod yang ada, berjaya dibuktikan yang arwah memang tak pernah mengambil apa² ubat berkaitan diabetes termasuklah juga menerima sebarang rawatan berkaitan diabetes.
34. Selepas 4 bulan AD Faries berjuang akhirnya pada 8 Nov 2022 yang lalu, duit pampasan hibah bernilai RM450K (sebelum ditolak charge bank) selamat mendarat ke dalam akaun bank suami tanda kasih dan sayang arwah kepada keluarganya. (Rujuk gambar ketiga)
35. Bagi anak bawah 18 tahun, pasangan yang masih hidup adalah legal guardian yang sah.
36. Semoga dengan pampasan ini dapat membantu meringankan beban kewangan suami arwah dalam membesarkan anak-anak tersayang.
37. Diharapkan juga sebahagian dari pampasan tersebut dapat digunakan untuk tujuan memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak arwah.
38. Bagi yang terbuka hati dan baru dapat hidayah untuk sign up Hibah Takaful boleh hubungi AD Faries. Trusted and experience Takaful advisor 👍
39. Moral of the story, kita selalu beranggapan suami yang akan pergi dulu menghadap Illahi dan terlepas pandang tentang perihal isteri.
40. Bagi pasangan suami - isteri yang menanggung keluarga, cadangan aku buatlah cross Hibah Takaful.
41. Suami ambil Takaful dan letakkan nama isteri tercinta sebagai penerima Hibah.
42. Dan isteri pun buat perkara yang sama ambil Takaful, letaklah nama suami sebagai penerima Hibah.
43. Andai kata salah satu yang pergi dulu, pasangan dan anak-anak kurang terbeban dari segi kewangan.
44. Dapatlah pasangan dan anak-anak meneruskan sisa² kehidupan yang tinggal.
Begitulah....