07/03/2022
Alhamdulillah, selesai rawatan laparoscopy (ovarian cyst in pregnancy), kisahnya 'kak mila' mengandung ank 1st & 2nd tidak pernah alami masalah ini.
Hasil pemeriksaan pakar buat pertama kali checkup (ank dlm kandungan 8-9 minggu), ada cyst dianggarkan 5-6cm. Pada mulanya 'kak mila' agak terkejut sbb sebelum ini tiada apa-apa simptom. Doktor minta hadir temujanji sbln seterusnya utk lihat samada cyst tersebut mengecut @ sebaliknya.
Hasil pemeriksaaan berikutnya, didapati cyst masih lagi sama dan kebiasaannya akan membesar. Tambah p**a, keadaan ketika mengandung akan menyebabkan risiko cyst utk berpusing dan selalunya akan merasa sakit yg teramat sgt. Sekiranya keadaan ini terjadi, perlu dilakukan segera pembedahan (tidak lagi boleh dibuat secara laparoscopy).
Utk rekod kenalan doktor di hospital kerajaan, kebiasaannya jika berlaku keadaan sebegini (ovarian cyst in pregnancy) bergantung pd tahap cyst tersebut, jarang utk dibuat peringkat awal, biasanya tunggu jika berlaku emergency baru terpaksa buat pembedahan. Walaubagaimanapun, di hospital swasta, ikut pandangan doktor utk elak berlaku emergency, lebih baik buat awal (dgn kaedah laparoscopy) utk pastikan keadaan bayi dlm kandungan slmt dsbnya.
Alhamdulillah, 'kak mila' selamat menjalani laparoscopy pd 6.3.22 smlm di salam specialist hospital. Utk pengetahuan, laparoscopy hanya ambil masa sekitar 1-2 jam. Kos di hospital swasta anggaran RM11k-RM14k ('kak mila' ada caruman takaful dgn PruBSN).
Apa yg 'kak mila' kongsi, hanya pening shj akibat kesan ubat bius, hari ni 7.3.22 dah boleh berjalan mcm biasa, bayi dlm kandungan sihat.
Saya doakam semoga 'kak mila' dipermudahkan segalan urusan dan bayi dlm kandungan sentiasa sihat...inshaa Allah ank ketiga kurniaan rezeki dari Allah s.w.t...semoga bertambah bahagia keluarganya.
Sekadar berkongsi, semoga bermanfaat.