04/06/2025
Menurut data Bank Negara Malaysia:
Kadar penembusan takaful di Malaysia sekitar 18%–20% sahaja.
Sedangkan di negara maju, perlindungan insurans/takaful melebihi 70%–80% daripada penduduk.
Maknanya, daripada 10 orang rakyat Malaysia, hanya 2 orang sahaja yang ada perlindungan takaful – 8 orang lagi masih terdedah tanpa sebarang pelindungan kewangan jika berlaku musibah.
⚠️ Kenapa Ini Bahaya?
Bayangkan jika:
Seorang ayah yang menjadi pencari nafkah utama meninggal dunia tanpa takaful – anak dan isteri tiada pendapatan lagi.
Seorang ibu muda disahkan kanser, tapi tiada pelan perubatan – beban kos rawatan ribuan ringgit mungkin akan buat mereka terpaksa berhutang atau menggadai harta.
Seorang peniaga kecil terlibat kemalangan dan lumpuh – perniagaan terhenti, tiada pendapatan ganti.
Semua ini boleh diminimumkan kesannya dengan takaful – tapi ramai masih belum sedar.
🎯 Kenapa Masih Rendah?
Antara sebab utama:
1. Kurang kesedaran – ramai rasa “aku sihat, muda, tak perlu lagi”.
2. Salah faham – fikir takaful itu mahal, atau hanya untuk orang kaya.
3. Tiada keutamaan – lebih rela bayar untuk telefon, streaming, atau makan luar.
4. Tiada ejen yang bantu faham – ramai belum jumpa orang yang betul-betul terangkan secara ikhlas. 011-2072 9447
💡
“Kadar penembusan takaful yang rendah bermaksud kebanyakan keluarga di Malaysia belum bersedia dari sudut kewangan jika berlaku musibah.
Kita mungkin tak dapat elak kemalangan, penyakit, atau kematian, tapi kita boleh kurangkan kesannya dengan perlindungan takaful.
Bila ada takaful, kita bukan sahaja lindungi diri, tapi beri ketenangan kepada orang yang kita sayang.
Jangan tunggu sampai musibah datang baru nak sedar. Bila sihat dan muda, itu masa paling baik untuk ambil perlindungan."