06/01/2020
Saya bukan lah nak menunjuk. Saya hanya nak berkongsi & bagi semangat dekat korang semua untuk sama2 berjaya dalam hidup ✨
•
Korang semua pernah tak bila buka akaun bank..korang akan nampak banyak angka kosong dekat balakang!.mesti ada yg pernah & mesti ada yg belum pernah lagi kan.
•
Jom share pada masa umur berapa korang dh ada saving dalam akaun bank paling banyak?
•
Macam saya sendiri alhamdulillah di usia 20an dh ada saving lebih kurang 6 angka & dah banyak perkara sy berjaya capai impian saya sebelum ni..tapi belum sepenuhnya lagi impian sy tercapai..jadi sy perlu lebih kerja kuat utk jadikan diri saya lebih hebat untuk masa akan datang.
•
Percaya atau tak!!..bila masa nye kita dah berjaya dalam perniagaan mahupun kita dh berjaya ubah kita dari segi ada kewangan yang kuat..akan hadirnye perlbagai jenis hamba2 Allah yg sebelum ni (bukan kawan,dah jadi kawan) (yang tak kenal,dah jadi kenal skarang). Faham tak faham?
•
MAAF !!! Kejayaan aku bukan tempat untuk korang ambik kesempatan atas diri aku untuk kepentingan diri korang semua..aku dapat sebab aku usaha..aku bukan BANK atau AH LONG untuk korang buat loan ataupun pinjaman dengan aku..korang takkan nampak penat & sakitnya aku disaat aku berlawan pelbagai ujian, pelbagai hinaan & pelbagai cacian sepanjang perjalanan aku untuk ubah hidup kearah lebih berjaya.. Apa yang korang akan nampak?!! Korang hanya akan nampak disaat bila aku telah berjaya sahaja & hidup selesa sahaja.
•
Nak berjaya dalam sesuatu yg kita buat tak la susah sangat..yang penting korang jangan pernah bagi banyak alasan, buang ego tu jauh2 & bermula dengan tindakan. Korang jangan pernah berhenti selagi korang tak dapat apa yang korang nak..buat & terus buat & jangan pernah putus asa untuk mengejar semua impian anda ✨
•