26/07/2023
HIBAH TAKAFUL❗️❗️❗️
Hibah Takaful nampak seperti tidak berapa penting kerana kita rasa kita sudah ada duit simpanan dalam bank. Kita sudah ada EPF, investment dalam Unit Amanah, kita sudah ada Perkeso, kita sudah ada rumah dan kereta untuk kita tinggalkan kepada anak isteri apabila kita sudah tiada.
Ramai yang tak tahu apabila kita meninggal, semua harta kita termasuk duit dalam bank dan dalam investment yang banyak itu akan dibekukan. Nak cairkan semua tu mengambil masa yang panjang. Masa itu anak isteri kita akan terbeban kerana hilang punca kewangan yang menyara mereka.
Ketika itu lifestyle mereka terpaksa berubah kerana kekangan kewangan.
Sebab inilah HIBAH TAKAFUL merupakan antara penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini🥰🥰