Asyraff Hakim Zurich Takaful

Asyraff Hakim Zurich Takaful THE BEST NEVER REST 💪🏻

FUNGSI TAKAFUL 1. Dana Pengurusan Pusaka    Membantu mencairkan harta pusaka dengan cepat untuk urusan keluarga selepas ...
13/05/2026

FUNGSI TAKAFUL

1. Dana Pengurusan Pusaka
Membantu mencairkan harta pusaka dengan cepat untuk urusan keluarga selepas kematian.

2. Dana Pelupusan Hutang
Membantu melangsaikan hutang si mati seperti pinjaman rumah, kereta atau komitmen lain supaya tidak membebankan waris.

3. Dana Penggantian Pendapatan
Memberi pampasan kewangan kepada keluarga apabila berlaku:
* Kematian → anggaran perlindungan sekitar 10 tahun gaji
* Penyakit kritikal (CI) → anggaran perlindungan sekitar 5 tahun gaji

4. Dana Perlindungan Pendapatan
Membantu menanggung kos rawatan hospital dan perubatan melalui medical card supaya simpanan tidak terjejas.

Ramai ingat takaful cuma untuk “claim hospital”.
Sebenarnya takaful lebih besar daripada itu.

✅ Membantu urus & cairkan harta pusaka
✅ Membantu langsaikan hutang supaya waris tak terbeban
✅ Menjadi pengganti pendapatan keluarga bila berlaku kematian atau penyakit kritikal
✅ Melindungi simpanan daripada kos rawatan hospital yang tinggi

Takaful bukan sekadar perlindungan.
Ia adalah perancangan kewangan untuk orang yang kita sayang. ❤️

Hari ini kita mungkin sihat & kuat bekerja.
Tapi merancang awal memberi ketenangan untuk masa depan keluarga.

“Bersedia sebelum diuji lebih baik daripada menyesal kemudian.”

03/03/2026
03/03/2026

Kerja Kosong Ramadhan 2026 📞

4 hari warded sebab keracunan makanan.Bukan sakit biasa-biasa.Alhamdulillah, client saya masuk hospital 4 hari dan layak...
03/03/2026

4 hari warded sebab keracunan makanan.
Bukan sakit biasa-biasa.

Alhamdulillah, client saya masuk hospital 4 hari dan layak terima elaun hospital RM120 sehari.

Jumlah claim dibayar:
RM120 × 4 hari = RM480

Ramai orang ingat medical card cukup sekadar cover bil hospital.
Tapi bila tak boleh bekerja beberapa hari, siapa nak ganti pendapatan?

Sebab tu saya selalu tekankan —
bukan sekadar rawatan, tapi perlindungan kewangan ketika kita tak mampu bekerja.

Sakit tak pernah jemput.
Tapi persediaan itu pilihan.

Kalau nak semak pelan sedia ada atau nak tahu macam mana elaun hospital ni berfungsi, boleh PM saya.

Asyraff Hakim
Assistant Agency Manager
MB Group Legacy
Zurich Takaful






Dapat Surat Repricing, Rasa Nak Demam" Dilema Kesihatan 2026: Swasta Makin Keras, Kerajaan Makin Sesak? Tahun 2026 nampa...
12/01/2026

Dapat Surat Repricing, Rasa Nak Demam" Dilema Kesihatan 2026: Swasta Makin Keras, Kerajaan Makin Sesak?

Tahun 2026 nampaknya bukan sahaja mencabar dari segi ekonomi, tetapi juga dari segi akses kepada kesihatan. Sejak kebelakangan ini, peti surat ramai rakyat Malaysia (terutamanya golongan M40) menerima "surat cinta" yang meresahkan daripada syarikat Takaful/Insurans.

Berita tentang kenaikan harga caruman (repricing) yang mendadak, ada yang naik sehingga 40-50%, membuatkan ramai terduduk.

Kita kini berada dalam situasi "Dilema Tersepit".

Kos rawatan semakin "kayangan" akibat Inflasi Perubatan (Medical Inflation) yang dilaporkan antara tertinggi di Asia (12-15% setahun). Bila harga kad perubatan naik, ramai yang terpaksa lapse (batalkan polisi) sebab bajet bulanan dah "pecah". Sakit sikit, bil boleh cecah ribuan ringgit.

Bila ramai tak mampu ke swasta, mereka kembali membanjiri hospital kerajaan. Akibatnya? Wad penuh, masa menunggu di Jabatan Kecemasan (ETD) untuk kes bukan kritikal (Zon Hijau) boleh menjangkau berjam-jam. Doktor dan misi kita p**a keletihan (burnout) melayan limpahan pesakit ini.

Apa yang paling kami bimbangkan adalah trend baru: Sakit Tapi Tahan.

Disebabkan takut tengok bil swasta dan tak sanggup beratur panjang di kerajaan, ramai rakyat Malaysia memilih untuk menahan sakit atau beli ubat sendiri di farmasi tanpa nasihat doktor. "Ala, sakit dada sikit je ni. Nanti eloklah."

Sikap "tangguh rawatan" inilah punca kenapa ramai pesakit datang ke hospital apabila penyakit sudah berada di Tahap 4 atau sudah berlaku komplikasi serius. Masa itu, kos rawatan bukan lagi ribuan, tapi puluhan ribu, dan nyawa mungkin tidak dapat diselamatkan.

Dalam era "Sakit Itu Mahal", pelaburan paling bijak dan paling murah adalah PENCEGAHAN.

Jangan tunggu sakit baru nak cari duit.
✅ Jaga makan (kurangkan gula/minyak).
✅ Bersenam (percuma je joging di taman).
✅ Berhenti merokok (jimat duit, jimat paru-paru).

Ingat, tiada guna ada kad perubatan limit 1 Juta kalau badan kita sendiri rosak sebab gaya hidup kita. Dan tiada guna harapkan subsidi kerajaan semata-mata jika kita sendiri tidak menjaga amanah kesihatan ini.

Jaga diri. Zaman sekarang, sihat itu satu kemewahan.

Address

Kuala
21080

Telephone

+60199560217

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asyraff Hakim Zurich Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Asyraff Hakim Zurich Takaful:

Share