Madrasah Darul Muhajirin

Madrasah Darul Muhajirin Pusat pengajian yang berteraskan Alquran, Hadis juga kitab-kitab muktabar Yang sanadnya sampai kepada Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam.

🌹اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما🌹 _Ya Rasululllah ﷺ  , Keindahan Akhlakmu Penyelamat Ummah_  🤍MAJLIS ...
16/08/2026

🌹اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما🌹

_Ya Rasululllah ﷺ , Keindahan Akhlakmu Penyelamat Ummah_

🤍MAJLIS MAULID ARBAIN DARUL IMAN 4.0 1448H🤍

Satu Hari Satu Maulid

Hari : Selasa
Tarikh : 18 Ogos
Waktu : 7.30 Malam - 10.00 Malam
Tempat : Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong

https://maps.app.goo.gl/kKXbhoyvSDp1jPqA7?g_st=ac

Bersama Tetamu Istimeea:
- Tuan Guru Syed Suhaimi Al Aydarus
- Tuan Guru Baba Mohd Suplar bin Yahya
- Habib Ahmad Al Haddar
- Tuan Guru Ahmad Rokim

Team Qasidah
- Soutul Muhibbin

Aturcara Majlis :-
- Solat Maghrib
- Bacaan Maulid & Qasidah
- ⁠Tausiyah
- ⁠Selawat Maulid
- Solat Isya

Muslimin Muslimat dijemput Hadir
—————————————————
_Link Group Info Maulid Terengganu_🌹

https://chat.whatsapp.com/GTqIl3XXxg1FKsLIqnA0EE?mode=gi_t

ﺍﻟﺴﻠﺎﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪJEMPUTAN HADIR KE PROGRAM DAURAH TAHUNAN KITAB HIKAM BERSAMA TUAN GURU BABA ISMAIL SEPANJ...
14/08/2026

ﺍﻟﺴﻠﺎﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ

JEMPUTAN HADIR KE PROGRAM DAURAH TAHUNAN KITAB HIKAM BERSAMA TUAN GURU BABA ISMAIL SEPANJANG AL FATHONI SIRI 11 TAHUN 2026

Tarikh : 31 Ogos - 2 September 2026
Hari : Isnin - Rabu

Aturcara

31 Ogos 2026- Isnin
- Pendaftaran : 5 pm
- Sesi 1 : 8 pm - 10.30 pm
:- Pembukaan Majlis Daurah Kitab Hikam

1 Sep 2026 - Selasa
- Sesi 2 : 9 am - 11.30 pm
-: Daurah Kitab Hikam
- Sesi 3 : 2.30 pm - 5 pm
-: Daurah Kitab Mawaqif Al Marjan
- Sesi 4 : 8 pm - 10 pm
-: Daurah Kitab Hikam

2 Sep 2026 - Rabu
- Sesi 5 : 9 am - 11.30 pm
-: Daurah Kitab Hikam
- Sesi 6 : 2.30 pm - 5 pm
-: Daurah Kitab Mawaqif Al Marjan
- Sesi 7 : 8 pm - 10 pm
-: Penutup Daurah Kitab Hikam

🔖 Istimewa untuk semua yang hadir :

- Program terbuka kepada semua secara percuma
- Makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur.
- Penginapan disediakan untuk 250 peserta Muslimin dan 200 orang peserta Muslinat

⚠️ Pendaftaran awal untuk penyertaan dan penginapan boleh berhubung melalui:

1- 017-9877978 (Tuan Guru Hj Syed Suhaimi)
2- 012-9382387 (Tuan Guru Hj Mohd Suplar)
3- 017-7911870 (Yusri Kasmidim)

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

-------------------

Group Pendaftaran Penyertaan Daurah Hikam :

https://chat.whatsapp.com/L52dSPzZOXvHPIClWjAS3x?s=cl&p=a&ilr=1

MAULID ARBAIN DARUL IMAN 4.0Insyaallah Khamis ini 13 Ogos 2026, acara tahunan sambutan bulan Rabiul Awwal akan bermula. ...
08/08/2026

MAULID ARBAIN DARUL IMAN 4.0

Insyaallah Khamis ini 13 Ogos 2026, acara tahunan sambutan bulan Rabiul Awwal akan bermula.

Iftitah Maulid Arbain Darul Iman 4.0 tahun 2026.

Acara bermula jam 5 petang dengan perarakan ber motor dan diikuti perarakan Iftitah Maulid Arbain Darul Iman. Bertempat di Masjid Tok Ku Tuan Besar, Chabang.

Hadirkan diri untuk meraikan kedatangan bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran kekasih kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

🕌 REHLAH DAKWAH TERENGGANU DARUL IMAN 2026🕌Bersama Al Habib Ahmad bin Abdulrahman Al Maqdi Al Ba'lawi Al Azhariالسلام عل...
27/07/2026

🕌 REHLAH DAKWAH TERENGGANU DARUL IMAN 2026🕌

Bersama Al Habib Ahmad bin Abdulrahman Al Maqdi Al Ba'lawi Al Azhari

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan penuh takzim, pihak penganjur menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menghadiri majlis ilmu yang penuh keberkatan ini.

29–30 Julai 2026

Khamis | 30 Julai 2026

🕔 5.00 Petang – Liqa' Khas Asatizah (Muslimin Sahaja) (Tertutup)

🕗 8.00 Malam – Daurah Kitab Sulam At-Taufiq (Terbuka)

📍 Madrasah Darul Muhajirin Pondok Bukit Jong, Kuala Terengganu.

📞 Maklumat lanjut:
• Ustaz Yusri – 017-791 1870
• Ustaz Faiz – 018-249 8274

"Ayuh bersama mengimarahkan majlis ilmu. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan manfaat kepada semua yang hadir."

AKAN DATANG!! SEPTEMBER 2026Daurah Tahunan Kitab Hikam bersama Sohibul Fadhilah Tuan  Guru Hi Ismail bin Omar Sepanjang ...
11/07/2026

AKAN DATANG!!
SEPTEMBER 2026

Daurah Tahunan Kitab Hikam bersama Sohibul Fadhilah Tuan Guru Hi Ismail bin Omar Sepanjang Al Fathoni

Bertempat di Madrasah Darul Muhajirin, Pondok Bukit Jong.

🗓️ 5 HARI LAGI!!" Yang Kasih Pasti Hadir " 📜 MAJLIS SAMBUTAN HAUL TOK KU KALI KE 12🗓️ 4 JULAI 2026⏰ 10 PAGI - 11 MALAM🕌 ...
28/06/2026

🗓️ 5 HARI LAGI!!

" Yang Kasih Pasti Hadir "

📜 MAJLIS SAMBUTAN HAUL TOK KU KALI KE 12

🗓️ 4 JULAI 2026
⏰ 10 PAGI - 11 MALAM
🕌 MASJID TOK KU PALOH, KUALA TERENGGANU

PENGISIAN PROGRAM MAJLIS HAUL TOK KU KALI KE-12

🌹 1. Ziarah Makam Auliya' Menziarahi makam para auliya' dan ulama sebagai tanda penghormatan serta mengambil iktibar daripada kehidupan mereka.

🌹 2. Forum Bicara Tok Ku, Forum khas mengenai pemantapan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah serta perjuangan para ulama dalam mempertahankan akidah dan menyebarkan ilmu.

🌹 3. Bacaan Manaqib, Maulid dan Qasidah
Pembacaan manaqib Sohibul Haul dan ulama Terengganu, disertai maulid dan qasidah bagi menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan para ulama.

🌹 4. Zikir dan Munajat
Majlis zikir dan munajat memohon rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

🌹 5. Tausiyah Para Ulama
Nasihat dan bimbingan daripada para ulama dan masyaikh untuk menghayati ajaran Islam dan meneruskan perjuangan para salihin.

🌹 6. Jamuan Makan
Jamuan percuma sepanjang program untuk seluruh tetamu dan hadirin sebagai tanda ukhuwah dan mahabbah.

"Menghidupkan Warisan Ulama, Memperkukuhkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah." 🌹

26/06/2026

JEMPUTAN HADIR KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

MAJLIS SAMBUTAN HAUL TOK KU KALI KE 12
4 JULAI 2026
SABTU (10 PAGI - 11 MALAM)
MASJID TOK KU PALOH, KUALA TERENGGANU

https://www.facebook.com/share/v/19NRYxqnSo/

📢 HEBAHAN DERMA KILAT📢السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهPihak Madrasah Darul Muhajirin merayu kepada para dermawan sekalian...
18/06/2026

📢 HEBAHAN DERMA KILAT📢

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pihak Madrasah Darul Muhajirin merayu kepada para dermawan sekalian agar dapat menghulurkan sumbangan bagi baik pulih sistem pembesar suara madrasah yang telah rosak akibat sambaran petir.

Sistem pembesar suara ini amat penting untuk kegunaan azan, kuliah, pengajian kitab, majlis ilmu serta pelbagai aktiviti madrasah. Dengan izin Allah, sedikit sumbangan daripada kita mampu memastikan syiar Islam terus subur dan penyampaian ilmu dapat diteruskan dengan sempurna.

🔊 DERMA KILAT
Sumbangan Baik Pulih Sistem Pembesar Suara Madrasah Darul Muhajirin

🎯 Jumlah diperlukan:
RM3,500

💳 Akaun Sumbangan:
Bank Islam
Pusat Darul Muhajirin
1301 7010 8259 76

📞 Sebarang pertanyaan:

Tg. Syed Suhaimi Al Aydarus
017-987 7978

Tg. Baba Mohd Suplar
012-938 2387

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

"Sesiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya."
(Riwayat Muslim)

Marilah kita bersama-sama merebut peluang beramal jariah. Tidak kira besar atau kecil sumbangan yang diberikan, semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita, melapangkan rezeki para penyumbang serta mengurniakan keberkatan di dunia dan akhirat.

Mohon jasa baik untuk turut berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan.

جزاكم الله خيراً كثيرا
Semoga Allah membalas segala kebaikan tuan-tuan dan puan-puan.

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN GURU-GURU AGAMA PONDOK PANTAI TIMUR (PGAPPT)MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGANJURAN “RAIN RAVE W...
30/04/2026

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN GURU-GURU AGAMA PONDOK PANTAI TIMUR (PGAPPT)

MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGANJURAN “RAIN RAVE WATER MUSIC FESTIVAL”

Persatuan Guru-Guru Agama Pondok Pantai Timur (PGAPPT) dengan ini menyatakan pendirian tegas membantah sekeras-kerasnya penganjuran program yang dikenali sebagai “Rain Rave Water Music Festival”.

Kami berpandangan bahawa penganjuran festival seumpama ini adalah tidak selari dengan nilai-nilai agama, budaya ketimuran serta norma masyarakat Malaysia yang berpegang kepada prinsip akhlak dan kesopanan. Program hiburan melampau yang membuka ruang kepada pergaulan bebas, kelalaian dan unsur-unsur yang merosakkan akhlak adalah sangat membimbangkan, khususnya terhadap generasi muda.

PGAPPT menegaskan bahawa:

1. Menjaga akhlak dan maruah generasi adalah tanggungjawab bersama semua pihak termasuk penganjur, pihak berkuasa dan masyarakat.
2. Hiburan tanpa batas yang melalaikan serta mendorong kepada maksiat tidak wajar dinormalisasikan atas apa jua alasan.
3. Pihak berkuasa perlu menilai semula kelulusan program-program yang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan sosial dan moral masyarakat.
4. Ibu bapa dan masyarakat diseru agar lebih peka serta mengawal penglibatan anak-anak dalam aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada pembinaan sahsiah.

Sehubungan itu, PGAPPT mendesak agar pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan penganjuran festival ini demi menjaga keharmonian, keselamatan sosial serta kesejahteraan akhlak masyarakat.

Kami juga menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama mempertahankan nilai agama, memelihara maruah diri serta membina generasi yang berakhlak mulia.

“Mempertahankan Agama, Maruah dan Generasi”

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh: LUJNAH DAKWAH
Persatuan Guru-Guru Agama Pondok Pantai Timur (PGAPPT)
Tarikh: 30 April 2026

Address

Lot 5738, Kg Bukit Jong, Jln
Kuala Terengganu
21060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Darul Muhajirin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share