Wan Nazri

Wan Nazri PhD in Finance; ShRFP; 7 years in Banking; 19 years as an Academician & 28 years in Stock Mkt!

03/08/2026

Ringkasan pengerakan harga emas sejak 1929 sehingga 2026. Pelabur yang fomo beli emas sudah resah melihat penurunan harga emas. Moga memahami sejarah pengerakan harga emas boleh membantu untuk membuat keputusan pelaburan emas

1929 - 1934 - Menaik (5 tahun)
1935 -1970 - Mendatar (35 tahun)
1971 - 1973 - Menaik (2 tahun)
1974 -1975 - Menaik - bull run (1 tahun)
1976 - 1977 - Merudum - bearish (1 tahun)
1978 - 1981 - Menaik - bull run (3 tahun)
1982 - 1983 - Merudum - dead cat bounce (1 tahun)
1984 - 1985 - Sambung merudum (1 tahun)
1986 - 1987 - Dead Cat Bounce ( 1 tahun)
1988 - 1998 - Mendatar - sideways (10 tahun)
1999 - 2011 - Menaik - Bull run ( 12 tahun)
2012 - 2016 - Merudum dan mendatar (4 tahun)
2017 - 2025 - Menaik dan Bull Run (10 tahun)

2026 - ?

Dah 10 tahun menaik, tiba masanya untu pusingan seterusnya. Takda instrumen yang naik dan naik tak pernah turun.

Andaian saya, paling cepat harga emas akan naik ialah 2028, mungkin juga 2030. Sampai saat itu, keep averaging down.

02/08/2026

Berita panas di HotFM

Seorang mangsa scam pelaburan kerugian.

Ingat satu prinsip je dalam pelaburan❗️❗️❗️

"Bila melabur, rugi dah tentu (99%), untung belum tentu (1%).

Takda la dlm masa 3 jam boleh buat untung beribu ribu.

Untung beribu2 dlm masa 3 jam hanya lah dlm "skim scam pelaburan" je.

Kalau ada yg legit, dah lama EPF, PNB mampu bayar dividen 300% 😅

01/08/2026

Antara institusi atau syarikat yang di bail out oleh kerajaan sejak 1980 ialah

1. Bank Bumiputra
2. Perwaja Steel
3. Tongkah Holding Berhad
4. Renong Berhad
5. Felda Group
6. Vantris Energy a.k.a Sapura Kencana
7. Malaysia Airlines
8. 1MDB
9. LTAT
10.Tabung Haji

Setakar ini KWSP dan Petronas sahaja yang masih selamat. Adakah institusi ini akan kekal selamat?

30/07/2026

Antara syarikat yang pernah terlingkup disebabkan kes "creative accounting" ialah Serbadinamik dan juga Transmile Group Berhad.

Kalau tidak kerana diselamatkan oleh kerajaan pada tahun 2019. Tabung Haji juga berpotensi untuk terlingkup seperti Serbadinamik dan Transmile.

Dalam laporan RCI, antara perkara yang disebut ialah creative accounting yang membolehkan syarikat mengalami kerugian tapi masih membayar bonus kakitangan dan juga hibah kepada pendeposit.

30/07/2026

Perakaunan kreatif = creative accounting = menyamun = menyakau.

Pemberian hibah tinggi ketika syarikat mengalami kerugian adalah bentuk salah guna kuasa.

Walaupun nampak baik kerana ramai pendeposit dapat hibah tinggi, hakikatnya duit tersebut dtg dari duit pendeposit juga.

Ibarat skim ponzi bila mana dah takda orang join skim tsbt maka melingkup la.

Yg sedihnya rugi2 pun masih bayar hibah yg tinggi berbulan bulan kepada staff dan yg terima manfaat ialah org2 politik

Namun alhamdulillah, institusi tersebut dah pulih. Hibah dah naik utk tahun 2025. Jadi ada yang tanya saya perlu kah duit dikeluarkan.

Jawapnya tak perlu dah.

Tp tahun 2016 dulu, saya pernah bawa keluar duit dari institusi tersebut. Kembali menabung pada tahun 2023 hingga sekarang.

13/05/2026

Kepada ejen takaful

Boleh tak jangan mengelirukan masyarakat dengan term hibah.

Yang kau orang jual tu, kita sepatutnya panggil Famiky Takaful bukan Hibah.

Walaupun term hibah banyak digunakan pakai dan menyedarkan ramai dalam masyarakat.

Family Takaful adalah produk kewangan vs Hibah ialah konsep/kaedah di mana Life Takaful atau apa2 harta si mati dapat di manfaat kepada individu tertentu

Send a message to learn more

12/05/2026

Nak hapuskan subsidi Budi95 tu okay dari sudut sumber pengurusan ekonomi negara.

Tapi guna lah data dari sistem Padu kerana sistem ini mengambilkira NDI untuk pengelasan antara B40, M40 dan T20 bukan nya bersandarkan pendapatan semata-mata

T20 di Kota Bharu tidak sama dengan T20 di Putrajaya. T20 yang tiada anak berbeza dengan T20 dengan 3 orang anak berbeza dengan T20 dengan 6 orang anak.

Pada yang sama, mohon pertimbangan elaun dan pencen YB2 dan menteri juga mengikut tempoh perkhidmatan bukan jadi YB sepenggal dah dapat pencen penuh.

Apa orang kata "berat sama di jinjing, ringan sama di pikul" 😅

04/05/2026

Kenapa harga diesel di jangka turun kepada RM4.30 - RM4.50 pada minggu depan.

Di kala ura-ura perang pusingan ke 2 bakal meletus di Timur Tengah, harga minyak dunia melonjak dari $98 kepada $114 dalam masa 2 hari

Sebaliknya harga diesel di Singapura merudum dari $195 kepada $160.

Keadaan ini bertentangan dengan perang di pusingan pertama di mana harga minyak mentah sekitar $110 - $119 tetapi harga diesel di Singapura mencecah $232. Tertinggi yang akhirnya penguna diesel di Malaysia perlu membayar RM6.72

Bila perang nak masuk pusingan ke 2, sebaliknya berlaku? Apa yang sebenarnya berlaku.

Aku sekadar berspekulasi ialah ada sumber baru bekalan minyak bukan dari Timur Tengah. Bila kilang penapisan dah secure supply maka harga boleh jatuh. Hanya isu "demand vs supply".

Namun harga diesel runcit boleh melonjak naik semula jika harga minyak mentah terus melonjak ke atas.

Ada 3 IPO tetapi 2 IPO ini yang paling "hot" dan "hype".Adakah anda bercadang untuk memohon IPO ini?Sebelum memohon kena...
01/05/2026

Ada 3 IPO tetapi 2 IPO ini yang paling "hot" dan "hype".

Adakah anda bercadang untuk memohon IPO ini?

Sebelum memohon kena buat sedikit kajian dan juga strategi bagaimana nak allocate duit utk mohon IPO ini

Pada yang berminat perlu melihat kepada risk reward ratio dan juga senario bear, moderate dan bull case.

Kedua2nya tutup pada 6 Mei 2026.

Selamat mencuba...

14/04/2026

Harga diesel siap proses yang menjadi rujukan Malaysia dalam penentuan harga diesel runcit mengalami penurunan sepanjang minggu lepas.

Harga turun dari $232 kepada $194. Graf disertakan di ruang komen

Ada kemungkinan, harga diesel akan turun di bawah RM6 bermula hari khamis hingga hari rabu minggu depan.

Dan kerajaan baru umum bantuan RM400 bantuan tunai pada penguna diesel di Semenanjung

Address

Kuala Terengganu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Nazri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wan Nazri:

Shortcuts

Share

Category