Ar-Rahnu Tok Molor

Ar-Rahnu Tok Molor Kami merupakan Ar-Rahnu yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan yang patuh SYARIAH ke atas pajakan

Jom ramai-ramai singgah di Coop Farmasi BatuRakit untuk dapatkan promosi sempena Bulan Kemerdekaan ini..Anda berpeluang ...
18/08/2026

Jom ramai-ramai singgah di Coop Farmasi BatuRakit untuk dapatkan promosi sempena Bulan Kemerdekaan ini..
Anda berpeluang mendapat diskaun sehinggab 31% dengan harga yang berpatutan ‼️ .. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dipromosikan di farmasi kami ..
Promosi ini bermula πŸπŸ” π—’π—šπ—’π—¦ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐬𝐞𝐑𝐒𝐧𝐠𝐠𝐚 πŸπŸ” π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”.. Buat apa tunggu lagi, jom ramai-ramai singgah di Coop Farmasi sementara stok masih ada 😊
Untuk membuat pesanan atau pertanyaan, sila hubungi kami. πŸ‘‡πŸ»
πŸ“± 011-55891081 / https://wa.link/kqpsax

17/08/2026

Jualan Gegar Merdeka KOGURU !

16/08/2026

Dah ada penama ? kalau belum, boleh kemaskini skrg ☺️

KEMBARA INFAK KOGURU SANTUNI 110 MURID KURANG BERKEMAMPUAN DI KUALA NERUSKUALA NERUS, 14 OGOS 2026 – Koperasi Warga Pend...
15/08/2026

KEMBARA INFAK KOGURU SANTUNI 110 MURID KURANG BERKEMAMPUAN DI KUALA NERUS
KUALA NERUS, 14 OGOS 2026 – Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) meneruskan komitmen kebajikan dan keprihatinan sosial menerusi Program Kembara Infak KOGURU yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir, hari ini.
Program yang penuh keberkatan itu menyaksikan penyampaian sumbangan barangan keperluan asas kepada 110 orang murid kurang berkemampuan daripada lima buah sekolah rendah di sekitar Kuala Nerus.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Yang Dipertua PIBG SK Seberang Takir. Turut hadir ialah Pengerusi KOGURU, Haji Samsudin bin Ismail, barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), kakitangan KOGURU dan Guru-Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat.
110 PENERIMA DARIPADA LIMA BUAH SEKOLAH
Agihan sumbangan melibatkan penerima daripada lima buah sekolah seperti berikut:
* SK Seberang Takir – 30 penerima
* SK Kompleks Seberang Takir – 20 penerima
* SK Bukit Tok Beng – 20 penerima
* SK Telok Ketapang – 20 penerima
* SK Tok Jembal – 20 penerima
Program ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan, khususnya dalam menyediakan keperluan asas anak-anak, di samping memperkukuh hubungan silaturahim antara KOGURU, Jabatan Pendidikan, pihak sekolah dan komuniti setempat.
Program Kembara Infak KOGURU kali ini digerakkan oleh 12 orang ALK dan empat orang kakitangan KOGURU, dengan Haji Samsudin bin Ismail selaku Penasihat Program, Haji Juhari bin Ismail dan Haji Rohadi bin Jusoh sebagai Penyelaras Program, serta Encik Mohd Hatta bin Che Man sebagai Pengarah Program.
Penganjuran program ini turut mencerminkan peranan KOGURU bukan sahaja sebagai sebuah koperasi yang berteraskan kekuatan ekonomi anggota, malah sentiasa prihatin terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya warga pendidikan dan komuniti setempat.
Sebagai tanda penghargaan, pihak KOGURU turut menyampaikan cenderahati rasmi kepada perasmi majlis, wakil YDP KOGURU, wakil PPD Kuala Nerus serta Guru-Guru Besar kelima-lima sekolah yang terlibat.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi jamuan dan ramah mesra sebelum para tetamu dan peserta bersurai.

11/08/2026

Selamat Ulang Tahun yang ke 61 KOGURU !!

10/08/2026

Jualan Gegar Merdeka !! πŸ‡²πŸ‡Ύ Masa ni la kita borong banyak banyak ehhe jom ke Wisma Koguru hari ini ! γ‚šviralγ‚·

05/08/2026

Hidden Gems KOGURU !! γ‚šviralγ‚·

Address

Lot Pt 3623 Tingkat Bawah Bangunan Alam Mutiara Fasa1 Kg Tok Molor
Kuala Terengganu
21100

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 14:30
Saturday 09:00 - 14:30
Sunday 08:30 - 16:00

Telephone

+6096261900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ar-Rahnu Tok Molor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ar-Rahnu Tok Molor:

Shortcuts

Share