Tudung saji

Tudung saji kami ada membuat tudung saji riben sesiapa yng ingin menempah sila hubungi saya di numbur teliphon saya 01133047082 harga tudung saji besar rm40,kecil rm20

02/12/2022

Udang masak berlada

Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi, cili hidup, tomato.. Saya guna chopper jdi cantik kasar2..masa tumis letak kunyit sikit, Sos tiram.. Tadaaa siap 😁 Jangan lupa perasa kan dengan garam..

Kredit Resepi : nurulfidayu bt awang

02/12/2022

Kuih bingka pandan...
Wangi bau pandan.
Buat utk minum ptg nnti..tapi tak sempat petang dah makan dulu.alhamdulillah❤️lembut dan lemak manis.resepi yg sama tiap kali buat.

Resepi-
Bingka @ Bengkang Pandan

Bahan²:
2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn jus pandan
3/4cwn gula (kalau s**a manis letak 1cwn)
1sdt garam
2sdb marjerin/butter
4biji telur
1sdt pewarna hijau
Bijan

Cara²:
-panaskan oven pada suhu 170°c api atas bawah.
-campurkan kesemua bahan (kecuali bijan) ke dalam blender bagi sebati.
-panaskan loyang dalam 5minit
-tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan
-bakar selama 1 jam atau sehingga masak
-lps tu guna api atas 200°c selama 5 minit utk dpt kan garing dan kerak.

Foto & air tgn - Eniza M. Salim
Kredit resepi- sumber FB

02/12/2022
01/12/2022

Peminat lontong muncul lah! Hehe. Musim raya ni jom la buat kuah lontong guna resepi ini. Kalau dah teringin memang kena buat. Kan? Hehe

🍴Kuah Lontong

Bahan A [blend]
* Bawang merah 7 ulas
* Serai 2 batang
* Lengkuas (hiris nipis)
* Halia (hiris nipis)
* Udang kering 2sb
* Ikan bilis segenggam
* Buah keras 1 biji
* Kunyit hidup besar ibu jari

Bahan B
* udang segar
* kobis
* kacang panjang
* carrot
* kentang
* soohun & fucuk
* bahan perasa
* santan kotak

Cara-cara:
1. Blend hancur bahan A
2. Kemudian satukan dalam periuk bersama santan & air
3. Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang & carrot
4. Perasakan dan masukkan baki sayuran yang lain bersama udang. Dah agak lembut sayur tu boleh tutup api

🍴Sambal bilis

Bahan-bahan:
* bawang besar 3 biji
* bwg besar 1 biji (dimayang)
* cili kering kisar 3 senduk nasi
* daun pandan
* ikan bilis 2 genggam
* air asam jawa
* garam dan gula

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dah siap blend dan mayang bersama daun pandan
2. Bila warna agak kekuningan, masukkan cili blend, gula dan air asam
3. Tumis sampai bertukar warna
4. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula

🍴Bahan Lain
* nasi impit
* telur rebus

Kredit: Fatimah Saari

01/12/2022

RESEPI KUAH SOTO-

1. Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih

2. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbak

3. Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)

4. Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut s**a banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya

5. Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan
RESEPI BEGEDIL-

1. Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng

2. Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat

3. Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalau 'ok'..tepung tidak perlu

4. Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa

5. Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana
RESEPI CILI KICAP-

1. Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)

2. Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)

3. Kicap dan garam sedikit

4. Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit

Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua
Kredit : ‎Kaseh Aryssa‎

30/11/2022
30/11/2022

Nampak kecil tapi boleh buat kita rugi ratusan ringgit binatang ni... cerita dia minggu lepas aircond kereta x sejuk.. kadang2 sejuk.. bawak pegi bengkel.. konfiden kedai ckp kompresor rosak.. mmg dh siapkan bajetla nk untuk buat aircond.. total kena RM477 tukar kompresor rekon..

Lepas tukar pakai ok.. aircond sejuk.. tak sampai sehari aircond jadi balik kejap sejuk kejap panas..
Esok pegi balik kedai.. kedai buat-buat chek.. kata motor kipas aircond dah rosak.. Ok...kitapun bodoh xtau.. tukar jela motor kipas aircond RM110... lepas pasang ok.. sejuk.. x sampai sehari jadi balik..
Tiba-tiba dalam kepala otak terfikir pasal relay.. hari ni pegi sendiri kedai spare part cari binatang ni harga RM18.. Cabut sendiri dan pasang sendiri..
Alhamdulillah aircond sejuk balik.. time ni nak claim balik duit tukar kompresor dgn motor dah x guna..

Total buat kedai RM587.. berbeza total buat sendiri RM18 je.. nampak x permainan kat situ.. so, kalau kereta korang ada masalah aircond kurang sejuk.. try dulu tukar sendiri binatang ni.. RELAY nama dia..

Sumber : Wan

30/11/2022

RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahannya :
Bahan untuk ayam (direbus) :
● 1 ekor ayam dipotong 8
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 2 cm halia, ditumbuk halus
● 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
● 1 sudu besar kicap pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 cm halia, ditumbuk halus
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 1 sudu besar kicap cair
● Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
● 3 cawan beras
● 4 cawan air rebusan ayam
● 2 sudu besar butter
● 1 cm halia ditumbuk halus
● 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
● Sedikit garam
● 2 bunga lawang*
● 4 buah pelaga*
● 1 kayu manis*
● 1 batang serai ketuk
● 2 helai daun pandan
● Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
● 5 biji cili merah
● 3 ulas bawang putih
● 2 cm halia
● 1 sudu besar cuka
● 1 sudu teh garam
● 1 sudu teh gula
● 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
● Air rebusan ayam
● 1 biji bawang besar, dikisar
● Rempah sup bunjut
● Garam
● Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
● Kuah kicap perapan ayam di atas
● Kicap manis cap kipas udang
● Sedikit garam
● Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:
Untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi :
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter dan tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Untuk sup :
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos :
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Untuk kuah kicap :
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Address

Batu 32 Kampung Kuala Linggi
Kuala Sungai Baru
78200

Telephone

01133047082

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tudung saji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share