Zaidi Mohamed

Zaidi Mohamed 🚀 A proper financial management
🌈TRUTH about money management Full Time Financial Planner & Online Marketing Trainer

13/08/2024
04/06/2024

Minum Kopi : Baik atau Buruk kepada Kesihatan kita?
Kopi adalah minuman harian masyarakat kita di Malaysia. Saya selalu ditanya tentang kelebihan atau keburukan minum kopi kepada kesihatan. Jawapannya tidaklah mudah kerana ianya memerlukan penerangan yang panjang dan jika tidak dijawab dengan betul maka ia akan mengelirukan kita. Kita perlu merujuk kajian-kajian sains semasa yang ada untuk menjawab persoalan ini berdasarkan bukti kajian saintifik.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kopi dipasaran seperti kopi segera, kopi campuran, kopi O, kopi susu, kopi 3 dalam 1, kopi dengan pelbagai jenis herba dan sebagainya. Dengan lambakan pelbagai jenis kopi ini menjadikan masyarakat lebih keliru lagi tentang yang mana satu kopi yang baik dan yang mana satu yang buruk untuk kesihatan.
Secara umumnya mengambil kopi ‘O’ tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik kepada kesihatan. Mengambil kopi O dengan gula yang sedikit sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat, tetapi jika diambil dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau sukralose yang tanpa kalori adalah lebih baik.
Kopi yang dicampur dengan krimer juga tidak sihat kerana krimer mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) dan boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.
Kopi mengandungi bahan stimulan iaitu kafein yang membantu menambahkan rasa cergas dan segar apabila di minum. Teh dan koko juga mengandungi kafein tetapi dalam jumlah yang lebih rendah. Secara umumnya secawan kopi mengandungi 95mg kafein. Jumlah pengambilan kafein yang selamat dalam sehari adalah menurut United States Department of Agriculture (USDA) dan European Food Safety Authority (EFSA) adalah tidak melebihi 400mg sehari iaitu lebih kurang 2 ke 4 cawan kopi sahaja sehari. Walaubagaimanapun wanita yang mengandung dinasihatkan hanya mengambil kafein tidak melebihi 200mg sehari.
Bahan kafein dalam kopi berfungsi dengan menghalang kesan pencetus saraf ‘adenosine’ (neurotransmitter) yang menyebabkan saraf otak rehat dan kita rasa letih serta mengantuk. Biasanya paras adenosine akan meningkat menjelang petang hari dan akan menyebabkan seseorang berasa letih dan mengantuk menjelang malam. Kafein dalam kopi membantu meransang otak untuk kekal aktif dan mengurangkan rasa letih. Ia juga meningkatkan paras pencetus saraf seperti dopamin dan norepinefrin. Kombinasi peningkatan paras pencetus saraf ini akan meransang otak untuk kekal aktif dengan menambahkan fokus dan kepekaan otak. Kafein juga amat cepat meresap ke dalam darah. Berdasarkan kajian, secawan kopi akan memberikan kesan seawal 20 minit selepas di minum sehingga sejam untuk kesan maksimum kepada otak kita.
Kajian terkini menunjukkan minum kopi yang mengandungi kafein mempunyai faedah kesihatan jika diambil dalam dos yang sederhana dan kopi yang diambil tidak mengandungi gula yang berlebihan dan juga tidak diambil bersama krimer. Laporan yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology pada November 2009 yang mengkaji 21 kajian cohort tentang kopi sejak tahun 1966 sehingga 2008, membuat kesimp**an bahawa minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Terdapat satu lagi laporan yang diterbitkan dalam European Journal of Nutrition pada bulan Februari, 2014 yang mengkaji kajian cohort dari tahun 1980 hingga 1990 yang menunjukkan minum kopi tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetes jenis 2.
Kajian lain juga menunjukkan kopi amat baik dan memberikan kesan positif mengawal stres dengan menghalang reseptor adenosine A2A yang mengawal kadar stres. Kajian juga menunjukkan kafein meningkatkan metabolisma tubuh sehingga 11% dan membantu membakar lemak sehingga 13%. Kajian menunjukkan pengambilan kafein 300mg sehari akan membantu membakar 80 kalori tambahan sehari, tetapi kesan kepada berat badan masih kecil.
Kajian lain menunjukkan pengambilan kopi sejam sebelum senaman membantu meningkatkan kecergasan semasa bersenam dan juga membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan keletihan selepas senaman. Terdapat pelbagai kajian lain yang menunjukkan kopi membantu melindungi kerosakan hati sehingga 84%. Kajian juga menunjukkan kopi juga membantu memanjangkan jangkahayat dengan mengurangkan risiko kematian pra matang akibat penyakit kronik sehingga 30% terutama di kalangan wanita dan pesakit diabetes. Kajian juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko kanser hati sehingga 64% , kanser kolorektal sehingga 38% dan kanser kulit sehingga 20%. Kajian yang menarik juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko gout sehingga 40% kepada lelaki dan 57% kepada wanita. Kajian juga menunjukkan kopi membantu meningkatkan bakteria baik probiotik dalam usus dan meningkatkan aktiviti bakteria probiotik ini. Oleh itu ia amat penting untuk kesihatan usus.
Terdapat beberapa bahan lain didalam kopi yang mempunyai khasiat kesihatan seperti asid chlorogenic,caffeol, anti oksidan polifenol, fitoestrogen dan diterpenes yang juga memberikan kesan positif kepada kesihatan seseorang. Menurut Dr Walter C. Willet dari Harvard School of Public Health menyatakan kopi mempunyai kandungan bahan aktif yang sangat baik untuk kesihatan tetapi ianya perlu diambil secara sederhana dan tidak berlebihan.
Pengambilan kopi dengan kadar diantara 2 cawan hingga 4 cawan adalah selamat dan menyihatkan dengan syarat kopi yang diambil tanpa gula yang tinggi dan tanpa dicampurkan krimer. Berlebihan pengambilan kopi melebihi 4 cawan sehari atau lebih dari 400mg kafein sehari akan menyebabkan tangan menggigil, keresahan, kerisauan, degupan jantung yang tak menentu dan susah untuk tidur. Pengambilan kopi juga tidak digalakkan di waktu malam sebelum tidur. Terdapat sesetengah orang akan menghadapi masalah sakit kepala migrain dan tekanan darah tinggi apabila mengambil kopi secara berlebihan. Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil kopi secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan keguguran atau anak yang dikandung mempunyai berat yang tidak mencukupi.
Kopi boleh menyebabkan ketagihan bagi sesetengah orang dan kebiasaannya orang yang ketagih kopi yang akan mengambil kopi secara berlebih-lebihan. Kesan kopi yang ‘berlebihan’ juga akan menghilangkan khasiatnya yang baik seperti meningkatkan stres, meningkatkan kadar keradangan saluran darah secara tidak lansung meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia juga meningkatkan rintangan insulin darah dengan itu menyebabkan masalah diabetes p**a. Disamping itu pengambilan kopi secara berlebihan akan menyebabkan masalah gastrik, pedih ulu hati, penghadaman terganggu dan mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kepada tidur, menyebabkan kemurungan dan kerisauan yang melampau.
Kopi adalah seperti sejenis minuman ransangan yang baik jika diambil mengikut dos yang sesuai secara sederhana dan tidak melampau. Jika dos ini dilampaui maka kopi akan menyebabkan pelbagai kesan kesihatan yang tidak baik untuk jangkamasa panjang. Oleh itu bagi penggemar kopi anda perlu bersederhana dalam pengambilan kopi dan janganlah mencampurkannya dengan bahan-bahan yang juga berisiko tinggi untuk kesihatan seperti gula dan krimer.
Wallahualam.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE
PERDIM, Melaka

Review your insurance plan- -Coverage terlalu tinggi - Keluarkan  Rider tambahan yang tidak sesuai - Kenali Jenis Insura...
21/04/2024

Review your insurance plan-
-Coverage terlalu tinggi
- Keluarkan Rider tambahan yang tidak sesuai
- Kenali Jenis Insurance, endowment, Investment Link, atau Term (bertempoh)

Hubungi pakar kewangan yang bertauliah dan dapatkan nasihat dan perancangan yang betul

Check out Yap's Money Life Show’s video.

PERHATIAN SEMUA.. SIAPA SETUJU PENDAPAT INI?? Bagi saya tak perlu buat filem kisah hidup P. ramlee, kisah dia dah cecah ...
06/12/2023

PERHATIAN SEMUA.. SIAPA SETUJU PENDAPAT INI??

Bagi saya tak perlu buat filem kisah hidup P. ramlee, kisah dia dah cecah 50 tahun dan akan berterusan sehingga 100 tahun lagi, Filem2 P.Ramlee yang ada tu dah cukup buat orang ingat pada dia, kalau buat filem kisah hidup, dah tentu pelakon nyer bukan p.ramlee, cerita pun bukan dari P.Ramlee, nanti macam2 fitnah timbul, apatah lagi kalau dikomen di socmed , al maklum lah netizen kita semuanya , BIJAK BIJAK

Filem ini akan menjejaki perjalanan luar biasa P. Ramlee dari permulaannya yang sederhana hingga kebangkitan luar biasa sebagai khazanah negara.

05/12/2023

Sebelum nak beli rumah atau kereta baru, check financial health dulu


Walaupun harga emas  kebelakangan ini naik, ramai juga yang untung dan ada  juga yang mengalami kerugian , Apa stategi t...
04/12/2023

Walaupun harga emas kebelakangan ini naik, ramai juga yang untung dan ada juga yang mengalami kerugian , Apa stategi terbaik , buy and hold physical atau digital platform, atau buka gold saving account di bank2 berdaftar?
KOMEN DIBAWAH

https://youtu.be/6RKPD5sBFtQ?si=MMl-r7ysgdgKuoVOWhat a drive😲😲😲
01/12/2023

https://youtu.be/6RKPD5sBFtQ?si=MMl-r7ysgdgKuoVO

What a drive😲😲😲

On 1st November, we started our journey from Shimla to the remote Pangi valley in Chamba. CORRECTION - As pointed out by our viewer Aman Sharma, Kishtwar is ...

23/11/2023

Hati hati apabila ada agen insuran/takaful suruh tutup MRTA dan syor ambik plan dia , konon nak jimat ,bila polisi lapsed , rumah tak de coverage, waris bayar hutang.. masukan budget MRTA dalam loan, dah takde pikir bab renew2 -

18/11/2023

Annual Income husband/wife 120k setahun,
belanja setahun 150 k,
defisit 30k….macam mana ekk nak bersara macam ni..😭😭😭

17/11/2023

As a financial advisor, I am specialise in offering clients personalised guidance on managing their finances, investments, savings & overall wealth management, aiming to empower clients with informed decisions to secure their financial

16/11/2023

ATTENTION! Lets Grow your
WEALTH safely!

Address

GYW Business Suites
Kuala Lumpur
60000

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:59
Tuesday 09:00 - 23:59
Wednesday 09:00 - 23:59
Thursday 09:00 - 23:59
Friday 09:00 - 23:59
Saturday 09:00 - 23:59
Sunday 09:00 - 23:59

Telephone

+60124071103

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zaidi Mohamed posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zaidi Mohamed:

Share