FinHack.My

FinHack.My Bibliofil yang s**a berkongsi dan buat nota dari pembacaan tentang kewangan, pemasaran dan sebagainy

02/11/2021
Jom, dapatkan certificate anda dalam Digital Marketing.
18/10/2021

Jom, dapatkan certificate anda dalam Digital Marketing.

Let’s Learn Digital kini kembali dengan kerjasama Facebook, Google & LinkedIn menawarkan kursus dan persijilan pemasaran digital secara PERCUMA!
Dapatkan persijilan anda dan kongsikan kisah anda dengan menggunakan sebelum 31 OKTOBER 2021 dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Daftar sekarang di www.mdec.my/letslearndigital

-----

’s Let’s Learn Digital is back with Facebook, Google and LinkedIn offering Malaysians FREE courses and certification in Digital Marketing.
Complete your certification and share your success stories using before 31 OCTOBER 2021 to stand a chance to win attractive prizes.

Register now at www.mdec.my/letslearndigital


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM Tan Sri Annuar Musa Zahidi Zainul Abidin Kementerian Pengajian Tinggi

16/10/2021

Price skimming: Hari pertama launch harga 5999, dah dua tiga bulan jadilah harga 4k. Strategi terbaik produk teknologi. Syarat: High Demand macam Apple...

05/10/2021

Value kita hari ini ditentukan ikut apa impact yang kita boleh bawa. Kalau impact yang dibawa itu tinggi, ramai lah yang mencari..

21/09/2021

Yang tiada kaki tangan pun boleh berjaya, apa lagi yang sempurna ni.

"OK KE AKU LETAK SERVIS TUTOR / AJAR NGAJI / POTONG RUMPUT DAN LAIN² DENGAN HARGA NI EH ??" (PSIKOLOGI HARGA PART 3)Soal...
09/09/2021

"OK KE AKU LETAK SERVIS TUTOR / AJAR NGAJI / POTONG RUMPUT DAN LAIN² DENGAN HARGA NI EH ??" (PSIKOLOGI HARGA PART 3)

Soalan ni selalunya memang akan keluar terutamanya dari orang yang baru nak mula-mula niaga.
....

Bila tengok, compare dengan pesaing yang lain. Ada yang buang harga kaw². Macam mana??
....

Sebenarnya TAK SALAH anda letakkan harga yang anda rasa sesuai dan berpatutan, biarpun berbeza dengan yang lain. Sebab apa :-

1. Anda telah buat pengorbanan yang tidak sedikit untuk belajar kemahiran tersebut. Masa, tenaga dan komitmen. At least, biarlah pengorbanan anda berbaloi.

2. Dengan cara buang harga itu, anda sebenarnya sampaikan mesej bahawa servis dan nasihat anda KURANG BERNILAI. Justeru, tidak ramai yang akan hargai, apatah lagi patuh pada apa yang anda nasihatkan.

3. Sentiasa ada dalam niche anda itu orang yang letak harga murah dan mahal. Lagi mahal dari anda pun ada. So pandai-pandailah posisikan diri anda dalam niche itu. Jadilah seorang expert, orang tak akan kisah membayar anda.

Yakin dan bertanggungjawablah dengan harga yang anda letak. Kalau anda rasa value yang anda bawa dan kedudukan anda itu firm dan mampu meyakinkan pelanggan, dipersilakan.

"Don't Talk Price. Always Talk Value" - Vusi Thembekwayo

Kredit : Gambar Ihsan Google

PSIKOLOGI HARGA PART 2Ada 7 prinsip perletakan harga yang diterangkan dalam buku The Psychology of Price oleh Leigh Cald...
06/09/2021

PSIKOLOGI HARGA PART 2

Ada 7 prinsip perletakan harga yang diterangkan dalam buku The Psychology of Price oleh Leigh Caldwell iaitu:-

1. Perletakan harga adalah berdasarkan kepada value yang anda bagi pada customer, bukan berdasarkan kos anda

2. Harga adalah sesuatu yang 'tangible'. Dengan erti kata lain, ia boleh dikuantitikan dan dihitung. Supaya pelanggan boleh lihat apa yang mereka dapat, berdasarkan harga yang mereka bayar

3. Harga yang anda letak adalah nilai yang boleh dibandingkan, pada ciri yang anda boleh kawal

4. Jika anda nak ubah harga yang anda letak, maka anda perlu strukturkan semula produk atau servis anda

5. Perbezaan harga adalah kunci utama kepada penjanaan keuntungan

6. Bentuk komunikasi perletakan harga ini akan mencipta persepsi kepada pelanggan tentang nilai sesuatu produk atau servis

7. Anda harus bersedia untuk kehilangan 'sale' yang sedikit untuk meningkatkan keuntungan anda

Bukan kaleng² Best Invest ni. Siap dapat award tu..
04/09/2021

Bukan kaleng² Best Invest ni. Siap dapat award tu..

Para pelabur yang kami hormati,

Kami amat berbesar hati untuk berkongsi dengan anda bahawa aplikasi BEST Invest telah memenangi anugerah “Best Fintech Robo Mobile App (Malaysia)” di Anugerah The Asset Triple A Islamic Finance 2021

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyokong kami sejak dari awal pelancaran aplikasi BEST Invest pada bulan Mac 2020. Kami amat menghargainya dan akan terus komited memberikan khidmat yang baik buat anda.

Jom muat turun di Apple App Store atau Google Play Store

Sikit-sikit, Lama-lama jadi Bukit!

dibangunkan dan diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad, pengurus dana Islam yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 1994 dan juga adalah anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad yang merupakan Ahli Kump**an Tabung Haji.



*Anda disarankan untuk merujuk, membaca dan memahami terma dan syarat serta dasar privasi yang tertera di laman web rasmi BIMB Investment Management Berhad. Visual ini tidak disemak oleh SC.

PSIKOLOGI HARGA PART 1Bila admin baca buku The Psychology of Price oleh Leigh Caldwell ni, baru faham bab² harga ni dan ...
03/09/2021

PSIKOLOGI HARGA PART 1

Bila admin baca buku The Psychology of Price oleh Leigh Caldwell ni, baru faham bab² harga ni dan kenapa diletakkan macam tu.

Kenapa satu-satu barang itu lain harganya jika berbeza kondisinya? Kita ambil contoh burger. Kalau jualan dekat sekolah range harga dia RM1.50 ke RM3. Stall tepi jalan p**a jual burger dalam lingkungan RM3 ke RM6. Bila korang pergi McDonald, range harga berubah ke RM5 ke belasan ringgit.

Hal ini berlaku bila korang bandingkan sesuatu barang itu pada value yang dia boleh bagi dan produk yang boleh bagi value yang serupa. Contoh, burger kat sekolah relevanlah harga dia RM1.50 bila korang bandingkan dengan nasi lemak dan seumpamanya, yang bagi satu value sahaja, iaitu kenyang.

Burger dekat stall tepi jalan p**a korang akan bandingkan pada value yang dia boleh bagi iaitu rasa yang sedap, harga yang patut dan sebagainya. Korang banding dengan produk yang sama level dan boleh bagi value yang sama dengan burger tu contohnya nasi goreng kampung ke nasi ayam ke, korang rasa harga RM3-RM6 tu dah relevan dan sangat murah banding dengan produk lain² yang bagi value lebih kurang sama dengan burger korang beli tu.

Burger McD? Value yang dia bagi adalah exclusivity, high-end dan sebagainya. Gambaran kayangan je boleh makan burger tu. Entah, kadang² sayur pun takde. Haha. Tapi bila banding dengan yang sama level mcm Burger King ke burger Mexicana Texas Chicken tu ke, korang akan rasa burger McD ni agak berpatutan bila compare dengan pesaing yang boleh bagi value yang sama.

Ringkasnya, harga sesuatu produk akan nampak murah dan berpatutan bila kita compare dengan produk lain yang boleh bagi value yang sepadan dengan ia. Kalau korang banding burger McD tu dengan makanan jual kat sekolah atas value "kenyang", sah-sahlah korang kata burger McD tu harga Yahudi. Sekian. Nanti admin kongsi lagi tentang harga ni di posting lain.

Credit : Gambar Ihsan Google

Tapi peluang itu bukanlah sesuatu yang selalu hadir.
30/08/2021

Tapi peluang itu bukanlah sesuatu yang selalu hadir.

Address

Jalan 11/56, AU3
Kuala Lumpur
54200

Telephone

+60182086855

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FinHack.My posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category