10/08/2021
7 KRITERIA YANG ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMBELI HARTANAH UNTUK PELABURAN
Ramai yang kena scam dan tersalah beli hartanah sebab tak ada ilmu asas pemilihan hartanah.
7 Kriteria ni yang anda perlu teliti sebelum beli hartanah sebagai aset pelaburan:
1️⃣ NEW VS OLD - Beli hartanah yang baru pada harga 20% diskaun, dengan modal yang rendah. Beli jika harga rumah baru lebih murah dari harga rumah lama di kawasan berkenaan.
2️⃣ MEDIAN/MEAN - Beli hartanah pada harga Median dan kebawah. Perlu kaji harga median jual dan sewa hartanah di sekitar kawasan yang sama untuk perbandingan.
3️⃣ TIER - Jangan terlebih bayar membeli hartanah di kawasan yang 'Hype' sahaja tetapi tidak ikut pasaran. Kenali peringkat kawasan dan harga yang sepatutnya untuk kawasan tersebut.
4️⃣ BOOSTER - Beli hartanah yang bakal mempunyai banyak pembangunan, 'access' & kemudahan baru yang boleh menaikkan nilai hartanah anda seperti LRT, MRT, Lebuhraya etc.
5️⃣ SUPPLY - Pastikan bekalan pembangunan baru di kawasan tersebut lebih rendah berbanding permintaan. Plan pembangunan rumah baru dan akan datang tidak oversupply berbanding permintaan orang yang ingin membeli atau sewa.
6️⃣ MATURITY POINT - Tempoh kematangan kawasan kurang dari 5 tahun. Setiap kawasan akan melalui beberapa fasa kematangan. Nilai hartanah akan meningkat setiap kali fasa kematangan meningkat. Jika dah terlalu matang nilai naik semakin perlahan.
7️⃣ MRO - Kepelbagaian pilihan segmen untuk sewakan hartanah. Hartanah mestilah boleh disewakan kepada lebih banyak segmen/jenis penyewa. Jika hanya satu segmen contohnya sesuai untuk pelajar sahaja, susah dan lambat nanti nak sewakan rumah.
Untuk belajar lebih lanjut tentang 7 Kriteria ni, sila klik link di bawah ⬇️⬇️
7 Criteria For Property Investment Rating: ★★★★★ 4/5 Rating: ★★★★★ 5/5 Rating: ★★★★★ 5/5 Rating: ★★★★★ 5/5 Rating: ★★★★★ 4/5 Rating: ★★★★★ 5/5 Rating: ★★★★★ 5/5 Nak belajar lebih lanjut tentang 7 Kriteria dan strategi pelaburan ha...