05/03/2026
PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM DIKALANGAN MASYARAKAT KITA.
————————————————————————-
Kebanyakkan diantara kita tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang Perancangan Pengurusan Harta Islam. Ianya dianggap “taboo” untuk dibincangkan dikalangan ahli keluarga selepas kematian si arwah. Akan timbul bermacam pendapat dan pandangan.
Namun tanpa kita sedar bahawasanya Pengurusan Harta Pusaka ini sangat penting. Ia adalah pengurusan secara teratur dan sah menurut Undang-undang dan Hukum Syara’ yang wajib kita laksanakan sebelum kita meninggal dunia.
Persediaan ini dibuat oleh kerana kita tidak pernah tahu bila kita akan mati dan bagaimana keadaan kematian kita itu nanti. Ini semua di luar pengetahuan kita sebagai manusia. Sudah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa :
“Tiap-tiap yang berjiwa pasti merasakan mati.” -Surah Al-Anbiyaa’ : Ayat 35.
Dengan itu terdapat beberapa jenis Perancangan Harta yang dibenarkan didalam Islam. Iany terdiri daripada Wasiat, Deklarasi Hibah, Perjanjian Aset Perolehan Bersama dan Amanah Hayat.
Oleh itu buatlah segala perancangan pengurusan harta ketika kita masih hidup supaya tidak timbul isu-isu atau permasalahan semasa pewaris menguruskan proses harta pusaka nanti.
Dari,
Azlina Alias
Takaful Financial & Wealth Advisor
016 - 2256787