23/09/2026
Kenapa bank pusat Eropah mula pindahkan emas mereka?
Bila risiko geopolitik semakin meningkat, satu perkara mula bermain dalam fikiran bank pusat: kalau berlaku krisis, adakah emas kita benar-benar selamat dan boleh kita ambil semula?
Belanda contohnya memindahkan 86 tan emas dari Amerika dan Kanada ke London. Perancis p**a menjual 129 tan emasnya di New York sebelum membeli semula jumlah yang sama di Eropah.
Ini bukan bermaksud mereka sudah tak percaya kepada Amerika atau London.
Mereka cuma sedang fikir tentang risiko kebergantungan kepada satu lokasi atau satu negara.
China nampak peluang ini. Shanghai dan Hong Kong boleh menjadi alternatif sebagai pusat simpanan emas.
Tapi bina peti besi besar sahaja tak cukup.
Bank pusat nak tahu: Kalau berlaku krisis, boleh tak emas itu dikeluarkan dengan mudah? Undang-undang menjamin tak? Pasaran cukup cair? Kerajaan boleh tiba-tiba kenakan kawalan modal atau tidak?
Sebab itu London dan New York masih s**ar digantikan. Sistem kewangan dan pasaran emas mereka sudah dibina berpuluh-puluh tahun.
Shanghai p**a masih ada isu kawalan modal China. Hong Kong mungkin lebih mudah diterima kerana sistem kewangannya lebih terbuka.
Jadi pada saya, China ada peluang. Tapi bukan bermaksud esok lusa London dan New York terus hilang kedudukan.
Apa yang lebih mungkin berlaku ialah emas mula disimpan di lebih banyak tempat.
Tak letak semua telur dalam satu bakul.
Dan kalau sebahagian emas dunia mula bergerak ke Hong Kong atau Shanghai, China bukan sekadar dapat bisnes penyimpanan emas.
Ia juga boleh membina pengaruh yuan dan secara perlahan-lahan membentuk sistem kewangan alternatif kepada sistem yang selama ini didominasi Barat.
Dunia sedang berubah. Emas p**a semakin penting dalam percaturan itu.
Sebab itu saya lebih s**a faham apa yang sedang berlaku di belakang tabir, bukan sekadar tengok harga emas naik turun setiap hari.
Sebagai seorang penyimpan emas, saya always memfokuskan jumlah gram emas yang saya nak miliki sebab itu sahaja berada dalam kawalan saya selebihnya bukan kawalan saya. Meletakkan fokus ditempat yang betul juga adalah perkara penting dalam membina aset dan tabungan yang berkesan.
Semoga bermanfaat.