21/05/2015
CUBA KITA RENUNG2KAN DAN FIKIR2KAN SEBENTAR...
“Pembeli Rumah Kali Pertama”
Bajet ini mengembirakan mereka yang betul-betul merupakan pembeli rumah kali pertama, seperti kebanyakan pembaca di Komuniti Pembeli Rumah Pertama Malaysia, namun, ia pasti menghampakan mereka yang sudah memiliki rumah pertama, tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk naik taraf ke rumah yang lebih besar, dan saya berpendapat mereka merupakanbig loser di Bajet 2015 ini.
Bagi pasangan yang tahu merancang, dan memahami tidak mudah untuk memiliki hartanah, mereka mungkin telah membeli unit flat / pangsapuri kecil di tempat-tempat seperti Kerinchi, Kota Damansara, Damansara Damai, Shah Alam, supaya dijadikan modal mereka untuk membeli rumah lebih besar pada masa lebih kelak. Adalah agak menghampakan apabila mereka tersepit di situ, kerana mereka sudah tidak diiktiraf sebagai pembeli rumah pertama, meskipun waktu mereka membeli unit kecil, mereka tahu mereka ingin memindah ke tempat yang lebih selesa satu hari nanti.
Bagi suami atau isteri yang memiliki unit kecil sebelum mereka kahwin, mereka juga sudah tidak dianggap sebagai pembeli rumah kali pertama, jadi Skim Perumahan Belia ini bukan untuk mereka.
Mungkin ada orang yang berpendapat mereka boleh menjualkan unit kecil mereka untuk upgrade, namun mereka akan menghadapi masalah seperti dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) jika waktu memegang hartanah tersebut kurang dari 5 tahun, atau pun rumah yang dijual itu tidak cukup untuk dijadikan sebagai wang pendahuluan untuk pembelian rumah baru mereka.
Saya berpendapat definisi “pembeli rumah kali pertama” seharusnya diperluaskan di sesetengah aspek, seperti sekiranya suami / isteri mempunyai unit kecil yang tidak melebihi RM100,000 hingga RM150,000 sebelum atau selepas kahwin, mereka dibenarkan menikmati skim ini, sekiranya mereka menjual unit sedia adamereka, dan hanya memiliki satu rumah sewaktu menerima Skim Perumahan Belia. Unit kecil yang mereka jual juga dapat dijual kepada golongan berpendapatan rendah yang memerlukan.
Sama juga, pengecualian duti setem 50% untuk S&P juga harus mempertimbangkan semula definisi “pembeli rumah pertama” untuk membantu mereka yang tidak layak pada waktu ini.
Pendapatan maksimum isi keluarga RM10,000
Kerajaan telah meningkatkan had pendapatan isi rumah maksimum kepada RM10,000 untuk Skim Perumahan Belia dan PR1MA. Ini adalah selaras dengan keadaan semasa di mana “RM10,000 masih miskin di kota raya, tapi agak selesa di kampung”. Untuk keluarga tidak beranak, kayu pengukur ini adalah okay. Jikalau pasangan muda ini telah beranak dan kedua-dua suami isteri juga bekerja, RM10,000 pun tak cukup untuk menampung kehidupan sebulan, apatah lagi nak bayar ansuran pinjaman perumahan?
Ia seharusnya fleksibel dengan ahli keluarga yang perlu dijaga oleh pasangan tersebut, dan bukannya merupakan piawaian seragam (standard) untuk semua keluarga.
Skim Perumahan Belia: Siapa Lambat Dia Tak Dapat
Dukacita dimaklumkan bahawa Skim Perumahan Belia cuma menawarkan 20,000 slot sahaja, dan siapa lambat dia pasti tak dapat. Saya amat bimbang pasangan muda yang tidak membuathomework mereka dengan baik akan membeli hartanah pertama mereka dengan terburu-buru kerana mengkhuatiri kuota akan habis. Akibatnya, mereka mungkin terbeli “lumpur tanah” dan terpaksa menanggis sepanjang waktu mereka menanggung pinjaman mereka.
Saya turut bimbang, apabila orang muda berlumba-lumba membeli hartanah RM500,000 dan ke bawah, ia akan memberi isyarat palsu kepada pasaran bahawa pasaran hartanah telah rancak semula, dan ia mungkin akan mengakibatkan kenaikan harga hartanah, sejurusnya menyebabkan belia ke-20,001 terpaksa membeli hartanah mahal, dan menjadi golongan terbaru yang terseksa akbibat harga hartanah yang terlampau tinggi!
Skim Sewa Beli PR1MA
Sewa sampai mati adalah fenomena terbaru yang amat menyakitkan hati. Skim Sewa Beli yang diperkenalkan untuk projek PR1MA sekiranya dilakukan dengan kreatif, ia dapat membantu mengurangkan masalah sosial. Sebaliknya, jika adalah sesuatu yang tidak kena, ia mungkin akan menyumbang kepada masalah yang lebih besar. Pemberian pinjaman harus dilakukan dengan berhati-hati dan syaratnya tidak boleh terlalu longgar, yang mungkin menyebabkan hutang lapuk meningkat, dan rumah tersebut mungkin terpaksa dilelongkan.
Skim Rumah Pertamaku
Ramai yang merungut gagal mendapatkan pinjaman penuh di bawah Skim Rumah Pertamaku, kerana kerajaan yang mengeluarkan polisi, tetapi bank yang meluluskan pinjaman. Bank tidak ingin memikul terlalu banyak risiko menyebabkan permohonan yang ditolak untuk Skim Rumah Pertamaku adalah begitu tinggi sekali. Selain daripada meningkatkan had maksimum hartanah kepada RM500,000, aspek perlaksanaan juga perlu dipantau kerajaan, supaya skim ini tidak tinggal atas nama sahaja.
Had Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan Ditingkatkan
Had pinjaman perumahan kakitangan ditingkatkan kepada minimum RM120,000 dan maksimum RM600,000 mungkin mengembirakan kakitangan penjawat awam, namun saya ingin ingatkan anda jangan terlebih gembira dahulu sebelum garis panduan dikeluarkan. Mengapa? Struktur gaji anda mungkin tidak dibenarkan untuk meminjam semaksimum itu!
Gaji bulanan kakitangan kerajaan dan kelayakan pinjaman sedia ada.
Lihat kelayakan pinjaman sekarang, kelayakan maksimum adalah RM450,000, dan gaji bulanan hakiki yang layak adalah RM6,500. Sekiranya had maksimum ditukar kepada RM600,000, tetapi gaji bulanan hakiki tidak berubah, berapa ramaikah kakitangan yang boleh meminjam sehingga maksimum untuk pembelian rumah mereka?
Perlu diingatkan gaji hakiki adalah tidak termasuk semua elaun, atau pun lebih tepat ia merupakan gaji pokok sahaja. Jadi akhirnya, kakitangan kerajaan mungkin terpaksa mengambil pinjaman dari bank.
Kesimpulan
Tahniah untuk mereka yang benar-benar layak di bawah istilah “pembeli rumah kali pertama”, bagi mereka yang tersepit di antara “pembeli rumah kali pertama” dan “pembeli rumah kali kedua”, anda terpaksa menggigit jari sahaja.
Kesimpulannya, Bajet 2015 adalah bajet yang berhati-hati. Kerajaan tidak membantu dalam usaha menstabilkan harga hartanah lagi, kerana peraturan yang sudah terlampau ketat pada masa sekarang telah mencukupi. Jika peraturan yang lebih ketat diperkenalkan, ekonomi negara pasti akan terjejas.
Jadi, apa yang kerajaan buat di bajet ini adalah cuba membolehkan lebih ramai orang muda layak di bawah skim-skim yang diperkenalkan. Polisi-polisi sebegini sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah dalam jangka panjang, kerana had-had minimum dan maksimum sedemikian mungkin tidak relevan lagi pada masa depan, terutamanya selepas pengurangan subsidi petrol di masa depan dan perlaksanaan GST. Inflasi yang dijangka melambung akan menelan kuasa membeli orang muda nanti.
Pesan terakhir saya kepada anda, jangan disebabkan takut untuk menjadi pembeli rumah kali pertama ke-20,0001 selepas Skim Perumahan Belia diperkenalkan, anda tergesa-gesa membeli hartanah yang merupakan “lumpur tanah”, sesal kemudian tidak berguna!
-Nafisah Zahlan-
-Property Advisor-