02/10/2026
Membina perniagaan yang bersedia untuk berkembang bermula dengan asas yang kukuh.
Dalam ucapan pembukaannya di Majlis Graduasi Program Pensijilan Halal Mawaddah, Ketua Pegawai Pematuhan EXIM Bank Malaysia, Encik Mohammad Nizam Abdul Samad menekankan bahawa pensijilan halal bukan sekadar memenuhi keperluan pasaran, tetapi turut membantu usahawan membina keyakinan pelanggan dan meneroka pasaran yang lebih luas.
Seramai 7 peserta yang merupakan usahawan-usahawan tempatan telah menerima bimbingan dan sokongan bagi memenuhi keperluan pensijilan, memperkukuh operasi serta meningkatkan keupayaan perniagaan, dengan penglibatan JCP Professional Services Sdn Bhd sebagai rakan strategik dalam menjayakan program ini.
Menerusi inisiatif Mawaddah, EXIM Bank terus memperluas sokongan kepada usahawan melalui pembiayaan, pembangunan kapasiti dan akses kepada peluang yang dapat membantu mereka melangkah lebih jauh. Sebanyak RM100,000 telah diperuntukkan bagi membantu para peserta memenuhi keperluan pensijilan berdasarkan keperluan perniagaan masing-masing.
Dengan industri halal Malaysia yang terus berkembang, ruang untuk usahawan tempatan menembusi rantaian bekalan dan pasaran antarabangsa turut semakin terbuka.
“Serving with Faith, Giving with Purpose.”
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
SME Bank-Bank Perusahaan Kecil & Sederhana