14/07/2026
Dialisis mudah sahaja.
Kalau air banyak dalam badan, dialisis sajalah. Apa yang susah?
Ramai yang menganggap dialisis itu mudah.
Hakikatnya, dialisis tidak semudah yang disangka. Menyebut perkataan dialisis jauh berbeza dengan melaluinya sendiri.
Dialisis adalah jalan terakhir untuk terus bertahan hidup bagi pesakit buah pinggang tahap akhir.
Ini jarumnya. Dua jarum besar yang ada sayap merah tu yang masuk tangan 4 jam. Itu jarum dialisis. Ada size yang lebih besar. Ada 3@4 size kalau x silap.
Bukan jarum kecil seperti yang digunakan untuk mengambil darah di hospital.
Jarum dialisis jauh lebih besar. 2 jarum kecil dalam gambar tu jarum untuk tambah darah saya.
Setiap kali rawatan, dua batang jarum besar perlu cucuk masuk dalam tangan. Jarum tu akan berada dalam tangan selama 4 jam.
Dibius ka?
TIDAK.
Dicucuk begitu sahaja.
Sila tahan sekuat-kuatnya 🙂.
Ada hari, sekali cucuk terus berjaya. .
Ada hari, urat sukar dicari.
Jarum perlu dikeluarkan kemudian dicucuk semula atau disorong tarik berulang kali sehingga aliran darah keluar dengan baik. Rasa tangan macam di hiris-hiris. Saya pernah meraung menangis 😅.
Sakit?
Cuba ambil jarum biasa dan bayangkan ia ditarik, disorong dan dicucuk berulang kali pada tempat yang sama di tangan anda.
Sakit bukan?
Luka sebulan atau setahun sekali saja pun sakit. Bayangkan kami yang selang sehari saja cucuk lagi dan lagi 🙂.
Cucuk p**a dengan jarum yang jauh lebih besar.
Lebih menyakitkan, fistula hanya ada satu. Tapak tempat dialisis.
Bukan hari ini cucuk tangan kanan, esok tangan kiri.
Bukan juga hari ini cucuk di tangan, esok di bahu.
Tidak.
Setiap kali dialisis, jarum akan masuk di kawasan fistula yang sama. Satu tempat sahaja.
Tangan kami sebenarnya tidak pernah sempat sembuh.
Bayangkan...
Selasa dialisis.
Rabu rehat.
Khamis dialisis lagi.
Jumaat rehat.
Sabtu dialisis lagi.
Minggu demi minggu.
Bulan demi bulan.
Tahun demi tahun.
Seumur hidup.
Macam-macan rupa dan keadaan dah tangan setiap pesakit. Serammmm kadang tengok keadaan tangan. Boleh tengok di youtube cara cucuk jarum atau tengok gambar keadaan tangan pesakit yang sudah bertahun hadap cucukan demi cucukan.
Bagaimana luka hendak sembuh jika baru sehari berehat, sudah dicucuk semula?
Selepas dialisis p**a, tempat cucuk perlu ditekan sehingga pendarahan berhenti.
Ada yang lebam.
Ada yang bengkak.
Ada pesakit yang muntah
Ada yang pening nak pitam
Ada p**a tangan berdenyut kesakitan sepanjang malam.
Namun,
keesokan harinya, hidup tetap perlu diteruskan.
Dialisis bukan sekadar duduk di mesin selama empat jam.
Ia adalah perjuangan seumur hidup.
Perjuangan menahan sakit.
Perjuangan menerima cucukan jarum besar berulang kali lagi dan lagi sampai nafas terhenti.
Sakit?
Tak sanggup hadap?
Sila jaga kesihatan.
Kalau rasa eh cuma jarum ni je pun?
Haaa tak perlu jaga, welcome to kehidupan kami.
__
Jika hari ini anda masih dikurniakan buah pinggang yang berfungsi dengan baik, jagalah sebaiknya.
Jaga kesihatan sebelum terlambat.
Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Kerana mencegah sentiasa lebih mudah daripada menanggung kesakitan yang datang seumur hidup.
Percayalah 💚
_____
Sabah dibawah Bayu,
29 Jun 2026 || Isnin || 2.33 Petang
Credit to Owner
_____