12/09/2025
๐๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ญ๐ฌ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฟ๐๐ฎ๐ต
Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Isteri arwah dah terima pampasan Hibah sebanyak RM106,617 ke akaun bank nya.
Encik A muda lagi, baru berumur 44 tahun dan tiada apa apa penyakit. Beliau pengsan secara tiba tiba di shopping mall, dan rakan nya terus call ambulance dan bila sampai di hospital, Encik A sudah tiada.
Polisi Encik A, 3 in 1 iaitu ada Hibah + Critical illness dan Medical card, mencarum sejak April 2021.
Proses claim mudah walaupun sebab kematian dalam surat mati "Pending Laboratory Analysis". No further investigations requested by AIA Public Takaful.
Namun, cabaran nya di sini adalah isteri arwah tiada own account bank. Hanya ada joint account dgn Arwah suami. Dan bila bank dapat tahu si suami sudah meninggal, bank freeze/closed the account.
Isteri arwah adalah surirumah dan bukan warganegara, beliau dari negara seberang. Jadi, nak buka akaun baru adalah satu cabaran, sebab cubaan untuk buka Akaun di beberapa bank tidak diterima/diluluskan termasuklah bank harimau.
Akhirnya, ada satu bank terima dan pampasan Hibah berjaya dimasukkan ke akaun baru si isteri (100% penerima hibah).
Syukur Ya Allah, sedikit sebanyak dapat membantu si isteri meneruskan kelangsungan hidup bersama 4 orang anak yg masih kecil dan bersekolah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, especially to DOA Raja Nong, keluarga arwah yg banyak beri kerjasama, and my team Encik Taqi.
On the other note, untuk isteri-isteri bukan warganegara, tolong buka own bank account untuk memudahkan urusan di kemudian hari dan sebagai persediaan jika berlaku apa apa.
Yang Ikhlas Membantu,
Nana