Abam ASB Financing

Abam ASB Financing Berpengalaman luas menguruskan hal ehwal ASB Financing since 2020

Pagi ni join sesi coaching ke-3 kelas AI Maxtery oleh Dr Arman Shah.Kelas ni memang bagus!Aku dulu submit research propo...
24/01/2026

Pagi ni join sesi coaching ke-3 kelas AI Maxtery oleh Dr Arman Shah.

Kelas ni memang bagus!

Aku dulu submit research proposal terus kene reject. 🤣

Lepas dah join kelas Dr Arman ni, alhamdulillah research proposal aku lulus.

Sekarang ni sikittt je lagi nak habiskan perjalanan Master aku ni.

Kalau rajin nak meneruskan kepeningan dan sakit kepala, maybe 2027 aku consider nak buat PhD pulak 😁

Yeayy dah dapat Bantuan Awal Persekolahan!! 🥳🎉RM150 setiap murid.Macam biasa aku akan mintak diorang plan apa nak buat d...
23/01/2026

Yeayy dah dapat Bantuan Awal Persekolahan!! 🥳🎉

RM150 setiap murid.

Macam biasa aku akan mintak diorang plan apa nak buat dengan duit tu.

Sumayyah
-Beli Uncang Emas KAB Gold: RM50
-Masuk ASB: RM50
-Belanja: RM50

Sofiyya
-Sedekah: RM30
-Belanja: RM20
-Beli Uncang Emas KAB Gold: RM100

Masing-masing ada corak tersendiri dalam mengurus kewangan diorang.

Takde betul takde salah.

Alhamdulillah ya Allah ☺️

Meh Abam summarize kelas "Enam Angka Dengan Emas" malam tadi. Kalau rajin, baca lah.Kalau malas, ignore je. i. Kau hanya...
22/01/2026

Meh Abam summarize kelas "Enam Angka Dengan Emas" malam tadi.

Kalau rajin, baca lah.

Kalau malas, ignore je.

i. Kau hanya akan mampu capai 6 angka pertama dengan cara membuat pelaburan. Kat sini kau boleh explore bermacam instrumen seperti emas, hartanah, saham, kripto, dll.

ii. In order untuk kau mampu nak melabur, kau perlu ada tabung kecemasan dulu. At least 10K. Kenapa 10K? Sebab more or less bersamaan 6 bulan gaji minimum 1.7K sebulan. Bila ada tabung kecemasan, barulah kau tenang nak melabur. Takde la dividen ASB baru masuk kau dah kalut nak keluarkan. Dah tu buat apa kau buat ASB Financing kalau tak faham konsep compounding effect?

iii. Sebelum kau mampu capai 10K tadi, kau kene mampu simpan 1K dulu dalam masa 1 tahun. Habit menyimpan tu kau kena semai dalam diri kau dulu. Biar sebati. Benar ada orang celah gigi dia je 1K ni. Tapi ada orang struggle gile. Even dalam akaun bank dia sekarang memang tak ada pun baki 1K. Abam amat faham. Sebab Abam dah lalui sebelum ni. Hidup dalam rat race. Bekerja. Dapat gaji. Bayar komitmen dengan belanja survival. Semua duit lesap. Bahkan tak cukup. Apa lagi, swipe kad kredit. Bulan depan dapat gaji baru bayar. Bila dah tak mampu bayar, bank kejar. Bila bank dah penat, dia pass kat external collector untuk chase payment. Masa ni kau rasa mampu ke nak ada saving 1K? Jangan harap lah!

iv. Kenapa jadi macam tu? Sebab Abam dulu tak pandai kawal aliran tunai. Belanja makan sebulan patutnya RM300, bila tak dikawal, boleh jadi double. Dah tu macam mana nak ada kemampuan nak asingkan at least RM100 sebulan untuk dijadikan simpanan? Memang tak lah!

v. Sebab apa gagal nak kawal aliran tunai? Memang la sebab berbelanja ikut nafsu. Nampak ada je makanan viral semua pun nak bedal. Sampai badan jadi gemok macam dinasour. Tapi sebenarnya ia bermula dari kita yang gagal nak buat belanjawan bulanan. Top down approach kata speaker malam tadi. Let say gaji kau 3K sebulan. Kau pecahkan siap-siap untuk sebulan punya allocation. Saving dulu RM100. Balance baru kau allocate untuk bayar komitmen, perbelanjaan harian, beri mak ayah, dll.. M Nasir kata "Gagal merancang, merancang kegagalan". So jangan malas nak merancang kewangan ye korang!

vi. And last one, dia berakar umbi dari habit korang sebenarnya. Belajar catat segala perbelanjaan harian. Walau kau bayar 50sen nak kencing kat tandas awam. Catat! Supaya kau tahu ke mana setiap sen dari gaji kau tadi pergi sebenarnya. Baru lah kau dapat detect, ohh rupanya duit aku bocor teruk sebab aku ni kuat merokok je rupanya. Sehari sekotak. Mana tak bankrap. Kalau aku simpan duit ni, dah lama aku boleh hit 6 angka ni! Hidup aku pun makin sihat nanti. Aaa ni contoh. Yang memang kaki rokok jangan marah nohh!!

Jom sama-sama mula berubah!

Adakah kita mampu membawa tahap kewangan kita untuk hit 6 angka yang pertama menjelang Disember 2026 nanti? ☺️

Harga Emas Terus Menggila!Semalam RM662/gramPagi tadi RM671/gramPetang ni meloncat RM689/gramTak nak cakap banyak. Jumpa...
21/01/2026

Harga Emas Terus Menggila!

Semalam RM662/gram

Pagi tadi RM671/gram

Petang ni meloncat RM689/gram

Tak nak cakap banyak. Jumpa 9 malam ni gaiss!! 😘

Nak Hit Saving 6 Angka? 💰Jom join sesi "Enam Angka Dengan Emas" bersama Tuan Azraei Muhamad, iaitu penulis buku "Bang$a ...
21/01/2026

Nak Hit Saving 6 Angka? 💰

Jom join sesi "Enam Angka Dengan Emas" bersama Tuan Azraei Muhamad, iaitu penulis buku "Bang$a Enam Angka.

Kalau minat boleh wasap Abam untuk dapatkan link GM.

Jumpa malam ni jam 9 ye gaiss 😘

Address

Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 14:00

Telephone

+60172892338

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abam ASB Financing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abam ASB Financing:

Shortcuts

Share