Biruvan Quant Page

Biruvan Quant Page Quantitative trading systems with trust & stability

REENTRY@EA adalah produk yang dilindungi hak cipta intelek yang merangkumi segala logo , penulisan dan juga ALGORITMA aplikasi ini. Sebarang penjualan semula produk REENTRY@EA ini adalah tidak dibenarkan, seperti membuat salinan atau menjadikannya tersedia kepada orang awam adalah tertakluk pada penalti dan ganti rugi, termasuk tetapi tidak terhad kepada, perkara-perkara yang berkaitan dengan pelanggaran tanda niaga, hak cipta dan hak publisiti.

27/04/2026

RISK VS DRAWDOWN
Risk dan drawdown memang sangat berkait rapat.
Kalau risk besar, drawdown akan jadi besar dengan cepat. Dalam prop firm, ini bahaya sebab mudah capai limit dan account boleh fail awal.
Kalau risk kecil, drawdown lebih terkawal. Account boleh tahan lebih lama, tapi growth jadi perlahan dan ambil masa.
Kita ambil contoh prop challenge 100k dengan maximum drawdown 10k:
Kalau guna risk besar, contohnya 2% per trade (2k), lima kali loss berturut sudah cukup untuk capai limit 10k. Account boleh fail cepat walaupun sistem ada edge.
Kalau sistem kita guna risk reward 1:2 dengan risk 2%, memang nampak macam boleh pass challenge dengan beberapa kali win berturut. Tapi realitinya, cukup lima kali loss berturut untuk habiskan ruang drawdown dan account boleh gagal.
Perlu faham, dalam akaun prop 100k, modal sebenar kita bukan 100k — tetapi 10k (maximum drawdown).
Jadi bila kita risk 2% (2k), sebenarnya kita sedang risk 20% daripada “modal sebenar” kita. Ini sebab utama kenapa risk 2% dianggap BESAR dalam prop trading.
Kalau guna risk kecil, contohnya 0.5% (500), drawdown bergerak lebih perlahan dan jauh lebih sukar untuk capai limit 10k. Dengan strategi yang ada positive expectancy, account boleh grow sedikit demi sedikit sementara drawdown kekal terkawal.
Dengan strategi yang sudah terbukti ada edge dan positive expectancy, account akan berkembang secara konsisten, dan pada masa yang sama drawdown kekal jauh dari maximum drawdown.
Harga untuk kita survive dalam trading ni adalah MASA.
Apa yang kita perlukan hanyalah masa untuk pass challenge dan kemudian sustain. Profit tak perlu agresif, cukup konsisten. Yang penting account boleh survive lama, kumpul payout, dan kekal stabil bertahun-tahun.
Kesimpulan:
Risk besar percepatkan profit dan juga kegagalan.
Risk kecil perlahan, tapi beri peluang lebih tinggi untuk lulus dan bertahan lama.
Untuk pertanyaan:
https://shopee.com.my/IntradayUSDJPY-Expert-Advisor-for...

Saya dengan sukacitanya melancarkan EA Intraday pertama saya: IntradayUSDJPY untuk MT5.EA ini dibangunkan khusus untuk t...
13/04/2026

Saya dengan sukacitanya melancarkan EA Intraday pertama saya: IntradayUSDJPY untuk MT5.

EA ini dibangunkan khusus untuk trader retail dan prop trader yang mahukan sistem dagangan yang lebih konsisten, terkawal, dan sistematik — tanpa perlu memantau chart sepanjang masa.
EA ini direka khusus untuk pair USDJPY sahaja.

Sesuai untuk:
• Trader retail yang mempunyai komitmen kerja harian
• Prop trader yang mementingkan kawalan drawdown
• Trader yang ingin berdagang secara berdisiplin dan berasaskan sistem

Ciri utama:
• 1 setup sehari
• Elak dagangan hujung minggu
• Pengurusan risiko yang ketat
• Kawalan drawdown yang lebih stabil
• Sesuai untuk akaun challenge

IntradayUSDJPY dibina berasaskan pendekatan quantitative trading — iaitu sistem dagangan rule-based yang disokong oleh data, ujian, dan proses validasi yang terperinci bagi mencapai standard yang lebih profesional.

Prestasi backtest:
• 11 tahun data (2015–2025)
• Historical tick data Dukascopy
• Profit Factor 1.28
• Recovery Factor 13.65
• Sharpe Ratio 1.84
• Lulus Monte Carlo MC95

Pembangunan sistem ini bukanlah sesuatu yang siap dalam masa singkat.

Ia melalui proses kajian tingkah laku pasaran, penambahbaikan logik entry dan exit, ujian parameter, serta ribuan sesi backtest bagi memastikan strategi ini benar-benar robust — bukan sekadar kelihatan baik di atas kertas.

Ini bukan janji keuntungan segera, tetapi satu sistem dagangan rule-based yang dibina dengan disiplin, data, dan standard pengujian yang teliti untuk jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut / sokongan:

https://shopee.com.my/IntradayUSDJPY-Expert-Advisor-for...

Harapan saya, semoga lebih ramai trader memilih pendekatan yang lebih matang, berilmu, dan berasaskan sistem berbanding terus mengejar janji keuntungan cepat yang tidak berkesudaha

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00
Saturday 08:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biruvan Quant Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share