05/05/2026
Aset Paling Kita Banggakan Hari Ini, Mungkin Menjadi "Beban" Terbesar Waris Kita Kelak.
Pernah tak terfikir...
Kita bekerja keras membina empayar perniagaan dan membeli hartanah mewah dengan niat untuk diwariskan kepada keluarga.
Tetapi realiti yang jarang dibincangkan ialah: Tidak semua waris bersedia, mampu, atau mahu mewarisi apa yang kita bina.
Bayangkan kita meninggalkan sebuah banglo mewah bernilai RM3 Juta dan sebuah syarikat kepada 3 orang anak. Apa yang selalu terjadi?
1. Isu Hartanah: Anak sulung mahu tinggal di rumah itu. Anak kedua mahu sewakan. Anak bongsu p**a sedang terdesak perlukan wang tunai dan mahu rumah itu dijual segera. Tambahan p**a, kos selenggara (maintenance) dan cukai rumah mewah tersebut di luar kemampuan gaji bulanan mereka.
2. Isu Bisnes: Hanya seorang anak yang minat berniaga, manakala dua lagi langsung tiada kepakaran. Bagaimana keuntungan nak dibahagi adil jika hanya seorang yang bekerja keras?
Tanpa sedar, "harta kasih sayang" yang kita tinggalkan ternyata menjadi punca perbalahan dingin (Silent Conflict) di antara adik-beradik, apatah lagi kalau kita langsung tak pernah berbincang isu harta dan pusaka bersama anak-anak.
Penyelesaian Golongan Bijak Wang: "Asset Equalization" (Penyeimbangan Aset)
Di sinilah instrumen perancangan High Net Worth Takaful memainkan peranan penting.
Kita tidak lagi membiarkan waris berebut aset fizikal yang sukar dibahagi (non-liquid asset). Sebaliknya, kita boleh memadankannya dengan penciptaan Dana Tunai Segera.
Apabila tiba masanya kelak:
✅ Anak yang minat berniaga boleh mengambil alih syarikat sepenuhnya.
✅ Anak yang mahukan rumah, boleh mengambil rumah tersebut.
✅ Anak yang lain? Mereka menerima pampasan bernilai jutaan ringgit dalam bentuk Tunai (Hibah Takaful) sebagai penyeimbang hak mereka (Buy-out strategy).
Hasilnya? Tak ada siapa yang terasa hati. Rumah kenangan tidak tergadai dan masuk pasaran lelong. Keadilan dicapai dengan harmoni.
Persoalannya, adakah struktur portfolio kita hari ini bakal memudahkan atau menyukarkan waris kita?
Jom kita semak dan nilai semula sebelum terlambat.
Untuk sesi semakan portfolio & Equalization Strategy secara tertutup (Private Consultation), boleh terus hubungi saya ya.
Mujahid Mazlan
Wealth & Legacy Advisor | AIA MyTakaful