Chartered accountant

Chartered accountant Accounting services for business and companies

Tax computation for individual and companies

consul

04/06/2026

saya tukar enterprise ke sdn bhd nanti tax saya atas company jelah kan takde dah la kan atas enterprise? Jadi tax saya dah tak tinggi la kan sebab gaji saya semua dari sdn bhd.. Gaji dari sdn bhd boleh tolak cukai kan?

Ok dia macam ni..

Pengiraan cukai untuk pemilik enterprise:

Untung enterprise + gaji yang diambil..

Katakan dalam akaun gaji owner tu letak di bahagian belanja, jadi untung enterprise rendah tapi dalam pengiraan tax untung enterprise + gaji owner so untung tinggi semula.. Dan tax enterprise semua atas individu which is rate tax individu memang tinggi..

Kalau dah transfer ke sdn bhd dan pengarah ambil gaji dari sdn bhd

Tax individu - hanya berdasarkan gaji yang diambil dari sdn bhd..

Tax company - Hanya berdasarkan untung company.. Gaji pengarah boleh tolak cukai dalam Pengiraan cukai company..

Begitu lah...

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami

Madiha & co

0179465987

03/06/2026

Hitam putih..

Abu mempunyai modal RM300, 000 untuk membuka syarikat perniagaan buku. Lalu dia memberi modal tersebut kepada Ali.. Tapi Abu taknak memjadi pengarah syarikat ataupun pemegang saham dalam syarikat itu dan meminta Ali sebagai pengarah dan pemegang saham..

Tapi syarat Abu, setiap bulan Abu akan menerima RM1, 000 dari syarikat tersebut sebagai yuran konsultan...

Ali bersetuju dengan syarat tersebut.. Dan Abu meletakkam kepercayaan sepenuhnya pada Ali untuk urus syarikat..Abu tidak membuat sebarang perjanjian dengan Ali..perjanjian hanya di mulut atas dasar percaya kawan..

Dan Ali pun memulakan perniagaan.. Masa berlalu dan perniagaan Ali makin maju.. Masa mula mula beroperasi setiap bulan Ali akan masukkan RM1, 000 dalam akaun Abu.. Namun semakin lama Ali semakin culas dan akhirnya tidak membayar lagi.. Apatah p**a syarikat yang diusahakan makin maju jadi Ali makin lupa pada Abu..

Abu marah dan ingin saman Ali dengan mengatakan modal asal miliknya bermakna syarikat tu adalah miliknya.. Tapi tu lah tiada langsung hitam putih mengatakan dia memberi modal tambahan p**a nama pengarah dan pemegang saham nama Ali jadi Abu tak boleh buat pape..

Itu lah betapa pentingnya perjanjian yang lengkap dan sah untuk setiap transaksi perniagaan..

Begitulah

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami.. Bagi pemilik enterprise sempat lagi ya untuk hantar dokumen pada kami bagi penyediaan akaun dan cukai..

Madiha & co

0179465987

02/06/2026

Submission B form Dateline 30/6..dan Extension 15 days

Puan.. Apa lagi ya yang boleh tolak bahagian pelepasan cukai.. Ni yaπŸ‘‡πŸ‘‡
30/05/2026

Puan..

Apa lagi ya yang boleh tolak bahagian pelepasan cukai..

Ni yaπŸ‘‡πŸ‘‡

30/05/2026

Ada orang tanya

Saya tak buka akaun semasa.. Boleh ke declare cukai?

Jawapannya bukan boleh atau tak boleh.. Tapi wajib juga declare walaupun guna personal akaun untuk bisnes

Caranya

Seperti biasa juga perlu sediakan penyata kewangan menggunakan penyata bank peribadi..

Dalam Penyata bank personal tu tulis sikit mana untuk transaksi bisnes mana

untuk transaksi personal. Sebabnya kita cuma akan rekod untuk transaksi bisnes sahaja..

Resit- resit tetap juga perlu simpan.. Ini memang wajib sebab ni bukti yang kita buat transaksi bisnes..

Yang penting serahkan je penyata bank dan dokumen pada kami, kami akan prepare semua sekali..

Begitulah

Madiha & co

0179465987

25/05/2026

Saya bagi gaji secara harian je pada part time staff by cash.. Bagaimana nak rekod?

πŸ‘‰ walaupun hanya part time, tetap sediakan surat tawaran kerja

πŸ‘‰ bila bayar gaji, sediakan cash voucher dan pekerja perlu sign.

πŸ‘‰ buat rekod juga untuk duit cash. Duit keluar masuk.

πŸ‘‰ tak salah pun bayar guna cash. Tapi kena ada rekod

Begitu lah

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami

Madiha & co

0179465987

21/05/2026

Cara urus dokumen untuk bisnes online (shopee seller)

A) jualan

🌹Setiap bulan perlu download statement dari shopee dan simpan dalam file..

🌹 dalam. Statement ada details jualan dan kos- kos lain yang terlibat beserta net jualan..

🌹 letak lah account number bank perniagaan di platform shopee supaya shopee boleh bayar di akaun bisnes kita..

🌹 setiap bulan download juga penyata bank perniagaan.. Recheck statement shopee dan juga duit masuk dalam bank dan supaya tally.. ( shopee akan bayar net jualan after dah tolak kos2). .

B) kos dan belanja

🌹 kos utama untuk penjual di shopee adalah platform fees.. Seperti commision fees, transaction fees etc...

Kos lain bayar online..

🌹 untuk. Kos lain contoh kos beli barang mentah untuk hasilkan produk, jika boleh buat transaksi online terus ke supplier menggunakan akaun bank bisnes...

🌹 dapatkan resit / invoice dari supplier serta prepare payment voucher.. Simpan semua dokumen invoice / resit, payment voucher, bukti transfer payment dalam file..

Kos lain beli barang juga di shopee

🌹 simpan slip. Transfer bayaran...

🌹 download invoice dari shopee platform

🌹 prepare payment voucher

🌹 simpan dokumen semua dalam file

Kos lain beli barang secara tunai

🌹 kalau kita beli barang secara tunai.. Ada 2 cara :

1) beli guna duit personal dulu kemudian claim dari akaun bisnea

πŸ‘‰ pastikan ada resit pembelian

πŸ‘‰ prepare claim form ( detail barang beli, harga, tarikh ) ni kena tally dengan resit.. Resit attach sekali..

πŸ‘‰ setiap bulan atau seminggu sekali ke ikut la bisnes owner nak macam mana transfer duit dari akaun bisnes ke akaun personal dengan jumlah yang sama dengan total dalam claim. Form..

πŸ‘‰ buat payment voucher untuk jumlah yang owner claim dari account bisnes tu.. Bukan setiap resit yang kita dapat dari supplier..

πŸ‘‰ payment voucher, claim form resit atrach skali masuk file

2) keluarkan setiap bulan dengan jumlah yang tetap dari akaun bisnes sebagai cash untuk beli barang..

Contoh: setiap bulan keluarkan RM300

πŸ‘‰ buat rekod dalam excel ( cash recon) detail tarikh, barang yang beli, harga. Buat setiap bulan

πŸ‘‰ dapatkan resit

πŸ‘‰ prepare payment voucher setiap kali buat pembelian..

πŸ‘‰ setiap bulan recheck fizikal cash yang ada dengan rekod excel. Kita.. Baki kena sama...

πŸ‘‰ rekod, resit, payment voucher simpan dalam. File

3 ) belanja

🌹 biasanya untuk peniaga online belanja yang terlibat seperti belanja petrol, belanja pos, belanja bubble wrap, belanja printing etc

🌹 pastikan ada resit untuk semua belanja yang terlibat dan simpan dalam file..

Begitu lah..

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi. Kami..

Madiha & co

0179465987

17/05/2026

Accounting fees mahal la..

Jika bayar secara bulanan serendah RM200 setiap bulan untuk perakaunan dan submission cukai tak terasa sangat kan mahal..

Madiha & co
0179465987

17/05/2026

Tips utk membuat loan... bagi peniaga

πŸ‘‰ Kena ade rekod ccris..

Ccris adalah central credit reference information systems.. Semua rekod bayaran pinjaman, kad credit semua akn dihantar ke bank negara. Kirenye bila dah ade pinjaman loan ke kad credit ke kita da ade dlm sistem ccris..

Bg yg tiada rekod ccris lgsung iaitu yg tak penah lgsung buat any loan.. Loan kete ke etc.. Rekod die bersih.. Kemungkinan besar bila die nak buat loan rumah ke bank susah nk lulus.. Sebabnyaa bank tak kenal kita.. Bank taktau disiplin kita utk bayar balik pinjaman tu.. Mcm mne nk bg pinjam??..

Atleast kena ade jugak buat pinjaman.. Cara nk bg ade rekod ccris..
⭐buat credit card..
- buat credit card ni ssebenanya b*k kelebihan.. Cumanya kita kne hati2.. Bila dah guna pas terus byr.. Jgn tangguh2.. Sb nti ade interest..

πŸ‘‰jangan ade terlalu banyak pinjaman bank

Tapi.. Bila terlalu banyak pinjaman bank yg dibuat pun tak boleh jugak sebav nti tak boleh melepasi DSR (debt service ratio)..

Cara pengiraan DSR.. Katakan gaji bersih RM 2,500 so 60% x 2,500 = RM1,500.. Ansuran bulanan pinjaman RM1,500..
Kalo ansuran bulanan RM 1,500 pembiayaan bank bole dapat RM300,000

Katakn kita ade pinjaman kete 500, total pembiayaan yg bole dpt RM1500-500=RM1,000 iaitu cuma RM200,000 je n bulanan 1,000..

Sebelum buat any pinjaman check dulu ccris dan DSR kita.. Ok ke tak..

πŸ‘‰ guna current account bank perniagaan

- current account bank kasi aktif.. Setiap transaction perniagaan kena guna current account bank.. Biar bank nmpk transaction keluar masuk b*k.. Ambil gaji setiap bulan transfer ke saving account.. Utk nk buat loan bank selalunya akn tgk 6 bulan penyata bank..

πŸ‘‰ sijil pendaftaran perniagaan

Kne daftar perniagaan di ssm tau.. Wajib ade sijil ssm tu..

πŸ‘‰ penyata untung rugi

- wajib ade penyata untung rugi tau.. Atleast sebelum nk buat loan kne ade 3 tahun penyata untung rugi perniagaan.. Penyata untung rugi mestilah menunjukkan perniagaan mendapat untung.. Selama 3 tahun berturut2..di sini lah peranan akauntant.. Hire lah accountant bertauliah utk bntu anda..

πŸ‘‰ borang istihar pendapatan ke lhdn

- yg ni pun wajib.. Kena istihar pendapatan dan tunjukkan borang tu pada bank.. Atleast kena ade 3 tahun.. Lebih baik bayar sikit cukai supaya bank nmpk kita mmpu byr loan.. Hire lah accountant bertauliah utk bantu anda...

Tips ni dari hasil pembacaan sis... Tips ni cuma akan mempermudahkan urusan buat pinjaman.. InsyaAllah jika semua dokumen lengkap pinjaman bank akn mudah dapat...

Madiha & co
0179465987

15/05/2026

Untung company sikit je tahun ni saya taknak declare tax ya...

Hmm.. Ia bukan cerita untung banyak atau sikit..

Ia cerita declaratiom tax is a must.. Untung sikit tak kena tax untung banyak kena tax.. Tapi declare tetap declare..

Camtu lah..

Madiha & co

0179465987

Address

Bandar Manjalara
Kuala Lumpur
51000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chartered accountant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share