01/05/2019
PROSES CLAIM INSURANS KERETA 1ST PARTY BILA TERLIBAT KEMALANGAN
1.pemilik submit dokumen.
2. insurans melantik adjuster untuk menilai taksiran kerugian memandangkan pihak insurans bukan pakar dalam pembaikan.
3. dalam usaha mendapatkan bayaran tertinggi, maka pihak workhsop akan memberi quotation kepada pihak insurans dan adjuster dengan mengemukakan bayaran utk kos pembaikan.
4. ini adalah langkah yang diambil oleh adjuster ketika membuat taksiran.
i) komponen yang rosak akan ditukar. kerosakan kecil yang boleh dibaiki, akan dibaiki. contohnya kemik pada fender.
ii) sekiranya kereta berusia bawah 5 tahun, maka workshop wajib tukar alat ganti baru yang asli.
iii) bagi kereta berusia 5 thn ke atas, pihak insurans akan mengenakan syarat betterment / susut nilai (guideline daripada persatuan insurans am malaysia), dalam erti kata lain bahagian yang perlu dibayar oleh pemilik. ini kerana
- jika kereta berusia 8 tahun, maka tidak adil untuk insurans memberikan komponen baru, cthnya lampu. atau absorber.
- jika tidak dibuat begini, maka dengan kemlangan kecil pun kereta akan dikira total loss.
iv) nilai betterment hanya diambil dari spare part dan bukan upah dan dikira seperti berikut
- kereta berusia 5 thn - maksimum 15%
- 6 thn - maksimum 20%
- 7 thn - maksimum 25%
- 8 thn maksimum 30%
- 9 thn maksimum 35%
- 10 thn maksimum 40%
cth diberikan ialah dalam sebuah claim di mana adjuster bersetuju insurans membayar sejumlah RM13,000 bagi tujuan pembaikan. kereta ialah sebuah proton wira berusia 7 thn. sekiranya nilai spare part ialah RM10,000, maka insurans akan tolak 25% dari nilai spare part, yakni RM2,500. workshop akan tukar alat ganti baru sekiranya owner bersedia mengeluarkan jumlah yang dimahukan.
v) sekiranya owner tidak mahu membayar nilai betterment, maka pihak insurans dan workshop berhak untuk menggantikan komponen baru dengan komponen alternatif (terpakai atau gred B/C) dengan nilai yang sama.
vi) syarat ini ada dinyatakan di dalam polisi insurans biarpun sedikit kabur dan menjadi piawaian bagi semua bengkel pembaiki kenderaan yang memegang lesen PIAM.
5. syarat pembaikan bagi bengkel dan insurans ialah mengembalikan kenderaan pada keadaan sebenar ketika sebelum perlanggaran dan kebiasaannya mereka berjaya memenuhi kehendak ini tanpa masalah.
6. pembayaran bagi pembaikan adalah tertakluk pada nilai disiinsuranskan (sum insured) kenderaan terbabit.
jika sum insured adalah lebih rendah dari sepatutnya, maka pihak insurans akan membayar secara pro rata untuk pembaikan. ini juga dibenarkan oleh bank negara.
contohnya
nilai sebuah proton waja tahun 2004 ialah RM30,000. tetapi owner mahu sum insured cuma RM20,000.
jadi dalam kes tuntutan, maka pembayaran cuma dibuat 2/3 saja (atau 20,000 bahagi 30,000).
bila jumlah dibayar insurans kurang, maka pihak bengkel p**a akan melakukan yang perlu untuk cover semula jumlah tersebut cthnya sebuah pintu waja berharga sekitar RM500 tetapi bengkel mungkin menggunakan yang terpakai dengan harga RM150.
Blh contact kami :
โ๐๐ณโ๐๐ณ
016-520.4855 (Ida)
018-366.4855 (Imie)
016-526.4855 (Wan)
ALAMAT OFIS : NO.8, Jalan Vivekananda, Brickfields, KL