Penolong Amil PPZ-Maiwp

Penolong Amil PPZ-Maiwp Penolong Amil PPZ-Maiwp
Zakat Fitrah | Zakat Harta | Wakaf | Fidyah

Min siap buat tinjauan stok beras kat pasaran tu.
14/03/2025

Min siap buat tinjauan stok beras kat pasaran tu.

Kaunter PPZ dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan.cuma jgn datang time nak berbuka ye.Amil da kat rumah time tu.Kec...
10/03/2025

Kaunter PPZ dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan.cuma jgn datang time nak berbuka ye.Amil da kat rumah time tu.Kecuali amil2 di luar premis PPZ

Kaunter PPZ-MAIWP dibuka pada hujung minggu dan cuti umum sepanjang Ramadan!

Khas untuk orang ramai yang nak menunaikan ibadah wajib zakat, PPZ-MAIWP membuka semua kaunternya setiap hari sehingga hari terakhir Ramadan.

Kaunter dibuka dari pukul 8.15 pagi hingga 4.30 petang.

Dapatkan juga Kit Ramadan istimewa setelah anda menunaikan zakat atau wakaf.

Maklumat lanjut mengenai kempen Ramadan PPZ-MAIWP, layari https://www.zakat.com.my/ramadan2025/ atau klik link di bio.






Setahun sekali je masuk kawasan ni. Sambil2 dtg cari baju raya boleh singgah tunai zakat fitrah kat sini.
08/03/2025

Setahun sekali je masuk kawasan ni. Sambil2 dtg cari baju raya boleh singgah tunai zakat fitrah kat sini.

Keliru nak bayar zakat fitrah kadar yang mana?Bayarlah ikut kemampuan.Kalau mampu bayar zakat fitrah dengan kadar RM15 a...
08/03/2025

Keliru nak bayar zakat fitrah kadar yang mana?

Bayarlah ikut kemampuan.Kalau mampu bayar zakat fitrah dengan kadar RM15 atau RM22 bayarlah dengan kadar tersebut.Jika tidak, bayar dengan kadar wajib minima RM7 seorang.

Kalau mampu bayar dengan kadar RM15 atau RM22, boleh tak bayar ikut kadar RM7? Boleh. Cuma agak rugi di mana pada bulan Ramadan segala kebaikan, sedekah dan amalan ganjarannya dilipatgandakan pahalanya.

Bayar zakat online sah ke? Sah inshaAllah yg penting jgn lupa niat bayar zakat sekali.

🌙 Nota Ringkas Ramadan: Semoga Ramadan Ini Lebih Bermakna ✨Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia ada...
04/03/2025

🌙 Nota Ringkas Ramadan: Semoga Ramadan Ini Lebih Bermakna ✨

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah bulan untuk penyucian jiwa, meningkatkan amal, dan memperbaiki diri. Jom kita usahakan :

📖 Perbanyakkan Membaca Al-Quran

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sebaik-baik kalian adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)

🤲 Perbanyakkan Doa & Istighfar

🍽️ Bersahur

Nabi ﷺ bersabda: "Bersahurlah, kerana dalam sahur itu ada keberkatan." (HR. Bukhari & Muslim)

💖 Tingkatkan Sedekah & Infaq
Ramadan adalah bulan di mana Rasulullah ﷺ paling pemurah.

🕌 Jangan Tinggalkan Solat Tarawih

🌿 Perbaiki Akhlak & Kawal Emosi

💰 Jangan Lupa Zakat Fitrah
Tunaikan zakat fitrah dengan mudah dan cepat di sini: https://e-amil.zakat.com.my/epayment?uid=1122

"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Ramadan ini, jadikanlah kami hamba-Mu yang lebih baik, dan terimalah segala amal ibadah kami." 🤲💖

Address

Wisma PPZ
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penolong Amil PPZ-Maiwp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share