14/08/2026
Bila contribution holiday pun masih boleh bantu keluarga selepas kita tiada.
Baru-baru ni saya ada bantu uruskan satu kes tuntutan kematian.
Arwah meninggal dunia ketika sijil takaful arwah sedang berada dalam contribution holiday.
Bagi yang mungkin belum tahu, contribution holiday boleh berlaku bagi sesetengah sijil takaful investment-linked apabila tiada caruman baharu dibuat.
Dalam keadaan tertentu, sijil masih boleh kekal aktif kerana account value digunakan untuk menampung kos yang diperlukan untuk memastikan sijil terus berkuat kuasa.
Sampai bila?
Selagi nilai akaun masih mencukupi untuk menampung kos tersebut.
Dalam kes arwah ini, walaupun sijil sedang berada dalam contribution holiday, Alhamdulillah tiada isu dengan tuntutan kematian.
Sekitar bulan Julai yang lalu, tuntutan sebanyak RM220,000 telah diluluskan.
RM220,000 mungkin bukanlah satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan segala keperluan hidup yang keluarga perlu tanggung selepas kehilangan seseorang.
Tapi sekurang-kurangnya, ada satu bentuk bantuan kewangan yang arwah tinggalkan untuk keluarga yang masih ada.
Dan bagi saya, inilah antara nilai sebenar takaful.
Kita mungkin tak sempat melihat manfaatnya.
Tapi keluarga kita yang akan merasainya.
Salam takziah buat keluarga arwah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas arwah, mengampunkan segala dosa dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. 🤲🏼
Nota: Status contribution holiday dan kelayakan tuntutan adalah bergantung kepada terma, syarat serta keadaan sijil masing-masing.