Lindung Diri, Lindung Keluarga bersama Takaful Ikhlas

Lindung Diri, Lindung Keluarga bersama Takaful Ikhlas Saya berkongsi pengetahuan tentang bagaimana mengurus kewangan menggunakan konsep Bijak Merancang

đź–¤Hibah Couple Policy bagi pasangan berumur 30 tahun. Hanya RM89 sebulanđź’›Manfaat suami RM200K + isteri RM200K. Salah seor...
21/08/2021

đź–¤Hibah Couple Policy bagi pasangan berumur 30 tahun. Hanya RM89 sebulanđź’›
Manfaat suami RM200K + isteri RM200K. Salah seorang meninggal, pasangan yg masih hidup dapat RM200K & manfaat RM200K sendiri terus berjalan. Berbaloi tak?
Bagi umur yang berlainan, ianya memerlukan sebut harga yang berlainan.
Macam mana nak daftar?
Tekan jer link whatsapp kat bawah ni.
Nanti saya bagi info lanjut dan quotation terbaik. Jangan risau lah.
Nak survey dulu pun boleh. Tiada paksaan.

https://kliksini.my/AfiraTakaful

https://kliksini.my/AfiraTakaful

https://kliksini.my/AfiraTakaful

Takaful.Bukan semua keperluan individu terhadap takaful adalah sama.1. Faktor kewangan adalah faktor utama dalam pemilih...
19/08/2021

Takaful.

Bukan semua keperluan individu terhadap takaful adalah sama.

1. Faktor kewangan adalah faktor utama dalam pemilihan pelan takaful. Individu yang mempunyai pendapatan yang tinggi memerlukan polisi yang lebih mahal berbanding individu yang berpendapatan rendah. Polisi takaful yang tidak bersesuaian dengan pendapatan bulanan akan menyebabkan perlindungan yang tidak mencukupi atau pun menjadi bebanan tambahan kepada peserta takaful.

2. Ibu bapa yang bekerja memerlukan polisi takaful yang mempunyai pelan Income Protection yang sebaik-baiknya bersamaan 10 tahun gaji. Anak-anak p**a sebaliknya. Fokuskan polisi takaful anak-anak pada medikal kad perubatan untuk dapatkan harga sumbangan yang lebih rendah.

3. Elaun hospital pada medikal kad. Bagi mereka yang bekerja sendiri, digalakkan untuk ambil medikal kad yang mempunyai elaun hospital. Ini kerana apabila mereka sakit, perniagaan tidak dapat dijalankan dan pendapatan terhenti. Tetapi yang bekerja dengan majikan, walaupun dimasukkan ke dalam hospital, gaji anda tetap berjalan. Medikal kad tanpa elaun hospital adalah lebih rendah sumbangan bulanannya.

Ada banyak lagi tips pemilihan manfaat takaful yang perlu anda ketahui. Kesimp**annya, carumlah takaful mengikut keperluan dan budget kewangan anda. Ambil tahu tentang manfaat takaful yang dibeli, bukan hanya mengikut kata ejen.

Takaful adalah tempat untuk anda berlindung daripada bencana kewangan. Jadi pastikan wang yang dilaburkan setiap bulan itu tidak sia-sia.

Kita beli kereta, kita bayar roadtax dan insuran kereta..Kita beli rumah, kita bayar insuran kebakaran..Kita pergi trave...
18/08/2021

Kita beli kereta, kita bayar roadtax dan insuran kereta..
Kita beli rumah, kita bayar insuran kebakaran..
Kita pergi travel, kita bayar insuran perjalanan..

Tapi kenapa bila kita bina keluarga, kita sayang nak mencarum dalam takaful keluarga?

Konsep insuran kereta, insuran rumah, insuran perjalanan sume sama..

- Kereta accident baru boleh claim, kalau x accident, bayaran hangus.. tapi dapat NCD.
- Rumah terbakar baru boleh claim, kalau x terbakar, hangus.
- Berlaku kecelakaan semasa perjalanan boleh claim, kalau selamat pergi dan balik bayaran hangus.

Begitu juga takaful keluarga, bila ditimpa musibah, anda claim anda dapat selayaknya mengikut manfaat polisi.. kalau tak berlaku musibah, tandanya anda bernasib baik.. dan, anda mendapat kebaikan lagi kerana duit yang anda carum itu akan digunakan untuk membantu orang lain yang ditimpa musibah.

Sediakan lah takaful untuk diri dan keluarga yang kita sayang.
Biar kita rasa terbeban membayar diwaktu kita sihat,
Dari kita membebankan family kita apabila kita sakit or sudah tiada.

Dalam trend industri takaful hari ini ramai yang mempromosi “hibah takaful”, ramai juga yang terlepas pandang manfaat un...
17/08/2021

Dalam trend industri takaful hari ini ramai yang mempromosi “hibah takaful”, ramai juga yang terlepas pandang manfaat untuk penyakit kritikal.

Tahukah anda, 70% kematian berpunca daripada penyakit kritikal? Bermakna, sebelum manfaat hibah takaful berjalan, 70% berisiko mengalami penyakit kritikal.

Hibah takaful bermanfaat kepada waris selepas pemilik polisi meninggal dunia, manakala manfaat penyakit kritikal diperlukan oleh pemilik polisi ketika hidup.

Sebagai contoh, seorang pemilik polisi yang hanya cover untuk “hibah takaful”, disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser, sakit jantung, stroke dan seumpama, sudah tentu tidak mampu bekerja dan hilang punca pendapatan. Jadi, di sinilah peri penting manfaat penyakit kritikal.

Sebab jika polisi hanya cover hibah, ia tak berfungsi dengan baik ketika ditimpa penyakit kritikal.

Jadi, apa nak buat? Boleh review balik polisi. Rujuk kepada ejen takaful anda.

Atau boleh juga pertimbangkan contoh ilustrasi takaful ini.

Contoh ilustrasi bagi peserta berusia 30, dengan sumbangan RM99 sebulan, boleh dapat manfaat sebanyak 300K termasuk manfaat penyakit kritikal sebanyak 100K yang berasingan daripada manfaat kematian (hibah takaful).

1. Manfaat kematian RM 100 000

2. Manfaat kematian kemalangan RM 100,000

3. Manfaat kematian disebabkan sakit kritikal RM100,000

4. Manfaat penyakit kritikal (CI) RM100,000

5. Manfaat lumpuh kekal (TPD) RM100,000

6. Manfaat elaun hospital swasta dan kerajaan RM100 sehari

7. Manfaat pengecualian bayaran atau waiver disebabkan CI atau TPD pun ada

8. Ada nilai tunai sepanjang tempoh polisi.

9. Manfaat no 1, 2, & 3 boleh dijadikan hibah takaful.

10. Manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal BERASINGAN.

Inilah INCOME PROTECTION sebenar!

Jumlah keseluruhan manfaat takaful yang disediakan ialah RM300,000 dgn caruman RM99 sahaja.

On tak on?

Credit: Afyan Mat Rawi

Assalamualaikum.Tuan dan puan yang pernah berminat untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 sijil takaful.Sekarang adalah mas...
17/08/2021

Assalamualaikum.

Tuan dan puan yang pernah berminat untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 sijil takaful.

Sekarang adalah masa terbaik untuk kita milikinya.

Jadikan waktu pandemic ini sebagai permulaan untuk melindungi diri dan keluarga.

Kalau belum bersedia untuk mencarum, boleh ambil tahu dahulu.

Tiada kos dan komitmen untuk itu.

Saya akan hubungi semula untuk set janji temu.

Rancang kewangan, ubah kehidupan.

HARGA RAWATAN COVID 19 DI HOSPITAL SWASTAOK, posting ni agak panjang ye.. siapa nak baca untuk tambahkan ilmu dipersilak...
16/08/2021

HARGA RAWATAN COVID 19 DI HOSPITAL SWASTA

OK, posting ni agak panjang ye.. siapa nak baca untuk tambahkan ilmu dipersilakan.. siapa xnak, boleh abaikan.. kakak explain dalam bentuk no supaya mudah faham..

1) Gamba ni contoh sahaja.. tak merujuk khusus kepada hospital tersebut. Hospital swasta lain harga lebih kurang jugak cuma ni je gamba yang kakak jumpa di google.

2) Kalau tengok gamba tu hospital dah sediakan harga ikot stage pesakit. Kalau korang semak, kos denggi/influenza lebih kurang sama je harga mcm stage 1. So xde istilah harga cekik darah pon.

3) Makin tinggi stage makin mahal, ofkos lah.. cuba tgk stage 5, ni stage memang dah kritikal, korang duduk dkt ICU, wayar berslirat, pakai mesin itu mesin ini. Check itu check ini, pemantauan setiap masa.. tau x harga katil dekat icu sangat2 mahal berbanding harga katil kat bilik? Sbb kat icu banyak guna peralatan2 yang berkos tinggi.

4) Lepas tu siapa ade medikal kad, blh cek ade 1 manfaat lawatan doktor, setiap kali doktor tengok pesakit, ade cas ye bkn free.. and insuran cover 2x sehari je lawatan doktor pakar. Klu stage 5 sehari bayangkan berapa kali doktor tengok pesakit? Klu 2x je alamak mampui lah pesakit tu.

5) Tengok balik kos sakit jantung, sakit paru2, semua rawatan yang melibatkan sakit kritikal ni memang mahal weh. So harga yang diorang letak tu memang REASONABLE mengikot condition pesakit.

6) Ape lah korang expect, dah pilih nak masuk private memang kos2 mcm tu korang kena sedia maklum. Kalau xmampu, pilihan lain ade iaitu HOSPITAL KERAJAAN.

7) Ada yang dok marah-marah tanya kenapa insuran tak cover. Kenapa ada company cover ade company tak. Actually company/agent yang cakap diorang cover tapi based on PAY & CLAIM ni semua nak sale semata. Korang ingat ari ni claim esok dapat balik ke?

8) Diorang sedia maklum rakyat Malaysia ni mudah pecaya. cakap boleh claim je pecaya. Nanti dah jadi xdapat claim baru nak marah. Masa tu diorang dah dapat untung sikit dah. Memang lah boleh claim tapi xsemestinya 100K korang claim akan dapat 100K semula. Apa pun semua berbalik kepada manfaat polisi korang jugak.

9) Company yang tak cover ni diorang memandang kehadapan. Covid ni salah 1 penyakit wabak yang kita tak boleh nak jangka and kawal. Even govement pon tak boleh nak stop kes covid setiap hari kan.

10) Macam takaful, konsep dia kita (peserta/owner) sama2 setuju mencarum dalam takaful untuk bantu sesiapa di antara kita yang ditimpa musibah macam meninggal/sakit/lumpuh kekal). Kalau sorang amik lah averange RM200 sebulan, setahun RM2400 kan? Kat Malaysia ni pop**asi orang yang amik takaful ni amat2 lah rendah.

11) Kalau kita amik contoh 3 juta orang mencarum dengan harga RM2400 setahun, so total collection RM720 juta. Wow banyak kan? Tp kalau semua orang kena covid stage 5, nak bayar kos RM300K setiap sorang, korang ingat cukup ke duit tu nak cover semua orang? SEMESTINYA TIDAK..

12) Sebab tu lah covid 19 ni ada company yang tak dicover. Kalau ade company yang cover pon mesti lah ade syarat2 dia yang akan diambil kira.

13) So mari lah kita sama-sama menjaga diri masing-masing.. duduk kat rumah kalau xde keperluan. Covid is real.

14) Siapa yang belum ada takaful, ambilah takaful. Bukan untuk rawat covid 19, tapi persediaan kalau2 nasib kita meninggal asbab covid, kita dah sediakan sejumlah wang untuk ahli keluarga kita teruskan kehidupan. Lagi2 kalau kita adalah ketua keluarga.

15) Ok tu je. Terima kasih baca sampai habis :)

JANGAN SIGN UP POLISI TAKAFUL.... 1. JANGAN sign up polisi takaful sebab ejen semata-mata. "Adik saya ejen takaful, kawa...
23/07/2021

JANGAN SIGN UP POLISI TAKAFUL....

1. JANGAN sign up polisi takaful sebab ejen semata-mata. "Adik saya ejen takaful, kawan saya ejen takaful, ejen tu cantik, ejen tu bagi hadiah setiap tahun dll". Pilih takaful berdasarkan keperluan kewangan sendiri.

2. JANGAN sign up takaful utk diri sendiri melebihi 10% daripada pendapatan. Itu sudah overpaid. Paling banyak pun 15%, itu pun utk yg berusia.

3. JANGAN sign up medical card tanpa langgan juga polisi untuk income protection. Jika tiada medical card, masih ada alternatif di hospital kerajaan jika jatuh sakit. Tapi jika tiada polisi income protection, akan memberi kesan besar dalam kewangan keluarga apabila ditimpa musibah kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

4. JANGAN risau kalau ada ejen burukkan syarikat takaful lain susah bayar claim. Semua syarikat takaful berada di bawah kawal-selia oleh Bank Negara Malaysia, dan tertakluk kepada undang-undang Islamic Financial Services Act. Jika ada pelanggan yg teraniya, boleh buat laporan. Jika kes genuine, undang-undang berpihak kpd pelanggan.

5. JANGAN sembunyikan maklumat-maklumat penting terutama kesihatan ketika tanda tangan polisi. Dedahkan semua maklumat diminta, sekalipun penyakit yg sudah sembuh atau penyakit 10-20 tahun lepas. Jika tidak, akan ada risiko besar utk tuntutan ditolak apabila berlaku musibah. Banyak kes claim ditolak disebabkan "undiscloser fact" atau ketidakdedahan fakta.

6. JANGAN buat-buat lupa bayaran bulanan. Ia akan menyebabkan polisi menjadi "lapse" dan tidak lagi berkuatkuasa. Polisi takaful yg baik ialah polisi yg dibayar sumbangannya setiap bulan.

7. JANGAN tandatangan borang kosong. Pastikan ia diisi terlebih dahulu sebelum tanda tangan. Semak borang sebelum tandatangan utk memastikan borang diisi dengan maklumat lengkap dan betul.

8. JANGAN mudah-mudah batalkan polisi apabila ada ejen takaful lain memburuk-burukkan polisi takaful anda. Buat semakan kembali dan dapatkan pandangan kedua. Ejen yg s**a batalkan polisi klien boleh diadukan kepada BNM.

9. JANGAN tandatangan borang cadangan takaful sebelum anda baca Product Disclosure Sheet (PDS). Boleh minta PDS daripada ejen atau lihat dalam website syarikat. Ia adalah dokumen penting produk takaful yg diwajibkan oleh BNM kpd semua syarikat takaful. Ejen wajib tunjukkan dan tenangkan kepada bakal pelanggan.

10. JANGAN bayar mahal tapi coverage sedikit utk takaful. Fungsi utama takaful adalah utk perlindungan, bukan utk simpanan atau pelaburan. Sebaiknya 5-6% daripada pendapatan utk coverage bersamaan 10 tahun pendapatan. Contoh, gaji RM3,000 sebulan, caruman RM150 ke RM170 sebulan bersamaan RM360,000 utk kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

11. JANGAN langgan takaful utk hibah sahaja tanpa coverage critical illness. Produk takaful utk hibah sahaja, tidak membantu sekiranya berlaku penyakit kritikal sedangkan 70% kematian berpunca dari sakit kritikal. Jika sudah sign-up, boleh tambah coverage baru utk sakit kritikal.

12. JANGAN lupa baca polisi sebaik sahaja terima. Ia sangat penting utk memahami kembali apa yg diterangkan oleh ejen dan pastikan ia terkandung di dalam polisi. Jika ejen beritahu polisi ada simpanan sekian-sekian, minta ejen tunjukkan maklumat tersebut.

13. JANGAN malas utk buat perbandingan proposal takaful. Di Malaysia ada lebih kurang 10 syarikat takaful. Jadi, selaku pelanggan ia adalah satu kelebihan utk mendapatkan produk yg paling baik dan paling sesuai berdasarkan kewangan diri sendiri.

14. JANGAN buat perbandingan lama sangat sampai 3-4 tahun tak habis-habis minta quotation tapi tak sign-up sebarang polisi. Sakit, mati, lumpuh tidak menunggu kita ada polisi takaful baru datang menyinggah. Mereka datang tanpa memberi salam.

15. JANGAN terpengaruh dengan ejen yg desprate nak dapatkan sales. Pilih ejen yg mampu memberi khidmat nasihat berdasarkan keperluan kewangan anda. Mereka golongan rare dalam industri takaful dan tidak ramai.

16. JANGAN batalkan polisi hanya semata-mata anda tak puas hati kepada ejen.

Kredit: Tuan Afyan Mat Rawi

Income Protection atau Medical Card Protection?Sebilangan dari kita lebih mementingkan perlindungan Medical Card Takaful...
23/06/2016

Income Protection atau Medical Card Protection?

Sebilangan dari kita lebih mementingkan perlindungan Medical Card Takaful berbanding Income Protection kerana rata-rata semua orang boleh 'nampak' dan bayangkan kos perubatan yang tidak termampu untuk ditanggung sendiri sekiranya mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Sebetulnya, income protection lebih penting kerana di saat kita tidak lagi berupaya untuk menjana pendapatan kerana hilang upaya kekal atau kematian terutamanya ketika anak-anak masih kecil dan remaja yang masih belum berdikari, pasti isteri mengambil masa yang agak lama untuk adjust kehidupan bersama anak-anak. Lebih mengharukan sekiranya si suami meninggalkan hutang piutang yang terpaksa ditanggung oleh si isteri tercinta.

Sebaiknya setiap pemegang polisi perlu sentiasa 'aware' berapa jumlah perlindungan yang diambil, apa rider yang terdapat dalam polisi takaful anda, dan apa yang tiada dan perlu diambil pertimbangan untuk dimasukkan ke polisi. Jom jadi seorang yang bijak rancang kewangan untuk diri sendiri dan juga keluarga tercinta!

Copy&paste ahmadhumaiziconsultancy

HAMID 0126665193

Mediasaver Medical CardHamid-0126665193
19/06/2016

Mediasaver Medical Card

Hamid-0126665193

Address

KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
59200

Telephone

+60172803534

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lindung Diri, Lindung Keluarga bersama Takaful Ikhlas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share